mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan

Isnin, 10 November 2014

MAKLUMAN PELAKSANAAN MOD BERSEMUKA PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) AMBILAN 2014

MAKLUMAN PELAKSANAAN MOD BERSEMUKA PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) AMBILAN 2014


Sukacita dimaklumkan, makluman pelaksanaan mod bersemuka (face to face) Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Ambilan 2014 untuk guru sekolah rendah kini dibuka bermula 10 November 2014 sehingga 19 November 2014. Sila layari url http://apps.moe.gov.my/abpg/PROGRAMBPG untuk maklumat lanjut melalui modul semakan.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 23 Disember 2013

Maklumat terkini SPS - Sistem Makluman

Maklumat terkini SPS - Sistem Makluman

Mulai 23/12/2013, semua makluman berkaitan pengurusan dan pentadbiran SPS serta tatacara penggunaan SPS akan dibuat melalui ruangan ini.

Makluman:

1.Mulai 23/12/2013 guru boleh melaksanakan LANGKAH MENGUBAH TAHAP PERSEKOLAHAN (TAHUN/TINGKATAN SEMASA) DALAM SPS dan MENEMPATKAN MURID SECARA MANUAL SETELAH DIUBAH TAHAP PERSEKOLAHAN (TAHUN/TINGKATAN SEMASA)

Tatacara proses ini boleh diperoleh dari pautan ini : http://freepdfhosting.com/ba3b06f13e.pdf

Mulai hari ini, bila anda online ke portal SPS, anda akan dapati satu perkara baru telah ditambah dibahagian tepi kanan ruangan login. Ni lah dia sistem makluman baru yang diperkenalkan. Melalui kaedah ini diharapkan kecairan maklumat yang diterima oleh sekolah akan dapat dikurangkan dan sekolah akan dapat menjalankan proses yang sepatutnya seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.

Makluman Pendaftaran BR1M 2014

Makluman Pendaftaran BR1M 2014

Dimaklumkan bahawa BR1M 2014 akan bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.
Pendaftaran boleh dilakukan secara online melalui laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/
Manual pengisian boleh didapati di 
Manakala pendaftaran secara manual boleh dihantar ke mana- mana Pejabat LHDNM berhampiran.

Pembayaran BR1M 2014 dijangka akan mula dibuat pada Februari 2014.

Untuk pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716.

 •   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i)       Warganegara Malaysia 
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar 
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan 
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan) 
        
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

Pastikan anda tidak mengisi maklumat anda di mana-mana web atau portal selain daripada yang disediakan oleh LHDN!