mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label eye on malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eye on malaysia. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Februari 2011

Highway Jam

Klik untuk gambar yang lebih besar
Selalu aku kena dari dulu.. Syok woo
Memang best bila cenggini. Aku rasa dari mula aku kerja, yelah kan. Sebelum aku kerja mana pernah aku drive lelama; tahunya naik bas ja, asyik terbantut ja kat tetengah highway nih. Ada ajer jem. Kalau dulu kat seremban ngan ipoh tu dah biasa la. Pernah bukak puasa lam keter tu pasal teruk giler babas nyer jem. 2 kilometer hampir 2 jam meeiih.. Tapi tu cerita dulu la. Kalau la ni punya jem lagi teruk. Tapi jem pasal eksiden la pulak.

Ni gambo yang aku amik masa hari rabu lepas. Lori ngan lori tuh. Apa kesan dia. Jem tak tau la berapa punya panjang daa.. Teruk gak, pasal aku nengok hampir semua ada kat situ. Polis ada, bomba ada; plus dah tentu la ada. Siap bersihkan jalan guna chemical lagi tuh. Nak buat cemana kan. Dah nama pun eksiden. Layan ajer la. Sib baik ada asam lam keter. Belasah ajer la.. Dah sampai muao lambat..

Enjoice...Sharing is power!!!

Sabtu, 5 Februari 2011

Movie Review : Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Klik untuk gambar yang lebih besar
4 bintang. Memang best.
Memang best cerita sequel untuk Zombie Kampung Pisang nih. Two thumbs up untuk Mamat Khalid. Cayalah.

Cerita pasal Husin yang pulang semula ke kampung pisang lepas 3 tahun merantau ke Singapura. Balik ke rumah dia mula pelik pasal jiran dia kak limah yang asyik dengan muka pucat dan rambut mengerbang. Sampai la di kena kacau ngan kak limah sebelah malamnya.

Bila dia cerita ke orang kampung dia, semua pakat gi rumah kak limah untuk periksa dan mereka jumpa tengkorak manusia. Maka bermula la cerita sorang demi sorang kena kacau. Sampai la diaorang nak bakar rumah tu, barula keluar cerita sebenar di mana kak limah ni lari dari hospital bahagia. Dan terungkai la semua cerita.

Banyak yang aku tak leh tangkap. Kes kak limah, kes che nin. Cuma yang aku perasan ayu tu dah memang mati sebab dari awal dah si johan tu bercerita. Apa pun memang best cerita ni. Layann.. 4 bintang untuk movie nih.

Enjoice...Sharing is power!!!

Isnin, 3 Januari 2011

Harimau Malaya - the logo

Klik untuk gambar yang lebih besar
Logo harimau malaya ni sempoi sungguh la..
Aku suka nengok logo harimau malaya nih. Tu la pasal aku sanggup trace balik. Kat tenet kebanyakannya saiz kicik kicik. So, aku trace ajerlah supaya dapat yang puas hati aku. Leh print lagi tu. Pastu taruk kat fotolia. Hehehe.. sempat lagi tu..

Tapi tu la pasal. Lepas team bola malaysia pakai bendera malaysia kat baju, baru nak mula main dengan baik dan menang lebih banyak. Dari dulu lagi orang dok tegur part nih. Apasal nak letak logo FAM kan. Kata wakil malaysia. Taruk la bendera malaysia kat jersi tu. Baru leh menang kan..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni logo rimau semata-mata, yang atas tu sesaja taruk tulisan. Tapi aku rasa kena cari jenis lain yang lebih garang la..

Enjoice...Sharing is power!!!

Sabtu, 18 Disember 2010

Piala Suzuki : Semi Final Malaysia Vietnam Part 2

Klik untuk gambar yang lebih besar
Gambo dicilok dengan jayanya dari web rasmi suzuki cup
Walaupun aku terpaksa melayan game ni kat web rasmi ja.. (tensen ni tau) tapi semangat aku tetap membara. Harapan nak nengok pemain bermain dengan mata kepala tetap diteruskan jugak. Sampai ke masa rehat usaha masih sesia. Nama ja dok malaysia, tv aku masih tak dapat nak cenel ke tv1 jugak. Online pun hampes. Nak tak nak layan kat web rasmi ja la.

Walaubagaimanapun, tahniah pada team malaysia dengan keputusan 0-0 menentang Vietnam malam ni. Anda Bolehhhh!!!! Tahniah... Malaysia ke Final dengan agregat 2-0. Hidup sukan untuk malaysia. (Lama tul tak ucap ayat nih)


Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 15 Disember 2010

Piala Suzuki : Semi Final Malaysia Vietnam

Klik untuk gambar yang lebih besar
Sumber pencilokan gambar: Pen Merah Pen Biru
Malam ni memang team malaysia main dengan bagus. Puas hati gak nengok. Separuh masa pertama memang banyak asakan ja dari kedua-dua pihak. Tapi nampak permainan vietnam lebih bahaya dari malaysia.

Separuh masa kedua, memang dah mula malaysia bermain garang. Gol pertama dalam minit ke 60++ oleh Safee. Aku pun tak tengok sangat masa dia. Yang aku tau. Gol. Minit keberapa apa nak kisah kan. Pastu mula la sesi main gaduh gaduh. Biasa la.. Dah start stress kan. Lam minit 75++ sebijik lagi gol malaysia dapat. Safee lagi yang boh. Memang terer la hang..

Tengah dok layan syok syok mak pulak call pasal masalah sistem. Layan.. Sambil nengok bola, sambil nengok sistem.. Dah setel dah pun.. Tak kisah.. Bola tetap bola, sistem tetap sistem.. dedua boleh jalan sekali nyer.. Dari dulu orang selalu gelar aku multitasking.. boleh buat banyak kije serentak..

Key sambung balik pasal bola.. Malaysia kena terus bertahan dan score lagi.. Pasai nak bawak ke vietnam pulak nanti. Kang sampai sana kampung sudah kena tinggal, jaguh sudah terbang sapa yang susah kan..

Dah tambah lagi 3 minit la pulak.. Bertahan dan terus bertahan. Apapun tahniah pada Malaysia atas kemenangan 2-0 malam ni. Tambah lagi score masa kat vietnam nanti. Baru la malaysia boleh!!! Ke final kita nanti hendaknya..

Enjoice...Sharing is power!!!

Khamis, 12 November 2009

Lawatan Sambil Belajar SKTTA 2009 - Day 3



Lawatan Sambil Belajar SKTTA 2009 - Day 3

Place of interest - Taman Rama-Rama, Eye on Malaysia, Masjid Selat Melaka, Bandar Hilir, had our meal at KFC Mahkota Parade. End of the programme.