mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan

Rabu, 24 Disember 2014

HADIAH SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) TAHUN 2015

HADIAH SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) TAHUN 2015


Tawaran baru Hadiah Skim Biasiswa Sukan (SBS) kepada atlet murid yang layak bagi tahun 2015 dibuka mulai 5 Januari 2015 dan tamat pada atau sebelum 30 Mac 2015.

Syarat kelayakan seorang atlet murid untuk pertimbangan mendapat Biasiswa Sukan, Kementerian Pelajaran adalah seperti yang berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan ATAU Sedang belajar di Kolej Vokasional di Tahun 1 dan 2 sahaja ATAU Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia yang berada di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan.
  • Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM dan Liga Sukan KPM; dan
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Borang Permohonan Skim Biasiswa Sukan Tahun 2015 (MPK SBS LAMPIRAN A) boleh didapati seperti yang pautan di bawah:

BORANG PERMOHONAN SKIM BIASISWA SUKAN TAHUN 2015


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Rabu, 25 Disember 2013

Majlis pertunangan along - Hadiah dari pihak perempuan

Majlis pertunangan along. Hadiah dari pihak perempuan. Songkok dan sejadah.

Ahad, 13 Mei 2012

Hadiah dan kad Hari Ibu dari the kebudaks

Bangun pagi tadi dah tersedia hadiah dari kebudaks ni kat atas kerusi. Khas untuk mama.. Selamat Hari Ibu.













Posted via Blogger PC edisen


Rabu, 18 Januari 2012

Cenderahati iqa



Iqa pesan suruhkan beli hadiah untuk cikgu dia yang akan berpindah. Singgah jap gelang patah untuk beli. 3 kotak hadiah, 3 helai pembalut. Setel.



^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway
Galaxy Tab

Ahad, 14 November 2010

Hadiah pilihan Balqis

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tarikh : 14 November 2010
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Rumah
Mood : OK la

Itu hari dah janji. Kalau dapat nombor 1, boleh pilih apa saja mainan yang diaorang nak beli kat supermarket. Adik tercalon dalam senarai pendek 3 orang untuk best student, iqa lak nombor 2 kat sekolah harian dan nombor 1 kat sekolah agama; jadi kira boleh la diterima pakai lagi janji dulu tu. So, semalam kitaorang pergi la ke jusco untuk sesi beli hadiah balqis nih.

Dedua ni memang nak beli baby alike sebenarnya. sekali tarak. Yang ada baby apa ntah Jepun mari. Harga satu lam RM89 sekor. Sama spesis ngan baby alike la nih. siap pakat pilih susu la, makanan la, pampers pun ada; tu lum kira tempat berak lagi tuh. Sekali pastu jumpa la pulak set lengkap cam baby alike nih. Tapi ada satu set ja. Dah melalak si iqa. Last last mama dia soh beli yang murah ja. Pastu beli set kelengkapan disney princess yang original untuk tahun depan. Kira ok la tu.

Klik untuk cerita penuh



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Last last ni la anak patung yang diaorang dapat

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ziqri nengok ja sesi fotografi yang aku buat nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Apa la abah aku nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni si adik yang punya

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni si iqa yang punya

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Edisi bukak cermin

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Baru cun sikit kan

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Set beg si iqa

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Lengkap semua. Tapi memang berbaloi kot. Beza habis ngan yang klon

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tapi harga dia memang mahal sikit la


Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 28 Februari 2010

Hadiah besday dari Mak Yang & Pak Yang

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarAbah!! Abah!! Mak Yang nak cakap kat tepon..
Jap.. Hello.
Adik nak gi rumah abang ni pagi ni. Abang jengjalan memana tak?
Tak.. Meh la.
OK..

Pastu lam kul 1.30 petang Mak Yang sampai rumah. Kisahnya depa dah ada kat Tun Aminah dari semalam lagi. Tidoq kat umah kakak Pak Yang. Lepas pi shopping kat Jusco Bukit Indah pagi tadi baru depa singgah sini. Inaz melalak ja tengok Mak Yang. Tak tau kena apa. Pelik. Tak besa dia dok wat kelaku camni. Dok lelepak, borak-borak. Lam kul 2 lebih depa pun bertolak balik ke rumah mak pak yang kat machap sebelum depa balik bangi malam ahad nanti. Apa-apa pun terima kasih bebanyak untuk kedua-duanya pasai singgah sini dan bagi hadiah besday kat Iqa.. Nanti baby kuar jangan lupa singgah lagi noo..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Iqa dengan bungkusan hadiah dia. Suka hati betul..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesi bukak hadiah paling lama pernah aku lalui.. selai-selai dibukaknya..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Mak Yang siap sponsor beberapa keping syiling untuk iqa masukkan lam tabung baru dia.. Adik pun dapat jugak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah nak balik dah.. Ni la keter baru mak yang.. Dekat 3 bulan gak nunggu pasai pak yang nak yang 2010 punya..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni la hadiah besday dari mak yang.. iqa dapat garfield, adik dapat keter tu..


Slideshow penuh




Enjoice...Sharing is power!!!

Selasa, 16 Februari 2010

Hadiah dari atuk Johor

©2010mknaceunlimitedBangun jer pagi ni, lum sempat lagi iqa tergeliat sana, menggeliat sini; abah dan mama dah bising-bising jerit epi besday. Terkejut iqa. Oooo.. iqa pun dah lupa hari ni harijadi iqa. Iqa baru nak kuar bilik, atuk lak masuk bagi satu bungkusan kat iqa.

Ni hadiah dari atuk..
Apa ni tuk.. Iqa mesti suka punya..
Buka la..

Iqa pun buka la.. Waaa.. Microfon.. tapi microfon ni takde wayar.. Wow.. atuk terus pasangkan.. Cuba iqa cakap.. Hello.. hello.. dari dalam bilik iqa dengar suara iqa kat speaker luar.. Waa.. bestnyer.. Hari ni iqa ngan inaz suka hati nyanyi dari sofa gitu.. Sebelum ni mana boleh.. Wayar tak sampai.. Tima kasih atuk..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Iqa nyanyi sambil berbuai.. rasa macam bawang putih lak.. hehehe...

©2010mknaceunlimited
Iqa suka tau dapat bender ni.. tak tau abah nak kasi apa lak..

©2010mknaceunlimited
Abah nak kasi apa yaa kat iqa...

Isnin, 25 Januari 2010

Kaki oh kaki, kenapa engkau sakit...

©2010mknaceunlimitedBila keluar jer posting Perlantikan Pengawas tu, maknanya aku selamat la bawak keter sampai ke sekolah. Tapi memang azab la rasanya. Azab.. bila nak menukar dari menekan minyak ke menekan brek. Perghhh.. memang sedap sungguh rasa kaki tu. Tuhan jer yang tau.

Sampai jer sekolah, kononnya nak try jalan dengan elok la. Nak cover la konon kan. Tapi tak boleh. Rasa sangat sakit. Apalagi masa nak panjat tangga tu. Tapi apapun, semua dapat disettlekan, walaupun agak slow.

Pas dah settle semua aku dok kat Pusat Akses jer. Malas nak bergerak banyak. Sekali si Dila cakap dia ada minyak panas kalau nak try pakai. Amik jer la. Banyak gak aku sapu, picit-picit sikit kaki tu. Lama-lama hilang jugak rasa sakit tu. Ingatkan dah bebetul hilang. Masa try turun tangga tu terasa jugak la. Tapi dah kurang sikit. Jalan pun tak dengkot-dengkot sangat dah. Kurang sikit la kan.

©2010mknaceunlimitedPastu aku try la pi kelas. Kuar awai sikit. Pasai kaki ada sikit-sikit rasa sakit. Terutama bila turun naik tangga la. Aku rasa dah makin ok dah. Dah baper kali dah aku tenyeh minyak tu. Ada dah 4 kali aku sapu. Habis satu kaki. Tapi hasil dia leh tahan gak ler. Boleh la aku ngajar sambil diri lam kelas.

Sekali masa nak naik balik ke Pusat Akses lepas dah habis kelas, nampak lak misi-misi dari Jabatan Kesihatan wat yearly checkup. Check gigi. Alamak. Kamera kat atas. Kalau pakai henpon, lama lagi la aku nak transfer. Naik jer ler atas. Tapi kali ni rasa sakit tu macam dah hilang dah. Aku jer ler yang rasa kot. Pasai ada sengal-sengal sikit lagi. Amik kamera, turun balik. Amik gambo, borak-borak ngan nurse tu.

Yang kelako. Bebudak pakat tutup muka.

Malu la cikgu. Nanti glamer satu Malaya. Cikgu mesti taruk lam web sekolah kan.
Bila lagi nak glamerkan.

Lebih kurang amik gambo. Naik atas balik.

©2010mknaceunlimitedKejap jer masa dok kat sekolah hari ni. Tak kira berapa kali aku call rumah tanya perkembangan Iqa. Camner Iqa, camner Inaz. Pastu sekali borak lak ngan Sajuli. Pergi ler balik katanya. Ko dok tepon jer apa ko dapat. Balik, terus bawak gi Klinik. Tu belum ayat Shah lagi tu. Aku pun apa lagi. Tepon mama ajak balik.

Cakap ngan Dila, petang ni kena balik awal pasal nak hantar anak gi klinik, cakap ngan GB; pastu terus punch balik. Amik mama, terus balik. Sampai jer rumah terus bawak bebudak berdua ni gi Klinik.

Sampai jer Nusa Perintis jem giler. Tempat parking penuh. Aku gamble jer parking, turunkan semua. Sekali keter belakang aku kebetulan keluar. Apa lagi. Usha jer belakang. Banyak lak keter. Jangan la korang masuk parking tu. Nasib memang menyebelahi aku. Ngam.. Sikit jer jauhnya dari klinik. Jauh satu lot jer dari klinik.

Settle semua.. Dua-dua dapat MC dua hari. Balik jer terus bagi ubat kat Iqa ngan Inaz. Iqa makan antibiotik jer, pasal tadi dah kena cucuk bontot dia. Panas sangat. Pas settle bagi ubat, terus call sekolah agama dia maklumkan iqa tak gi hari ni ngan esok.

©2010mknaceunlimitedBungkusan ni dari tadi aku letak jer atas meja tu. Ye lah.. Family first kan. Aku pun dah lupa pasal bender ni sampaila mama tanya apakebender tu.

Alah, hadiah pasal abang pakai kepiah.
Membohongla.
Iyer..

Hahahha.. Hadiah ni Kak Zi bagi tadi. Sambil membebel la. Mana taknya. Hadiah tahun lepas. Aku lak jenis tak reti bahasa nak ambik dari dia. Hari Jemaat lepas pun dia cakap terkejar-kejar dia cari aku. Sekali aku dah kuar. Tu yang hangin tu.

So, semua pakat eager nak bukak. Amik jer la. Pi bukak jauh-jauh kat sana. Tuan dia rilek jer. Anak-anak lak yang eager. Kasi can ajer la. Dalam dia ada jajan dua set.. nasib baik. Kalau tak ada yang bergusti. Pastu ada jam. Last sekali ada mug ni la. Terima kasih banyak Kak Zi.

©2010mknaceunlimitedPastu si Iqa lak leh merengek.. Lapo ni.. Nak makan apa. Iqa tak lalu nak makan. Memula aku letak jer bubur yang nenek dia dah masakkan tu. Makan juga dia sikit. Pastu iqa cakap lagi.

Iqa lapar la bah..
Aik.. bukan dah makan bubur ka..
Tak best.. Iqa tak lalu..
Iqa nak makan apa..
Nak Mihun Soto..

Mihun soto lagi.. Memang tadak menu lain la si Iqa ni kan. Layan jer la. Tepon ucu dia suruh beli mihun soto masa dia on the way balik nanti. Ucu beli dua bungkus soto. Mama pun tereager sekali nak makan. Sekali bila tuang... alamak.. apasal soto daging.. hampes tul kedai tu. Ucu pun dah cakap soto ayam. Kan dah tak makan semua orang. Terpaksa la aku habiskan dua bungkus soto tu sengsorang

ps : aku ingatkan kaki aku dah ok, pasal dah leh jalan elok dah; tapi bila nak sujud tadi... Ya Allah.. sakitnya...