mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Ambang merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ambang merdeka. Papar semua catatan

Ahad, 1 September 2013

Journey back from Bengkel Kerja Perlaksanaan Dashboard Prestasi PPD


Journey back from Bengkel Kerja Perlaksanaan Dashboard Prestasi PPD. Kengkonon leh sampai lam kul 8 - 9 la kekdahnya. Campur tolak jam, berenti bagai... jam 1 pagi baru aku sampai rumah di gelang patah. Huhuhuhu... Sengsangat la penatnya... Read on...

Isnin, 31 Ogos 2009

Majlis Perhimpunan Hari Kemerdekaan ke-52 Johor



Sambutan tahun ni dibuat kat Stadium Larkin. Aku kuar tadi pun lebih kurang jam 6.15 pagi. Gelap lagi tu. Jalan memang lengang la. Sampai jer area Larkin mula nampak sibuk sikit. Terus cari tempat parking. Ngam ngam sebelah stadium. Kuar nengok geng-geng perbarisan yang ramai. Kuar jer. Masuk jer stadium tengok dah ramai gak la orang kat dalam.

Masuk jer mama terus cari tempat pendaftaran. Aku cam biasa la. Kuarkan kamera melilau. Petugas tanya dari mana, maybe sebab style aku kot. Ala dari sekolah jer. Terus aku tanya perjalanan majlis; kat mana aku nak duduk and what so ever la. Cheh. terspeaking london jap.



Pastu baru aku gi daftar nama. La, baru aku ngan mama jer yang daftar. Mama tanya nak dok mana. Aku cakap kita kena berbaris kiri kanan padang. Tak yah la. Jom cari tempat duduk. Nanti pun aku mesti meronda punyer. Dapat tempat duduk, aku cam biasa merayap lagi. Merayap sana, merayap sini. Borak-borak ngan photografer yang datang. Pastu ajak mama tukau tempat. Jom dok kat atas lak. Mesti lagi best. Bukan apa, kesian. Nanti mama tak nampak apa-apa (memang tak nampak apa-apa pun sebab semua program jalan depan pentas utama jer).



Pastu terus aku gi lepak kat pentas utama. Borak-borak lagi. Masa ni tengok semua photog lari gi tempat motor. Oooo.. motor semua dah kuar amik tempat dah. MB dah nak datang la ni. So, aku ready jer kat depan pentas utama. Tak lama pastu, paluan kompang pun berbunyi diikuti dengan gabungan tiga jenis gendang. Haaa.. dah sampa dah MB. Amik gambo. Punyala syok. Toleh belakang ramainya photog belakang aku. Hihihi.





Bila semua VIP dah berdiri tengah pentas, lagu Negaraku terus dimainkan. Huuu.. Best tul. Biasa la ada koir lagi gitu kan. Pas habis jer lagu kebangsaan, koir terus sambung lagu tema. OK jer la. Macam biasa sahaja. Pas habis sahaja lagu tu Mufti Besar Johor membacakan doa.















Satu deklamasi sajak disampaikan selepas tu. Aku tak ingat nama dia. Sajak ini disampaikan sambil diiringi oleh tiupan seruling oleh Jari.(Boleh lak ingat, pasal Jari kan, sapa tak kenai). Habis jer bacaan sajak, bebudak EC keluar untuk upacara bacaan ikrar.









Habis jer bacaan ikrar, MB memberikan ucapannya. Habis sahaja ucapan terus dia melaungkan Merdeka tiga kali diikuti oleh semua yang hadir. Best tul. Dah la tu. Aku siap terkejut lagi pasal ada tembakan meriam sekali. Terkejut weiii.. Tak jangka langsung. Pastu MB bunyikan gong dan keluarlah geng-geng bermotor tadi tu.. Huiii.. Ganaih tul. Yang tak tahan budak yang bawak pocket bike ni la. Kecik lagi ni. Terer tul.

















Pastu semua motor berbaris berdepan pentas, kibar bendera; aku terkejut lagi pasal ada sedas tembakan meriam lagi. Pastu sebijik kapai terbang kontrol terbang kat atas bawak bendera. Pastu aku terkejut lagi, pasal diaorang tembak apakebenda tu. Ala yang kertas haluih-haluih tu. Habih penuh satu padang. Hahaha.. Hari ni kerja nak terkejut saja.









Pastu ingatkan dah habih, rupanya ada majlis penyampaian hadiah lak. Hadiah Sepanduk terbaik dengan pakaian terbaik. Makaih, perbarisan tadak, apa tadak alih alih ada pulak pertandingan. Yang menang banner aku tak ingat, yang menang pakaian MBJBT. Dah habis semua.. Balik.. Sebelum tu layan la jem kejap depan tu.








Foto Montaj


Ahad, 30 Ogos 2009

Ambang Kemerdekaan ke-52 Malaysia



Biasanya dari dulu, malam ambang kemerdekaan memang tak pernah sunyi. Ada konsert, ada bunga api, ada kumpul ramai-ramai. Tapi tahun ni memang takde apa-apa. Bagus jugak, semua dok kat rumah ajer la. Lagi pun sekarang kan bulan Ramadhan. Tak payah la kita nak sambut lebih-lebih kan. Malam ni kebetulan bersihkan rumah. Susun-susun barang. Banyak gak sampah yang dijumpai. Aku pun apa lagi wat unggun api la. Teringat lak masa shoot bunga api 2 tahun lepas. Sampai lambat sikit. Last-last shoot unggun api macam ni la jugak. Apa-apa pun..

Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-52. Layan jer la Hati Malaya 1957 kat TV2. Enjoice...

Esok berjumpa kita kat Stadium Larkin...