mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Juara Sumbangsih 2017. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Juara Sumbangsih 2017. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Januari 2017

Kedah Juara Sumbangsih 2017


Kedah Juara Sumbangsih 2017. Tahniah Kedah!

Kedah menafikan hasrat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk melakar hatrik selepas menang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi. Kemenangan itu cukup bermakna selepas kali terakhir Kedah menjulang piala berkenaan 23 tahun lalu namun pada aksi Liga Super kedua-dua pasukan mengutip satu mata selepas terikat 1-1 pada perlawanan itu. Tanpa kelibat pemain import baharu, Jeronimo Barrales yang berada di bangku simpanan tidak menjejaskan taktikal tuan rumah yang kerap mengasak ke kubu skuad Helang Merah.

Tuan rumah hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-10 selepas bola umpanan Azammuddin Akil beri ruang kepada Brian Fereirra yang tidak dikawal di dalam kotak namun rembatan sipi dari gawang gol. Malah selang dua minit kemudian bola cantik hantaran Azammuddin sempat di sambar Gonzalo Cabrera yang bertindak pantas memperdayakan benteng pelawat tetapi sekali lagi sipi dari pintu gol. Bagaimanapun, kerancakan aksi kedua-dua pasukan itu diganggu dengan `lakonan' Liridon Krasniqi yang sering menjatuhkan badan untuk mendapat simpati pengadil perlawanan, Suhaimi Mat Hassan.

Biarpun kerap diasak namun pelawat menghadirkan cemas buat tuan rumah pada minit ke-31 apabila bola sepakan percuma kapten Baddrol Bakhtiar dari jarak 30 meter tepat ke gawang gol namun sempat ditepis keluar penjaga gol, Farizal Marlias. Tindakan Mohd Syawal Nordin yang mengasari Cabrera menyaksikan Suhaimi tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-39 dan Kapten Safiq Rahim mudah menyepak bola masuk menewaskan penjaga gol, Abd Hadi Abdul Hamid. Kelibat Barreles akhirnya muncul pada minit ke-42 selepas urusan Sijil Perpindahan Antarabangsa diperoleh pada saat akhir sekali gus membolehkannya beraksi bagi menggantikan Ahmad Hazwan Bakri. Namun skuad Harimau Selatan terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas S Kunanlan mengutip dua kad kuning dan dilayangkan kad merah kerana mengasari Ken Ilso Larsen pada minit akhir babak pertama.

Tatkala bersambung pada babak kedua dengan hanya 10 pemain pengendali baharu JDT, Benjamin Mora memasukkan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham untuk mengisi kekosongan Kunanlan dan mengeluarkan Azzammudin. Pelawat mengambil kesempatan daripada kekurangan pemain tuan rumah dan kelekaan Farizal yang tidak berada di posisi terbaik memberi ruang kepada Baddrol merembat bola kencang tepat ke penjuru kiri untuk mengikat jaringan 1-1 pada minit ke-62. Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan untuk di bawa ke penentuan sepakan penalti bagi menentukan kejuaraan Piala Sumbangsih.

Berita Harian

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,