Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Sengal di pagi berkabus

Imej
Sengal di pagi berkabus. Hmmm.. Bangun pagi tu dah lain macam kaki aku dirasa. Sudah. Lama tul aku tak gi klinik ni kan. Ajak mama gi klinik. Tengok luar. Wahhh. Aku pun tak tau ni jerebu ka kabus. Semak MyIPU. 83. Rendah aje. Doktor pun lum sampai lagi. Layan semak speed jap lah. Perrghhh. Leh gi sampai 43 kat Taman Nusantara. Setel ngan doktor. Siap dapat MC gitu. Sohih la tido dua hari ni. Sempat baca speed lagi kat Taman Nusa Perintis masa neman mama pulak kat Klinik Gigi. Dah jadi hari gi klinik pulak hari ni. Kat sini rendah sikit. 36 je. Balik rumah. Huhuhu. 4 je. Pakai wifi dapat 6. Layan ubat je la. Zzzzz....

Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Pembayaran Koperasi Sekolah 2020

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Pembayaran Koperasi Sekolah 2020. Pagi ni kena ke sekolah nusa perintis. Hari pembayaran Koperasi. Semak semula semua borang dan sediakan duit secukupnya. Alhamdulillah. Sampai ja masih tak ramai orang. Masuk ke dewan. Pergghhh. Makin banyak kelas dibuka. Banyak cikgu yang aku pun tak kenal. Cari kelas iqi. Sampai ke hujung sana haaa.. Sampai ja terus tiba giliran aku. Tak sempat nak snap snap suasana. Hehehe.

Ici turns 5

Imej
Ici turns 5. Alhamdulillah. Last of the year. 27 Disember. Buat majlis sikit bersama keluarga. Makan ayam goreng terbang. Makan soto. Makan kek. Hmmm... Dapnyer. Si Iqi paling suka makan sekarang ni, sejak lepas sunat itu hari. Ici seronok dapat bersama dengan sepupu sepupu dia. Semoga menjadi anak yang soleh yang berjaya di dunia dan akhirat; dan sentiasa diberkati Allah.

Cuti Kuarantin

Imej
Cuti Kuarantin. Alamak. Tetiba dapat call dari mama pasal iqi. Ingatkan dia demam pasal terlalu takut. Pagi tadi check tengok kaki dan tangan dah mula naik ruam. Mama bawak ke klinik pagi ni. Lepas periksa, doktor terus keluar surat. Dah kena kuarantin. Apa dia cuti kuarantin ni? Cuti ni adalah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24 Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit. Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit. Pemberian kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai adalah seperti ber

Seharian berbengkel

Imej
Seharian berbengkel. Seharian berbengkel hari ni. Apa pun kita singgah tapau nasi lemak singgit dulu ya. Sesambil nunggu Firdaus sempat meninjau suasana penambahbaikan yang sedang rancak di sektor. Firdaus sampai. Bincang dulu berkenaan pembangunan pusat data sehenti. Gerak ke Blok B untuk bengkel media sosial. Team baharu selaras dengan perubahan struktur. Selesai media sosial, sambung balik berkenaan dengan pusat data sehenti. Makan tengah hari kat Larkin sebelum sambung lagi sampai selesai. Lepas ni kena beberapa sesi lagi ni sebelum selesai sepenuhnya untuk test run.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 13 November 2019. Isi semula on 25 November 2019. Petronas Nusa Perintis. RM74.90, 36.009 liter bawak ke 460.3 km.

All the Kucen around us

Imej
All the Kucen around us. Ni la kucen kucen yang sentiasa lepak bersama Leman. Si Tamrin ngan anaknya Cinet. Si Phatah ngan anaknya Tumirin. Dan abam kawasan baharu, Sarip. Layan aje la. Paling takut ngan orang opcoz la Cinet. Tapi matanya saling tak tumpah ngan mak dia Tamrin. Terbeliak je dopopatjam.

Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Johor : Jadual Waktu Peperiksaan

Imej
Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Johor : Jadual Waktu Peperiksaan. Bermula esok inaz dan semua calon SDKA seluruh negeri Johor akan menduduki peperiksaan ini. All the best and be the best Angah. Semoga memperolehi kejayaan yang cemerlang.

One full day

Imej
One full day. Hari ni memang penuh. Singgah nissan dulu untuk appoinment tukar tayar almera. Ni paling lama setakat ni. 6 tahun usia tayar. Tapi tak gerak jauh sangat. Sampai rumah, suhu badan iqi tak berapa cantik. Bawak gi klinik jap. Singgah tapau mee goreng untuk dia selepas tu. Sampai ja rumah iqa call katanya dah sampai skudai. Terus gerak ke STF selepas maghrib. Ni la kali pertama gi amik iqa balik sebelah malam. Alhamdulillah. Selesai semua. Balik. Memang sangat penat. Selsema pun dah mula jadi teruk. Telan aje la ubat.

SBP'S STEM TALK 2019

Imej
SBP'S STEM TALK 2019. Rabu dan Khamis minggu akhir persekolahan, Iqa terlibat dalam program ni di E8, Putrajaya. Ni yang lama kami bincang masa hari Sabtu lepas masa amik barang-barang dia. Iqa dapat share gambo ni ja. OK la tu.

Done at last

Imej
Done at last. Setelah gagal disebabkan monitor tak support multi input dari hdmi switch, nak tak nak aku kena downgrade semula ke vga switch. Order kat shopee vga station bersama dengan vga cable. Sampai. Terus setting up. Kebetulan team cable pun sampai. Diaorang sedang upgrade cable vga ke hdmi kat bilik bengkel. Satu upgrade, satu downgrade. Huhuhu. At last. Setel jugak bilik aku ni. Pasni nak tengok bilik bengkel pulak. Nak kena ubahsuai balik ni pasal sebelum ni pakai vga switch.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.11 Tahun 2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019. Perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling dengan tema "Individu Sejahtera, Keluarga Bahagia, Organisasi Perkasa". Hari Terbuka Psikologi peringkat negeri Johor turut dilaksanakan sama. Meriah baq ang majlis kali ni. Memasing seronok. Selesai perhimpunan kami sempat melawat booth booth pameran disekalikan dengan meninjau beberapa tempat yang memerlukan pengemaskinian daripada segi informasi terutamanya. Tahniah pada team urusetia.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 2 November. Isi semula on 21 November. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM70.03 for 309.4 km melibatkan 33.667 l minyak.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT dan Maklumat Bil.3/2019

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT dan Maklumat Bil.3/2019. Last meeting aku bersama team SPMICT. Lepas ni meeting maklumat akan dimasukkan ke dalam dialog prestasi. Terima kasih team SK Taman Bukit Indah atas kesudian menerima kami di saat sat akhir. Memang banyak membantu dan membuka mata berkaitan pengaplikasian teknologi maklumat untuk pendidikan di sekolah khususnya. Selesai mesyuarat kami sempat meluangkan masa bersama dalam Microsoft Showcase Class. Memang terbaeekkk!!!!

The preparation for JPICTM

Imej
The preparation for JPICTM. Tukar lokasi meeting saat-saat akhir. Boleh tahan jugak perah otak nak buat kat mana. Call sekolah. Call BTPN. Semak Bilik Mesyuarat Utama. Ofcoz masih tak kondusif sebab masih dalam proses naiktaraf. Terus gerak ke SKTBI. Alhamdulillah. Nampak sinar sikit. Singgah BTPN. Nampaknya lebih berat ke SKTBI. Berkampung sepanjang petang. Banyak teknologi baharu yang aku dah terlepas. Memang terbaeekkk!!!! abam fadzli kita ni. Dengan screenbeam mininya. Dengan peardeck. Satu perkembangan menarik ni. Dapat la balik dengan tenang dan prepare terakhir untuk esok. Apapun. Layan bola ngan Leman dulu la kan. Go Malaysia!

Tadika KEMAS Wawasan : Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Cenderahati

Imej
Tadika KEMAS Wawasan : Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Cenderahati. Seronok ici. Hari Selasa dah hari last. Ada majlis. Ada persembahan. Ada hadiah. Ici dapat beg dan hadiah sahsiah. Suka tau. Lepas tu ada makan makan. Best!

Beyblade for the boys

Imej
Beyblade for the boys. 11.11 ituhari kasi can kat kebudaks berdua tu untuk pilih beyblade yang dia suka kat shopee. Hasil dia. Sorang dua. Layan aje la.

Leman Miko : Mengucing

Imej
Leman Miko : Mengucing. Lepak luar. Port biasa ngan Phatah dan Tumirin. Layan aje la si Leman ni.

Sekolah Tun Fatimah : 20191115 Last Lawatan Hujung Minggu 2019

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20191115 Last Lawatan Hujung Minggu 2019. Singgah Pizza Hut dahulu tapau pizza. Ada jamuan last malam ni untuk dorm iqa. Dua minggu tak jumpa iqa. Outstation sahaja. Dari drone sampai la ke SGE Apple Camp. Banyak juga la cerita sambil munggah barang. Minggu depan dah minggu last. Dan iqa akan keluar sekali lagi untuk pameran di Putrajaya Rabu depan. Nampaknya ni lawatan terakhir ke Blok E la kot. Tahun depan dah pindah blok form 5. Jap ja kan masa berlalu.

Jom Jenjalan : Pendas Laut Walkabout

Imej
Jom Jenjalan : Pendas Laut Walkabout. Leman siap tunggu kat pintu. Pesan. Jangan lupa ikan saya tau. Bawak sekali gimbal nak memain lagi. Sempat la meronda cari ikan dan sotong. Balik. Singgah jap Kedai D'Simpang. Memang terbaeekkk!!!!, sedap dan murah.

TCEAS Skudai : Servis Livina

Imej
TCEAS Skudai : Servis Livina. Macam biasa. Book melalui apps DriveOn untuk sesi first pagi Khamis, 7.30 pagi. Terus masuk. Sekali. Promosi tayar masih ada. Lebih best dari yang sebelum ni. Michelin Energy XM2 Plus. Tukar sekali tayar yang dah berjaya mencapai usia 5 tahun; sekali lagi :P. Selesai masuk. Terus order grab untuk ke opis. 8.20 pagi jugak sampai. So. Hari ni opkoz la aku akan stay lewat. Around 4 terus order grab semula untuk ke pusat servis. Alhamdulillah. Setel semua.

PPPPD Makeover : The starting point

Imej
PPPPD Makeover : The starting point. Hari ni bermula sesi penambahan dua bilik baharu di sektor kami. Sempat la nengok kejap kerja-kerja pemasangan. Senang tul teknologi cenggini. Tak sampai sehari dua bilik dapat disiapkan. Alhamdulillah. Cuma lepas ni akan menyusul kerja pengemasan pulak. Pintu, Cermin. Plaster. Cat.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 31 Oktober 2019. Isi semula on 13 November 2019. Petronas Nusa Perintis. RM82.24, 39.539 liter bawak ke 573.1 km.

HDMI Switcher @ home

Imej
HDMI Switcher @ home. Hari tu memang beli switcher ni untuk letak kat office. Tapi nampaknya tak berapa nak function dengan monitor aku yang just vga aje. Dia boleh one to one connection sahaja. Bawak balik pasang kat tv bilik aku yang kebetulan hanya ada satu port hdmi sahaja. Test sambungan Apple TV dan MyTV decoder ke tv thru switcher. OK aje. So. Terus order vga splitter untuk opis. Hehehe.

Sambutan Maulidur Rasul Kemas Iskandar Puteri

Imej
Sambutan Maulidur Rasul Kemas Iskandar Puteri. Majlis dijalankan bertempat di Jabatan Laut Wilayah Selatan melibatkan kesemua tadika KEMAS di Iskandar Puteri. Meriah. Penuh ngan parent. Kami kena parking kat luar. Leh tahan gak la menapak ke dalam. Sib baik dah ready ngan sandal. Masak weh. Masuk. Perarakan dah mula. Join dari jauh aje la. Masuk dewan. Tadika ici baca selawat selepas selesai bacaan yasin. Tetamu jemputan adalah Ustaz Dato' Sharhan Shafie. Dapatlah ijazah 4 ayat dalam majlis dia. Balik. Terus singgah majlis Cikgu Mat kat Kampung Pulai. Tahniah dapat menantu.

SGE Apple Learning Camp 2019

Imej
SGE Apple Learning Camp 2019. Iqa n team ke STAR Ipoh untuk program ni. Dapat Bronze. OK la tu kan.

Salam Maulidur Rasul 2019

Imej
Salam Maulidur Rasul 2019. 12 Rabiulawal 1441H / 9 November 2019 “ NEGARA RAHMAH, UMMAH SEJAHTERA” --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Jenjalan Cari Makan : Gerai Cucur Pak Mail, Kluang

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Cucur Pak Mail, Kluang. Singgah jap kat dua tempat sebelum check-in ke hotel. Satunya kedai Idaman. Boleh tahan juga pilihan baju yang ada kat sini dengan harga yang berpatutan. Survey survey dulu. Yang kedua tu baru target kitaorang. Gerai Cucur Pak Mail. Pelbagai cekodok ada kat sini. Ada pisang, sayur, ikan, buah naga, jagung, tembikai susu. Dia jual murah aje. Seposen sebijik. Nampak lebih pada sedekah. Siap bagi air. Sementara nunggu tu makan aje la apa yang ada depan mata. Memang terbaeekkk!!!!lah Pak Mail. Ramah bercakap pulak tu sepanjang masa kami menunggu tu. Orang beratur toksah cerita la. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.

Bengkel Perancangan @Kluang

Imej
Bengkel Perancangan @Kluang. 2 hari kami di sini, PPD Kluang. 2 bengkel. Satunya berkenaan Pelan Strategik dan duanya berkenaan data. Ini baharu permulaan, banyak lagi usaha dan inisiatif yang perlu dilaksanakan. All the best to all. Hari kedua memang tak amik gambo sebab aku beri penumpuan penuh bersama team baharu.

Sekolah Tun Fatimah : Dronez@Sesma 2019

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Dronez@Sesma 2019. Iqa ke Terengganu sepanjang hujung minggu lepas. Dua team dari STF terlibat dalam pertandingan ini. Alhamdulillah. Dapat Silver dan Bronze. Team Iqa dapat silver. OK la tu untuk pengalaman pertama dia.

Ziarah Mak Su

Imej
Ziarah Mak Su. Alhamdulillah. Sampai juga Mak Su Iqa ke sini sekali lagi. Bawa bersama Faiz bersama pasangan baharu dia. Selamat Pengantin Baharu. Farah pun tahun depan dah tahun akhir kat UTM. Sayang tak dapat jumpa iqa aje.

Jom Jenjalan : Festival Konvokesyen Ke-63 UTM 2019

Imej
Jom Jenjalan : Festival Konvokesyen Ke-63 UTM 2019. Blank jap pagi ni. Actually, banyak benda perlu diselesaikan hari ni. Sekali. Dapat cuti terpijak. Hmmm. Cam biasa. Semua setelkan secara online. Cuma lokasi aje kat rumah. Hmmm. Esok ada benda beso nak kena urus. Tugas utama. Selesai. Ajar iqi yang sibuk nak buat streaming video dari semalam. Sampai dua video dia buat pagi ni. Mama soh ajo terus guna photoshop la pulak. Nanti cuti hujung minggu la pulak kan. So. Sempena cuti terpijak ni kita gi meronda jap ke tapak pesta konvo. Tempat yang aku leh jadikan testing ground guna vlog pocket. Kekeke. Menggigil guna beb. First timer gitu. Kerja nak lari aje jari menggagau. Nak guna trigger ke nak guna function button. Function aje ada 3 fungsi, panning, lock dan follow. Yang trigger pun ada 2 function. Adessss.. Sib baik la shutter button tu satu je function dia. Kakaka. Kalau la gajet ni leh cakap harus kena gelak je kan. Tak lama sangat kat sini. Kepala pun tak berapa baik lepas dok l

V-Smile Taman Nusantara : Ici cabut gigi

Imej
V-Smile Taman Nusantara : Ici cabut gigi. Seminggu berlalu. Doktor bagi ubat untuk hilangkan sakit. Kini tiba masanya untuk cabut gigi. Tapi dua kali jugak kami datang. Semalam datang atas sebab appoinment awal cakap Jumaat. Sekali ada miscommunication. Tarikh yang dicatat adalah hari Sabtu. Dah datang semula petang ni setelah buat reappointment. Best tempat dia. Selesa dan kondusif. Sampai ngam dan terus masuk. Relaks je doktor dia. Pandai takel kebudaks. Nangis la jugak sikit ici tadi. Mau tak sakit. Kena pulak geraham. Alhamdulillah. Dapat juga diselesaikan. Satu tampal, satu cabut. Siap amik gigi buat kenangan cam abah dia. Hahaha. Singgah jap Mr DIY tuntut hadiah mainan. Layan aje la.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 19 Oktober. Isi semula on 2 November. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM66.09 for 322.9 km melibatkan 31.368 l minyak.

Leman Miko : 20191102 Jantan's

Imej
Leman Miko : 20191102 Jantan's. Pagi ni Leman lepak lepak kat luar macam biasa. Hanty Phatah pun lepak sama ngan Leman. Sekali Sarip Sepet datang. Haiiisshhh. Tunjuk jantan pulak tu. Terpaksa la Leman buat buat berani nak fight. Memula Sarip Sepet jeling aje. Sekali. Dia kejo lepas tu. Alamak. Sampai semput Leman dibuatnya. Huhuhu.

Jenjalan Cari Makan : Pendas Fresh Fish Market

Imej
Jenjalan Cari Makan : Pendas Fresh Fish Market. Banyak hasil hari ni. Air pasang katanya. Ici pun ikut sekali. Memang lari sikit dari plan. Tapi tetap buat video. Walau tertinggal gimbal kat umah. Layan aje la.