Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 4


Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 4. Ish ish ish. Malam ni takleh lelap mata la pulak. Jadi macam malam pertama aku kena antibiotik kat wad. Satu lagi sebab balik je dari follow up tadi, lepas zohor aku terus lelap. Sampai jam 6.30 petang baru terjaga. Memang sesuai la kot aku habiskan siri telenovela ni.

Kisah last day aku kat wad. Pagi tu doktor kata perkembangan aku bagus. So. Dia akan bagi pil untuk aku teruskan treatment kat rumah. Apa pun check dulu darah sebelum aku di discaj.
Selang beberapa minit datang nurse untuk amik darah. Cuak jugak. Takut takut tetiba bacaan tak best. Maka tunggu lah aku dengan pelbagai perasaan.

Next masuk nurse lain pulak. Meh saya nak buang benda yang paling awak tak suka tu. Aku tak kasi. Tunggu sampai keputusan darah keluar dulu. Kang kena tahan lagi, tak sanggup aku nak dipasang semula.

Masa nunggu tu lama jugak aku dok borak ngan haji shamsurma dan hajah warni ni. Memang salute beb. Banyak Allah nak tunjuk kebesaranNya menerusi dua orang ni. Datang selai sepinggang ja dari Batam. Ada aje orang membantu sepanjang perjalanan dan ketika berada disini.

Aku mula perasan masa hari kedua. Hajah warni minta tolong aku carikan hotel yang murah untuk diaorang tinggal. Kalau ikut hari kedua tu lagi diaorang dah didiscaj. Kena ulang hari selasa. Pastu datang sepasang suami isteri, dia kata ikut nyaman bapak lah mau tinggal mana. Rupanya itu orang yang biaya diaorang kat puteri.

Yang kedua aku pelik bila hajah warni suruh aku check harga tiket ke batam. Aik. Camner dia datang. Rupanya ada orang lain sponsor. Yang ketiga ada seorang perempuan dari kota tinggi datang berikan pakaian pada pasangan tu. Sangat sangat aku pelik. Sayang tirai aki tertutup dan tak larat aku nak selak nengok.

Masa borak hari last tu baru aku tau lebih banyak pasal pasangan ni. Derita hari pertama mereka. Memang datang sehelai sepinggang. Tapi. Memang tak pernah lekang beribadah. Mereka serah penuh pada Allah. Memang Allah nak tunjuk sesuatu pada aku. Hajah warni siap ajar aku solat tasbih. Katanya aku masih kurang kat situ.

Kemudian masuk nurse. Katanya aku dah clear. Dah boleh discaj. Siap jual mahal taknak bukakkan benda kat tangan aku tu. Huhuhu. Selesai semua. Alhamdulillah. Banyak yang aku belajar sepanjang kat sini. Yang paling penting ada yang Allah yang tunjukkan dan nak perbetulkan pada diri aku. InsyaAllah. Aku akan cuba.

Nak tau kena berapa. Rm6k++. Sib baik la ada medical card. Cuepacare. Tu pun ada caj rm80 yang dia tak cover. Kena bayar sendiri.

haji ngan hajah. tq atas perkongsian ilmu

kena lagi

aku pun pelik pasal aku pun dapat cetakan gambo. aku hadiahkan pada haji sebagai kenangan

tudia baq ang. punya la panjang salur lam tangan aku. tq misi yang sporting layan karenah aku

sampai kecut haa tangan aku. dok masuk cecair sejuk tu aje

haaa.. tu sebab aku kena tahan tu

dah leh kuar. ehhh.. mata aku sangat tak best la

babai wad orthopedic

lepak ngan ziqri nunggu atuk amik kete

dan lagi

babai puteri

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam