mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Berita harian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita harian. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mei 2015

Najib umum tiga penambahbaikan untuk kebajikan pekerja

Najib umum tiga penambahbaikan untuk kebajikan pekerja


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiga penambahbaikan untuk kebajikan pekerja iaitu memperluaskan cuti tanpa rekod untuk kakitangan awam bagi kes kematian. Perdana Menteri berkata, PERKESO juga akan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan percuma untuk pekerja swasta berumur 40 tahun ke atas secara bergerak ke premis majikan dan memperluaskan skim perlindungan kepada semua 6.5 juta pekerja tanpa mengira peringkat gaji. "Ketika ini cuti tanpa rekod tiga hari hanya dibenarkan untuk kes kematian suami atau isteri, ibu bapa atau anak kakitangan awam, tetapi kini ia diperluaskan kepada ibu bapa mentua, ibu bapa angkat dan anak angkat," katanya berucap pada majlis perhimpunan Hari Pekerja 2015 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sebentar tadi.

Perdana Menteri juga menyifatkan sambutan Hari Pekerja 2015 sebagai sejarah baharu apabila buat pertama kalinya dianjurkan bersama dua kesatuan sekerja iaitu MTUC dan CUEPACS. Malah beliau turut kagum sambutan yang pertama kali diadakan di Sarawak itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 10,000 pekerja yang dianggapnya terbesar pernah dianjurkan setakat ini.




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 14 Jun 2014

Peperiksaan PT3 ganti PMR bermula 1 Julai - Muhyiddin

Peperiksaan PT3 ganti PMR bermula 1 Julai - Muhyiddin.
Sumber berita : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeperiksaanPT3gantiPMRbermula1Julai-Muhyiddin/Article/?mutakhir=1

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Julai ini, semua pelajar Tingkatan Tiga akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peperiksaan pertama kali dilaksana itu diadakan mengikut tarikh berasingan membabitkan ujian kajian khas, bertulis dan lisan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Karnival Amal Persatuan Penduduk Bukit Damansara di sini sebentar tadi.


Disini berita penuh dari bernama

Pentaksiran Tingkatan Tiga Bermula 1 Julai Ini - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan peperiksaan berpusat awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula 1 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai, di mana murid-murid perlu menyiapkan kerja kursus berdasarkan tajuk yang diberi dalam tempoh berkenaan.

Ujian lisan meliputi kemahiran mendengar dan bertutur bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan diadakan pada 6 hingga 29 Ogos.

Seterusnya, murid-murid terlibat akan menduduki ujian bertulis pada 12 hingga 17 Oktober bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban.

"Bagi tahun pertama, kita sedar ada pihak yang belum faham dengan sistem ini. Kita nak masukkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi selaras dengan perkembangan pendidikan di peringkat global.

"Sebab itu cara pelaksanaan di awal-awal ini agak berbeza tapi akan stabil beberapa tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Amal Bukit Damansara di Pusat Komuniti Bukit Damansara di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata menerusi PT3, pelajar terlibat akan dinilai mengikut Band iaitu Band Satu bagi pencapaian yang lemah sehingga Band Enam bagi pencapaian cemerlang.

Tahun 2014 merupakan tahun pertama pelaksanaan PT3 menggantikan peperiksaan PMR, selaras dengan pengenalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menjurus kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik. "Semua guru Tingkatan Tiga telah dilatih memandangkan kini mereka perlu mengajar secara berbeza.

Kita harap semua pihak khususnya ibu bapa tidak ragu-ragu dan beri peluang untuk sistem ini dilaksanakan," kata Muhyiddin.

Mengulas lanjut, beliau berkata bagi peringkat permulaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan membantu pihak sekolah mengolah soalan peperiksaan dan seterusnya sekolah boleh memilih daripada bank soalan yang disediakan itu bagi menyediakan kertas peperiksaan.

Bagi mengelakkan timbulnya isu sekolah-sekolah mengambil kesempatan menaikkan prestasi masing-masing, Muhyiddin berkata guru-guru dan pemeriksa dari sekolah lain akan diminta menilai keputusan PT3 sesebuah sekolah supaya dapat diselaraskan.

Dalam pada itu, timbalan perdana menteri sekali lagi menegaskan pelaksanaan PT3 adalah untuk melihat pencapaian pelajar sejak dari awal, dan membolehkan pelajar yang lemah dibantu untuk menjadi lebih cemerlang pada pentaksiran akhir.

"Ibu bapa juga boleh datang ke sekolah pada bila-bila masa untuk melihat pencapaian anak-anak," katanya.

Tambahnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Sarana PIBG telah dan akan terus memberi penjelasan kepada waris murid berhubung pelaksanaan PT3.

Mengulas mengenai karnival amal hari ini, Muhyiddin berkata ia merupakan usaha yang amat baik bagi memupuk kerjasama, perpaduan dan hubungan erat bagi sesebuah kawasan kejiranan.

"Kita dapat lihat penglibatan anak-anak muda dalam acara hari ini dan usaha seperti ini harus disokong. Kita juga akan minta pihak Dewan Bandaraya bantu mencari tapak untuk bina gelanggang futsal," katanya.

Pada majis itu, Muhyiddin turut melakukan sepak mula bagi pertandingan futsal yang diadakan bersama aktiviti lain seperti Family Fun Bike Ride, wall climbing dan acara jualan.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free