mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Di Pasaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Di Pasaran. Papar semua catatan

Ahad, 9 Ogos 2015

Penawar Demam Denggi Telah Berada Di Pasaran

Penawar Demam Denggi Telah Berada Di Pasaran


Ubat yang diekstrak daripada daun betik untuk dijadikan penawar demam denggi sudah berada di pasaran, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata ubat dalam bentuk cecair dan kapsul itu boleh didapati di hospital dan farmasi.

"Buat permulaan, kementerian hanya mengedarkannya dalam bentuk cecair. Bagi kapsul orang ramai boleh membelinya di farmasi," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidifitri Homestay Pulau Pinang di Teluk Bahang dekat sini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah dan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Taufiq Rodhy.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berkata Kementerian Kesihatan belum membuat keputusan berhubung larangan penggunaan rokok elektronik (e-rokok).

"Anak-anak muda kita cenderung letak macam-macam dalam e-rokok seperti nikotin, dadah dan daun ketum. Ini yang dilarang," katanya.

Beliau berkata pihak kementerian sedang menggubal akta baharu untuk perokok dan hasil produk tembakau yang merangkumi penggunaan e-rokok dan shisha.

Katanya ketika ini akta sedia ada adalah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free