mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label 1bestarinet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1bestarinet. Papar semua catatan

Isnin, 15 Ogos 2016

5 Prosedur Pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth 1BestariNet


5 Prosedur Pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth 1BestariNet. Hmmm... Pagi ni habiskan masa sedikit untuk selesaikan satu infografik khas untuk perkara baru yang penting ni. 5 Prosedur. Semua sekolah kena buat. Harap semua dapat faham apa patut buat berdasarkan infografik ringkas ni. A little bit about projek baharu ni. Manual dan tatacara boleh dimuaturun melalui url 1bnselfcare.yes.my atau 1bestarinet.net.

Perkara ini MESTI DILAKSANAKAN DI SEMUA SEKOLAH bagi memastikan kelancaran proses pengurusan bandwidth untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan pentadbiran (PdT) di semua sekolah yang menggunakan teknologi 4G dapat dilaksanakan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan. Kegagalan pihak sekolah melaksanakan langkah-langkah seperti yang dinyatakan akan menyebabkan kelewatan pembekalan bandwidth  yang  ditetapkan mengikut kontrak di lokasi yang telah dikenal pasti serta kelewatan pengagihan pelan data individu. Semua proses seperti yang dinyatakan, dipantau oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pusat pemantauan 1BestariNet KPM dan status pelaksanaan dilaporkan kepada pelbagai aras pengurusan KPM secara berjadual bagi memastikan keberkesanan dan keberhasilan pelaksanaan 1BestariNet Fasa 2 KPM.

Sabtu, 10 Januari 2015

PELAKSANAAN PENGGUNAAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

PELAKSANAAN PENGGUNAAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)


SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2015
PELAKSANAAN PENGGUNAAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) boleh di muaturun melalui url : http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2015/circularfile_file_001201.pdf

Sekolah hendaklah memastikan penggunaan optimum melalui langkah-langkah berikut :

  1. memberikan ID 1BestariNet kepada semua guru, murid dan ibu bapa/penjaga
  2. menyediakan latihan dalaman pada semua guru
  3. memastikan guru mengintegrasikan VLE dalam PdP dan mencatatkannya dalam Rekod Persediaan Mengajar
  4. menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE
  5. menggalakkan guru membina dan menggunakan laman pembelajaran VLE bagi tujuan PdP
  6. menggalakkan ibu bapa/penjaga memantau pembelajaran anak-anak melalui VLE

Mulakan Sesi Persekolahan 2015 anda dengan bantuan teknologi!

Pakej Back to School 2015 dilengkapi dengan Frog Sites serta panduan lengkap untuk membantu guru-guru memantapkan lagi pengajaran melalui teknologi agar ia menjadi lebih seronok dan menarik!
Taipkan kata kunci “Back to School 2015” dalam bar carian FrogStore, muat turun laman Back to School 2015 dan persiapkanlah diri untuk sesi persekolahan yang baru!




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 3 Januari 2014

Sekatan baru

Sekatan baru. Hmmm... Gini la pulak jadinya. Padahal boleh dikatakan FB adalah satu medium terbaik yang aku temui paling berkesan dalam pengkolaborasian. Ada fungsi kumpulan (group), laman (pages) dengan pelbagai fungsi tambahan yang dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh guru. Aku sendiri dah lama menggunakan kedua dua fungsi ni dalam pengkolaborasian. 


Sekarang ni facebook dah jadi satu medium yang digunapakai hampir di seluruh Malaysia. KPM sendiri ada laman Facebook, GM1M, malahan agensi-agensi berkaitan; malah PM kita sendiri pun aktif. Kumpulan juga aktif, SPS Malaysia, FrogVLE. Cuma apa yang penting kita kena pandai gunakan dan didik pengguna untuk tahu cara penggunaan yang betul. Tindakan menyekat bagi aku semacam satu penyelesaian jangka pendek (sekiranya ada). 

Tanpa sebarang notis dan makluman rasmi sebegini, takut lain jadinya aje. Cam pepatah Inggeris menyebut, If you can't beat them, join them. Dan, jangan lupa join dan ubah pengguna ikut acuan kita. Hmmmm.... Orang lain berlumba lumba mengejar arus teknologi, kita pulak cam jadi terbalik la pulak. Bagi aku, sikap yang perlu dididik. Hmmm.. panjang pulak celoteh pagi ni. Apapun... ini cuma sekadar luahan peribadi dari aku sendiri. Apa pandangan anda? 



Khamis, 10 Mei 2012

1Bestarinet @ SK Sikijang

Masa balik dari pontian, sempat singgah ke SK Sikijang. Sempat la sesat jap. Jalan masuk pun dah upgred. Dah jalan baru dah. Alhandulillah.. Berehhh... Line 1Bestarinet bergerak lancar.



Sempat snap sesambil nengok tempat ni.




Ni Zoom yang dipasang kekal. Terus masuk switch.


Posted via Blogger PC edisen