Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Audit Dalam

Taklimat Pengurusan Pemantauan Pelaksanaan DTP : Audit Dalam MS ISO 9001:2015 JPN Johor

Imej
Taklimat Pengurusan Pemantauan Pelaksanaan DTP : Audit Dalam MS ISO 9001:2015 JPN Johor. Pagi ni gerak ke PPD Batu Pahat untuk program ni. Sempat selfie kat banner hari eksplorasi JPN Johor sebelum gerak. Singgah sarap di Parit Raja sebelum meneruskan perjalanan. Taklimat berjalan lancar. Kali ni memang nampak penekanan pada proses kerja. All the best pada semua. Gerak ke Katerina untuk hantar beberapa pegawai yang meneruskan program lain dan ada sedikit perbincangan. Aku dan abam driver ke masjid untuk solat jap. Balik. Jem teruk kat lebuhraya. Masuk aje trafik dah perlahan. Nengok kat google map. Dah mula naik merahnya. Sudahnya. Dari Ayer Hitam sampai la ke JPN jem. Huhuhuhu. Nasib nasib. Kepala pun dah mula kenoneng.

Mesyuarat Penutup Audit Dalam MS ISO 9001:2008 JPN Johor

Imej
Rumusan hasil audit oleh ketua auditor Alhamdulillah. Semua dalam keadaan baik dan terancang. Tahniah pada semua. Terima kasih atas perkongsian idea yang dicetuskan sepanjang proses audit berlangsung. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! Barisan auditor dari selangor Ketua Auditor Pegawai kualiti dari gombak pegawai kualiti dari klang pegawai kualiti dari hulu selangor

Audit Dalam MS ISO 9001:2008 JPN Johor Sesi 2

Imej
Sesi audit bahagian Pemantauan Lokasi Hari ni tiba giliran kami sekali lagi. Kali ni audit untuk Pemantauan pulak. Alhamdulillah, semua OK.  Terima kasih banyak atas perkongsian semasa pemantauan tadi. Untuk pengetahuan, auditor untuk bahagian pemantauan ni adalah En. Zaki, Pegawai Kualiti dari PPD Hulu Selangor. Terima kasih banyak. Terbaeekkk!!!! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! Sesi audit bahagian Pemantauan Aktiviti & Program

Audit Dalam MS ISO 9001:2008 JPN Johor

Imej
First audit untuk sektor aku... Kalau ikut jadual, kami kena audit sebelah petang. Sekali En.Rahim call kata dah boleh naik sebelah pagi. First audit untuk SPMICT adalah Penyelenggaraan. Auditor untuk sesi ni adalah ketua auditor sendiri. Memang terbaeekkk!!!! untuk kami. Banyak disoal berkaitan PM daripada penyelenggaraan. Yelah, prevention is better than cure kan. Bincang permasalahan. Banyak juga yang input yang kami dapat. Memang banyak manfaat yang dapat kami perolehi dari sesi ini, terutama untuk aku. Yelah, dengan ketua sendiri kan. Antara yang paling berpengalaman dalam bidang ni. InsyaAllah.. banyak penambahbaikan yang akan kami buat lepas ni. Terbaeekkk!!!! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Mesyuarat Pembukaan Audit Dalam MS ISO 9001:2008 JPN Johor

Imej
Ucapan aluan Pengerusi Tepat jam 9.00 pagi, auditor dari JPN Selangor tiba ke Bilik Mesyuarat untuk Mesyuarat Pembukaan Audit Dalam MS ISO 9001:2008 JPN Johor. Rombongan diketuai oleh En. Khaidir b. Abdullah dari SPK JPN Selangor dan pegawai kualiti dari PPD Hulu Selangor, Gombak dan Klang. Antara lain tujuan utama untuk audit dalam adalah untuk memastikan pematuhan dan keakuran pada skop pengurusan, memastikan prosedur dipatuhi dan penambahbaikan. Diharap banyak manfaat dan penambahbaikan yang dapat kami perolehi dari sesi ini, terutama untuk sektor aku. InsyaAllah.. Terbaeekkk!!!! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! MC berkaliber hari ini Ucapan Ketua Auditor