Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel technique

Lightsphere Chrome Dome

Imej
Benda ni dah lama dah ada. Aku nengok lam bideo Gary Fong. Cuma bebaru ni bila ucu beli bateri AAA untuk trigger Phottic dia, aku tumpang sekaki la beli Chrome Dome ni. Bukannya apa, sesaja nak cukupkan RM50 kan. Dari aku balik tadi aku letak jer dia kat atas Lightsphere aku. Tak larat la nak buat apa-apa. Tetambah aku dah minum ubat batuk lak tu memang layan tido la. Malam ni baru aku ada masa nak test dia. Aku wat setting biasa-biasa jer untuk amik gambo mender. Tapi memang aku tak setting bebetul sangat pun. Just sekadar nak tengok beza dia jer. Apature taruk 5.6 Shutter taruk 1/250 Iso taruk 400 Flash kasik off shoe, taruk lightsphere Setting flash pada kamera TTL jer Memula bukak penutup biasa lightsphere. Gantikan Chrome dome kat situ Mari kita menembak. Cuba nengok apa la beza pakai chrome dome ngan lightsphere sahaja. Lightsphere sahaja Lightsphere + chrome dome Nampak betulla. Dia memang double the power. Cahaya di belakang nampak lebih dari tanpa chrome dome. Kira boleh la.