Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Majlis Penutup

Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Penutup

Imej
Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Penutup. Petangnya gerak ke Stadium Educity. Meronda tengok orang-orang kuat belakang tabir. Tahniah kerana bertungkus lumus dalam memastikan kelangsungan program besar ini. Naik atas untuk tengok acara. Hujan memaksa kami beralih tempat. Masa bertanding baru perasan aku duduk dengan team ganu. Hehehe. Layan aje. Takde masalah pun kan. Ni dinamakan meraikan bersama. Alhamdulillah. Johor masih dapat mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut. Tahniah pada semua! Tahniah pada semua kontinjen yang turut sama dalam persaingan kali ni. Anda semua terbaeekkk!!!! ps : aku tak tunggu sampai habis. kaki total out. balik awal untuk elak jem. lagi masak kaki aku nak tekan brek dan minyak. memang tak gerak la malam ni. recovery mode, on!

Ekspo Johor Berkemajuan 2017 : Majlis Penutup dan a little sight seeing

Imej
Ekspo Johor Berkemajuan 2017 : Majlis Penutup dan a little sight seeing. Petang ni aku gerak ke Kota Iskandar. Aku just naik JD05. Bas yang disediakan  di Terminal Gelang Patah. Malas nak cari parking dan menapak jejauh dalam keadaan macam ni. Jam 2.45 aku dah terpacak sebelah bas. Bas gerak jam 3.00 pm. Sampai aje. Terus menapak. Of cos slowly la kan. Kali ni aku pakai tambahan ankle supporter. Kui kui kui. Banyak tul supporter aku ni. Kalau lepas yang hari ni. Esok lepas la aku kat Persada. Tu pun tengok keadaan la jugak kan. Sampai. Ngam ngam 3.25 pm. Orang sangat ramai. Majlis ikut tentatif mula jam 3.30 pm. Lepak jap sambil membelek buku program yang disediakan. Jumpa pulak peta johor aku tu. Haiisshhh. Nengok orang depan aku bangun dan gerak. Apasal pulak. Sekali nengok jam rupanya dah jam 4.00 pm. Akak sebelah aku pun dah mula nak gerak. Takde rezeki katanya. Bas dia pun dah nak gerak katanya. Anak dia sampai dah lentok kat lengan aku. Dari pagi katanya. Memang sebelum bali