Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel UPSR 2018

UPSR 2018 : Day 4 with Inaz

Imej
UPSR 2018 : Day 4 with Inaz. Hari ni paper last UPSR. Sains. Actually. Hari ni adalah hari yang paling minda aku berkecamuk. Ke sana. Ke sini. Lepas Yasin aku keluar ke opis. Bila aku sampai semula ke sekolah selepas kertas 2 selesai. Rasa bersalah pulak kat Inaz. Nak pulak tetiba dia tarik aku di jauh pada orang lain dan menangis. Masa tu memang rasa sangat bersalah. Aku tak fokus langsung pada dia hari ni. Cuti buat cara cuti aje la kan. Ini cuti 4 hari tapi kerja juga dalam 4-4 hari tu. Takpe. Tak guna mengungkit apa yang kita sendiri redha nak buat. Tenangkan diri. Tenangkan dia semula. Kertas dua dia blank katanya. Tapi dia dapat buat juga semua. Takpe la dik. Apa yang dah lepas tu abaikan ajelah. Yang penting adik dah usaha sehabis baik kan. Apa yang dapat lepas ni abah tak kisah pun. Actually. Hari ni penumpuan aku terlalu banyak. Hari lain aku boleh control. Satu demi satu kerja aku setelkan. Hari ni memang hari ujian aku. Aku redha dengan ketentuan yang dah Tuhan sediakan u

UPSR 2018 : Day 2 with Inaz

Imej
UPSR 2018 : Day 2 with Inaz. Hari ni kertas Bahasa Inggeris Pemahaman dan seterusnya diikuti dengan Bahasa Inggeris Penulisan. Sempat duduk berborak jap ngan GB pasal kertas semalam yang boleh tahan aras kesukarannya. Majlis Yasin seperti biasa dalam surau semasa kedua-dua kertas berjalan. Alhamdulillah. Hari ni muka masing-masing ceria selepas peperiksaan selesai. Semoga dipermudahkan. Harap Inaz dapat menjawab soalan-soalan UPSR hari ini dengan baik. Semoga Allah permudahkan segalanya dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Esok sambung lagi dengan Matematik pula ya. All the best and be the best!

UPSR 2018 : Day 1 with Inaz

Imej
UPSR 2018 : Day 1 with Inaz. Hari ni dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan diikuti Bahasa Melayu Penulisan. Aku amik cuti sepanjang UPSR ni. Gi sekolah sama Inaz. Seronok dapat duduk sama ngan parent lain dalam surau. Aktiviti rutin kat sekolah ni sejak dengan Iqa lagi. Cuma yang bapa tadi ada la beberapa, kaum ibu yang lebih ramai. Selesai aktiviti dalam surau aku ke pondok wakaf. Keluar segala laptop bagai. Kerja tetap berjalan macam biasa walau cuti. Macam a bit terkejar-kejar sebelum mula kertas penulisan tu bila ada kerja baharu masuk. Tenangkan diri balik. Masuk surau semula sampai selesai. Baru sambung kerja semula. Balik rumah terus terbongkang aku. Apapun. Harap Inaz dapat menjawab soalan-soalan UPSR hari ini dengan baik.Semoga Allah permudahkan segalanya dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Esok sambung lagi dengan Bahasa Inggeris pula ya. All the best and be the best.