mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label sistem pemantauan banjir online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sistem pemantauan banjir online. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Februari 2011

Alhamdulillah.

Klik untuk gambar yang lebih besar
Gambar ni aku amik sebelum aku cuti raya cina hari selasa lepas
Alhamdulillah. Semua pusat pemindahan di Johor Bahru dah pun berjaya ditutup. Semua penduduk pun dah mula balik ke rumah masing-masing. Dah dapat nengok la balik keadaan rumah memasing, bersihkan rumah semua. Harap-harap tempat lain pun beransur pulih hendaknya.

Ni masa aku gi melawat pusat pemindahan banjir selasa lepas. Kebetulan pagi tu aku yang bertugas. So pergi la jengok keadaan di dua pusat bawah sekolah. Alhamdulillah. Dedua kawasan dah boleh clear dah pun sebelum tengahari tu. Cuma di dewan majlis ja belum lagi. Leh tahan la kawasan kampung laut tu. Apapun, doakan yang terbaik untuk semua.

ps : takyah la nak letak semua gambo kan. biar la kekal lam simpanan aku ja

Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 2 Februari 2011

Pabila masa mula memecut

Klik untuk gambar yang lebih besar
Foto dikopi dari deviantart
Alhamdulillah. Akhirnya petang semalam boleh dikatakan kebanyakan pusat pemindahan banjir di Johor Bahru mula ditutup. Untuk sekolah yang dijadikan pusat, semua sudah ditutup; terakhir pukul 1 petang semalam. Baru dapat tarik nafas lega sikit.

Bermula malam Ahad tu lagi, Bukit Mutiara, Kampung Laut dah mula naik air. Kawasan jajahan aku pulak air dah mula naik, tapi alhamdulillah; tengahari senin lagi air dah mula surut semula. Risau jugak kan. Tu pun bilik gerakan kitaorang dah mula sibuk sejak senin. 2 pusat dibuka membabitkan lebih 650 mangsa. Petang senin tu jugak aku setelkan sistem online untuk hapdet kedudukan terkini pusat pemindahan.

Pagi semalam memang turn aku untuk bertugas memantau keadaan banjir. Dedua pusat bawah jajahan aku jelajah. Alhamdulillah. Dedua pun dah boleh ditutup. Air pun dah mula surut, matahari pun dah keluar. Macam ustaz kat gelang patah cakap aku semalam, masa aku tinjau keadaan kat kampung pulai; dah mula surut dah ni. Apapun, masih kena standby jugak. Takut takut air naik semula di Johor Bahru.

ps : Aku amik cuti hari ni dengan plan awal nak gi mandi-mandi kat waterpark, macam tak kena la pulak. Adohaii!!

Enjoice...Sharing is power!!!