Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Majlis Fatwa Kebangsaan Haramkan Penggunaan Vape Dan Rokok Elektronik

Majlis Fatwa Kebangsaan Haramkan Penggunaan Vape Dan Rokok Elektronik

Imej
Majlis Fatwa Kebangsaan Haramkan Penggunaan Vape Dan Rokok Elektronik Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram. Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di sini malam ini. Beliau berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram. Katanya keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat. "Dua kertas kerja turut dibentangkan pada malam ini, dari sudut kesihatan dan syariah," katanya. Muzakarah itu turut dihadiri mufti, timbalan mufti negeri-negeri dan ahli-ahli yang dilantik Majlis Raja-raja. Abdul Shukor berkata kajian dari sudut kesihatan turut diambil kira has