Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 'Kapcai'

Guru Jelajah Benua Afrika Dengan 'Kapcai'

Imej
Guru Jelajah Benua Afrika Dengan 'Kapcai'. Hebat guru kita ni. Anda juga boleh layari blognya di pautan  http://www.ceritaku.my/ ataupun FBnya di pautan  https://www.facebook.com/pages/Africa-Ride-2013/1412536382297133?ref=hl Guru Jelajah Benua Afrika Dengan 'Kapcai' GEORGE TOWN, 30 Dis (Bernama) -- Seorang guru membuktikan dengan semangat 'Malaysia Boleh' segalanya mungkin termasuk menjelajah benua Afrika dalam tempoh 42 hari dengan menunggang kapcai (motosikal 110cc) seorang diri. Atas inisiatif sendiri, Mohammad Lasim Deraman, 47, memulakan perjalanan sejauh lebih 10,000 kilometer pada 15 Nov lepas di Cape Point iaitu kawasan paling selatan di benua Afrika, dan merentasi antaranya Tanzania, Bostwana, Zambia sebelum mengakhirinya di Mount Kenya, gunung kedua tertinggi di benua itu. "Saya pilih benua Afrika kerana keadaan geografinya yang mencabar dengan kawasan pergunungan, danau, sungai dan gurun yang saya rasa punya rahsia tersendiri,"