Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pening

Pabila mama menguasai shutter

Imej
Ziqri tido ngan kasut kasut sekali. Bila bukak dia marah Semalam memang suasana sunyi ja kat rumah. Dengan penatnya, dengan bahangnya. Serba serbi nak mengajak mata lelap ja. Tambah pulak ngan kepala pun yang masih kenoning gara-gara kepenatan semalam, ngan amik gambonya, ngan edit bideonya.. Last last semua dah terbaring. Asalnya mama suruh settingkan kamera aku untuk amik gambo ziqri dok melelap ngan kasut ni. Pasal nak bangun pun kepala berat, aku soh pakai auto ja. Sekali sebelah petang sedor.. bukan setakat ziqri, ngan iqa, ngan aku; semua kena snap>>>> ni gambo sesi seterusnya.. tido ngan mata separuh terbuka, like father like son the father daughter pun dah abis.. siap tampal koyok lagi kat kepala.. Enjoice...Sharing is power!!!

Iqa peniiingg...

Imej
Iqa pening kepala la abah.. Itu la ayat iqa masa aku sampai ke sekolah pagi tadi. Biar betul.. Memang aku tak perasan sangat perubahan dia pagi ni. Siap kuar kereta macam nak muntah pun ada. Iqa demam ker. Tak.. Iqa pening jer.. Terus raba dahi dia. Tak panas sangat. Maybe pasal kes minum susu overdue semalam kot. So baru nampak dia nyer efek. Tanya iqa lagi, nak sekolah tak? Sudah pasti jawapan iqa semestinya ya. Tak pernahnya tak. Habis jer sekolah iqa cakap dia tak larat sangat hari ni. PAsal tadi pun kebetulan dia PJ. Aku dah tak sedap hati. Target aku, ni alik ni tak maghrib mesti sebelah malam suhu dia pasti naik punya. Tak sampai malam, maghrib tu dia dah mula merengek. Rasa dahi dia.. Sahih.. dah sampai dah demam dia.. Alamatnya esok tak gi sekolah la iqa.. ps : lepas makan ubat tadi sempat lagi dia bisik, esok iqa nak gi sekolah la abah.. Ish ish ish..

Influenza A (H1N1)

Imej
Pening aku pagi ni. Banyaknya budak demam. Bila tanya kenapa datang juga. Jawabnya mak suruh. Mak dia ni tak baca surat khabar ka? Tak tengok TV ka? Kan dah cakap kalau ada tanda-tanda jangan datang sekolah. Kang tak pepasal lagi ramai yang kena. Pening-pening. Pagi tadi jer dah hantar lam 4 orang. Balik semula ke sekolah. Check makmal, borak-borak jap ngan orang Jabatan dah sapai masa nak bukak Pusat Akses. Sekali lalu pejabat GB panggil. Haiih.. Ada lagi 4. Yang sorang ni memang teruk tul batuk dan demamnya. Ish ish ish. Sekali tanya siap ada MC lagi. Apasal yang ko datang sekolah ni. Susah tul la. Lepas jer hantar bebudak ni balik, orang Jabatan lak kenen-kenen aku. Haii.. Sibuk nampak. Teruk ker. Tak aah. Biasa-biasa jer. Dengor kawasan ni dah dua orang kena. Ye ke. Hish. Mintak simpang la.. Apa tanda-tanda kena jangkitan ni. Simptom-simptom Influenza A (H1N1) 1. Demam dengan suhu mencapai 38 darjah celcius 2. Batuk 3. Selsema 4. Sakit tekak 5. Sakit badan 6. Pening kepala 7. Munta