Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel utm

Walimatul Urus : Anwar & Syafiqa

Imej
Walimatul Urus : Anwar & Syafiqa. Petangnya. Kami gerak ke Dewan Konvensyen, Azman Hashim International Business School (AHIBS), UTM. Jemputan Uzaini. Meriah majlis. Ayam masak merah dia memang marbeles. Sempat meronda fakulti. Masa balik siap singgah secret recipe dan KFC untuk beli makanan dan kek untuk inaz. Alhamdulillah. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-62

Imej
Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-62. Sebelah malam baru aku berkesempatan nak gi sini. Orang, macam biasa. Nak parking pun leh tahan jugak la. Dapat kat hujung sekali kat rumah alumni. Meronda jap aja. Dari parking sampai ke port lepak aku kat tengah tu. Kah. Sempat sembahyang maghrib kat surau festival. Ramai jugak kenalan jumpa kat situ. Mama setel aje, terus layan makanan sebelum pulang. Enjoice! Festival ni sampai 2 Mei tau.

Festival Belia Islamik UTM 2019

Imej
Festival Belia Islamik UTM 2019. Singgah di Dataran UTM. Panas beb. Lepak jap kat tengah tu sambil makan eskrem. Si ici mata dah tak lepas menan kat gerai depan tu. Layan aje la. Sambil tu usyar jersi Malaysia yang aku nak beli tak jadi beli itu hari. Lama wooo simpan hajat tu. Sambung lepak tengah balik tunggu mama. Mama sampai aje gi makan nasi ayam goreng kunyit. Tak suka tul pakai sudu plastik ngan potongan ayam yang agak beso ni. Perut dah penuh, terus sambung gi JPO nak nukar jam swatch iqa yang dah rosak tu. 1 to 1 beb. Terbaeekkk!!!!

Festival Konvokesyen (FESKO) UTM 61 : 20181117 Last Day Walkabout

Imej
Festival Konvokesyen (FESKO) UTM 61 : 20181117 Last Day Walkabout. Hari last harus la singgah. Satunya, pasal akan banyak edisi lelong oleh penjual. Duanya, si iqa pesan jersi merah kedah. Sekali aku tanya pasal jersi JDT, dah takde saiz untuk angah. Huhuhu. Jenjalan sikit. Dan aku dah mula rasa sengal. Serius beb. Banyak lepak la. Yelah. Dah seminggu straight kaki aku kena lenjan. Sampai ke Putrajaya, Muo bagai dah pun. Dia dah mula minta rehat ni.

Festival Konvokesyen (FESKO) UTM 61 : 20181116 Jenjalan

Imej
Festival Konvokesyen (FESKO) UTM 61 : 20181116 Jenjalan. Sekali lalu aje. Tadi sebelum jemaat dah tinggalkan mama kat sini. Setel jemaat aku gi park kat mak jah dan janji jumpa kat wakaf tengah. Sekali nampak jersi merah kedah. Terus sambar. Sempat kena pow ngan ici cam biasa. Pistol belon katanya. Makan tengah hari sebelum gi jumpa iqa di STF. Adakah esoknya akan ada return back? Kita tungggguuuu!

SMK Taman Nusajaya : Program Pengukuhan Matematik Tambahan Siri 2 dengan kerjasama UTM

Imej
SMK Taman Nusajaya : Program Pengukuhan Matematik Tambahan Siri 2 dengan kerjasama UTM. Sabtu, 5 Mei. Program ni berjalan seharian di library sekolah melibatkan 75 murid Tingkatan 5.

Majlis Penghargaan Shahida dan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Anis dan Wani

Imej
Majlis Penghargaan Shahida dan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Anis dan Wani. Masa lunch tadi sempat kami adakan majlis ringkas untuk tiga orang yang bakal meninggalkan SPMICT pada minggu depan. Shahida yang dah bersama dengan kami sejak lebih 9 tahun. Lepas ni shida akan bertukar ke Unit Perkhidmatan A, SKPP. Semoga kecemerlangan diteruskan ditempat baharu. Juga pada Anis dan Wani yang menamatkan latihan industri mereka pada hari ni. Ada sedikit drama air mata walau baru nak mula. Hehehe. Selesai ja makan minum kami posing ramai ramai kat sudut luar tu. Bila lagi nak posing kan. Semoga suka duka pahit manis ketika bersama di SPMICT akan jadi kenangan terindah. Walau di mana anda berada, buat sehabis baik. All the best! Pada yang tak dapat join terutama pada KS, nanti kita return semula ye. Hehehe.

Pesta Konvokesyen Ke-55 UTM Skudai Getaway

Imej
Pesta Konvokesyen Ke-55 UTM Skudai Getaway. Mama ajak jenjalan kat sini tadi. Layankan aje. Lagipun banyak benda yang Iqa nak cari. Ronda-ronda sampai sakit kaki. Nak parking pun leh tahan makin jauh. Jap ja masa berlalu. Dah 16 tahun kami tinggalkan UTM ni. Kalau ikut skim la ni. Dah leh sampai dua kali tukau gred dah. Rezeki masing-masing la part tu. Tapi. Apa yang penting. Betapa kejapnya masa tu berlalu pergi. Dari UTM dulu penuh ngan hutan. Sampai la ni. Jauh beza tu. Sempat posing kat depan gate kemegahan satu ketika dulu. "Kerana Tuhan Untuk Manusia"! ...Bersama kita menjulang, Keunggulan terbilang... Ps : Bertuah kan kebudaks ni. Dari kecik dapat gi masuk U. Aku dulu. Dua kali ja. Satu pasal lawatan sekolah ke Fakulti Sains Komputer dan yang kedua konvo. Dedua di USM. Ganas jugak kan. Sendiri ja pergi ngan kengkawan. Sib baik pasal cikgu praktikal aku dari USM. Kawtim. Diaorang tunggu, kitaorang gi. Yang lawatan. Memang aku yang handle. SU Kelab katakan.

Seminar Sains UPSR Iqa

Imej
Seminar Sains UPSR Iqa. Pagi ni awal kuar rumah. 6.45 pagi dah terpacak kat depan sekolah. Nak naik bas ke seminar sains upsr yang dibuat kat UTM. Sekali bas la pulak yang lambat yang amat. Sedih tul nunggu sama. Around 5 dah amik semula kat tempat yang sama.

Hari Terakhir di Tapak Pesta Konvo UTM 2012

Imej
Ingatkan dapat la la tido lepas balik tadi. Sekali ada orang nak gi konvo utm la pulak. Sian la pulak. Tetambah hari last pulak tu kan.. So.. layan ajer la.. Penuh dengan papan tanda sale. Sale sana, sale sini.. huhuhu Kebetulan hujan sebelum ni.. a bit lecak here and there Serbu jangan tak serbu Banyak la pilihan. masalah dia.. nak cari oren aje Shoot tetap shoot Sempat beli kuih lagi tu Last last ngan baju raya pun ditapau.. Belasah ajer la Beli jangan tak beli Macam menarik la pulak makanan brader ni jual Leh tahan la n... tak lupa sup daging aku.. leh tahan banyaknya jugak... Posted via Blogger PC edisen

Jom Ronda-Ronda : Festival Bugis, Tapak Ekspo UTM Skudai

Imej
Petang ni pergi lagi sekali ke tapak ekspo UTM. Kesnya mudah jer.. Baju yang dibeli untuk iqa terlebih muat, so nak tukar yang kecik sikit. Ye lah.. Masa beli semalam iqanya tak ikut. Hari ni inaz la pulak taknak ikut. Dia ikut atuk gi beli ikan kat kipmart.. So gerak la kitaorang ke utm. Hari ni nampak lagi ramai orang kat sini. Pastu ada pameran keter lak tu. Perghhh.. Al-maklum hari last.. Dan yang paling best.. hari ni baru aku nampak banner festival bugis nih. Dah hari last baru nampak. Hahaha.. Pastu terus gi cari kedai baju iqa dulu. Masa nak tukar ada ka dia kata baju tu dah kotor kena conteng. Aku ambik jer baju-baju lain tunjuk kat dia. Kan awak yang buat conteng kat kolar tu. Senyap jer dia.. Terus ajer dia tukar. Kelakar pun ada. Pastu gi tukar baju mama la pulak. Pas habis episod tukar-tukar ni aku nak mulakan edisi makan-makan la pulak.. Semalam aku dah nampak sup daging. Aku tak kira. Aku nak makan jugak mihun sup. Tapi pasal mama ngan iqa nak makan char koey te

Jom Ronda-Ronda : Tapak Ekspo Konvo UTM Skudai

Imej
Petang ni kuar jugak aku ke tapak ekspo nih. Kengkonon nak pegi tengahari tadi. Tapi sebab ada miscommunicate aku terus tukar sebelah petang. Sebabnya, aku nak tido dulu.. penat wehhh.. Sesampai jer kat sini, ayat pertama aku adalah.. apasal sikit no keter.. Mana taknya.. Serasa aku last aku gi tapak ekspo ni pun masa 1999. Pasal masa tu aku memag extend satu subjek untuk satu sem.. Enjoy abis ler kengkonon. Orang punya la ramai kalau nak dibanding dengan yang nih.. Tapi takpe.. pasal aku senang sikit nak parking.. hahaha.. Harga memang murah gak la. Kebanyakan peniaga dari tiram ngan kota tinggi. Ada beberapa dari kelantan. Nak nunggu mama membeli belah memang aku tak larat. Dah la hampir 90% jualan semua baju. Boring tul untuk seorang jantan cam aku nih. Pastu meronda cari makan. Nengok ada lak gerai juai char koey teow.. Lantak la dulu. Tapi cam biasa.. Rasa dia so-so jer bagi aku. Kerang pun tak berapa mantop.. Alahh.. makan ajer lah.. Pas abis makna mama sambung balik b