Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penjawat Awam

BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

Imej
BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015 Alhamdulillah. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2015 pun dah release semalam. Ada la sikit rezeki yang kita dapat. Yok kita nengok. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi tahun 2015. Kerajaan telah memutuskan supaya BKK sebanyak RM500.00 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 54 dan ke bawah di atas keprihatinan Kerajaan serta menghargai khidmat bakti penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memanjangkan pemberian BKK sebanyak RM250.00 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen. Lihat pekeliling penuh di url http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2015/pp032015.pdf Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Cuepacs Cadang Potongan Gaji Penjawat Awam Untuk Bantu Mangsa Banjir

Imej
Cuepacs Cadang Potongan Gaji Penjawat Awam Untuk Bantu Mangsa Banjir. Cadangan yang baik dari Cuepacs. Cuma. Rasanya. Patut leh potong lebih tinggi sikit untuk sumbangan minima tu kot. Rendah sangat. Dan kena lihat mekanisma supaya sumbangan betul betul sampai ke tangan penerima. KOTA BAHARU, 4 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir. Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah. "Kalau boleh sumbangan minima RM5 tetapi kalau lebih daripada itu, kita amat alu-alukan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir negeri ini, di Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam

Penjawat Awam Yang Menjadi Mangsa Banjir Boleh Membuat Tuntutan Insurans - Najib

Imej
Penjawat Awam Yang Menjadi Mangsa Banjir Boleh Membuat Tuntutan Insurans - Najib. 2 hari lepas PM yang juga Menteri Kewangan dah cakap pasal tuntutan oleh mangsa banjir. Hari ini, PM sekali lagi mengingatkan lagi tentang perkara ni.  Penjawat Awam Yang Menjadi Mangsa Banjir Boleh Membuat Tuntutan Insurans - Najib KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan dan merupakan mangsa banjir baru-baru ini, boleh membuat tuntutan insurans, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. "Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi @MOFmalaysia untuk mendapatkan maklumat tentang tuntutan insurans," kata perdana menteri. Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam akaun Twitternya hari ini bagi mengulas pautan twitter Bernama bertajuk 'Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam'. Bernama memetik makluman Kementerian Kewangan iaitu penjawat awam yang merupakan mangsa banjir d

Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam

Imej
Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam Ini ada berita yang baik untuk semua penjawat awam yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini. Yang berkaitan boleh semak berita ini. Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor terdiri daripada penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, dinasihat mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata tuntutan insurans itu boleh meliputi kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya selain kejadian pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir. Ia turut merangkumi tangki air pecah, kecederaan orang awam atau pihak ketiga akibat kemalangan di dalam rumah, serta perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih kediaman. Kenyataan itu berkata Bahagia