Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Mesyuarat Verifikasi Data SBP 2009 - prolog

Imej
Kengkononnya nak hapdet setiap malam. Sekali bermacam-macam masalah yang timbul. So masa banyak dihabiskan untuk betulkan balik bug jer. Penat weh.. Lepas satu, satu.. Huhuhuhu.. Internet pun ada kat bilik mesyuarat jer. Hampeh tul. Nama jer sebelah loyat. Esok nak balik JB la pulak. Apa macam ni.

Turun enjin Kriss, again?

Imej
Huh. Kena turun enjin lagi motor aku ni. Ucu dah tak pueh hati bawa. Katanya tak best aaa.. semput lagi lak tu. So bawak lagi motor gi kedai. Habih terbarai. Rasanya baru lagi tahun lepas bawak gi overhaul motor ni. Ni belasah lagi.. Apa yang penting.. dapat amik gambo enjin lagi. Hahahaha

Getting ready for KL

Imej
Apa lagi nak bawak haaa.. Malas betul rasa nak berkemas ni. Main campak-campak jer masuk beg. Ala, bukan lama sangat pun; 3 hari jer. Campur tolak lam 2 hari jer jangkamasa mesyuarat tu kan. Banyak gak benda yang bermain kat kepala. Antaranya.. nak bawak kamera ke tak nak? nak bawak ubat batuk ke tak nak? Memacam ler. Pergi jer ler. Bawak jer lebih kurang. Bodoh-bodoh pun esok campak ajer yang tak sempat nak pack masuk keter jer.

SKTTA's Class photo for printing

Hish.. makin lemau la pulak laptop ni. Bukannya apa, harddisk dah full. Mana taknya, dengan foto yang ntah baper banyak, fail PSD lagi, pastu aku pun tersilap save ke C drive plak tu semalam. Berejam ler aku mengadap laptop ni. Aku perasan pun dah lambat sangat. Apapun inilah semua foto yang akan dicuci nanti. Tang warna senang jer, Ah Liang, kaler kasi adjust aaa masa print!!! Hehehe.. Tapi rasanya balik KL baru leh anto ni. Lembab tul la aku hari ni

Group photo for Year 6 student

Imej
Sekali lepas habis kelas, teringat janji nak amik gambo bebudak tahun 6 untuk wat banner. Faris kumpulkan bebudak, terus aku aturkan and snap. Bebudak bising pasal paas. Yang tukang ambik gambo ni pun panas taknak kira ka. Memula amik ala-ala formal la gegitu. Pas amik lam 2-3 snap, aku cakap jer; semua free style.. habis semua bersorak. Aku pun apa lagi. Tekan ajer ler kamera tu. Dah settle semua, terus bertapa lam makmal settlekan bebenda sebelum bertolak ke JB.. Hmmmm.. apalagi yang aku belum settlekan ye..?

Kerja-kerja penaiktarafan pejabat sekolah

Imej
Hari ni takde mood betul. Ntah pasal apa ntah. Sekali masa dok sarapan pagi kat kantin. Kak Milah panggil. Nanti naik pejabat, ada faks. Mesti pasal gi KL ni. Apa-apa la. Masa naik tengok pekerja dok pasang mozek dah sampai luar pejabat dah. Boleh tahan gak la, bagi aku la. Tengok surat, sahih kena gak gi KL ler ni. Pening gak pala hotak ni jap. Dengan Sabtu ni APC PPDJB, start Senin JPN dah mula kursus HRMIS kat makmal komputer sekolah aku. Banyak gak yang belum setel. Suruh Dila call En. Edi (betul ke aku eja) pasal site survey, bila nak turun. Dah lewat dah ni. Lagi berapa hari lak tu. Penin pala nak memikir. Tu lum kira pasal makan minum peserta kursus lagi tu.

Gerak Gempur Tahun 6

Imej
Baru dapat call tadi dari Bain. Dapat surat tak. Entah, aku tak check pun lagi kat pejabat. Ye ker. Baru nak turun dari kelas dapat call lagi. Iskandar lak yang telefon. Rol, ko free tak hujung minggu ni. Pasal apa. APC hari Sabtu la. Ye ke. Aku maybe kat KL, tu pun kalau ada surat la. Ye ke. Tu antara perbualan aku hari ni. Tu yang bini aku selalu cakap tu. Masa aku kat SBP itu hari pun tak sesibuk cam masa aku dah kat sekolah biasa kat JB ni. Apa-apa la. Masa dalam perjalanan balik ke Makmal, kak Mahdalena lak panggil. Sabtu ni free tak. Tak tau nak cakap la kak.. Ada program untuk tahun 6. Tengok la macam mana keadaannya.

Penggambaran kelas SK Taman Tun Aminah

Imej
Tarikh : 27 Julai 2009 Masa : 7.50 pagi Tempat : Dataran Kejat Slideshow

Karaoke di Sound Studio

Imej
Lepas balik dari ambik gambar petang tadi, sempat lagi gi ke Jusco. Masa balik atuk tanya nak makan ke minum ke kat mana. Nenek terus je nyampuk. Jom pergi karaoke dekat sungai tu. Jom ler. Semalam kitaorang makan besar kat depan sungai tu. Asyik dok dengar orang lain jer melalak. Hari ni nenek nak Iqa lak nyanyi kat situ. Sesampai jer terus Iqa pilih 3 lagu. Tunggu sampai DJ sampai. Terus dia panggil nama Iqa. Iqa terus jer layan nyanyi. Adik dok belakang Iqa. Leh tahan suara Iqa. Ramai yang suka dan puji. Pas Iqa dah settle 3 lagu tu. Terus balik. Salah satu sebab adalah tak tahan dengor suara lepas tu.

Nikah - Norhaslinda & Shahrul

Imej
Norhaslinda & Shahrul 26 Julai 2009 | 4.30 petang | Masjid Sultan Abu Bakar,Johor Bahru Foto montaj

Wang Kertas RM50 Reka Bentuk Baharu

Imej
Waaaa... Apasal lain macam lak duit yang kuar kat ATM ni.. Dulu memang dah ada ura-ura nak kuarkan duit RM50 baru, tapi dah lama dah kan, so bila tetiba keluar duit baru ni terkejut gak la kan. Tapi pelik. Pasal mesin deposit masih takleh proses duit baru ni. So, apasal dikeluarkan gak. Menyusahkan orang jer kan. Bila serah kat mama duit ni pun dia terkejut gak. Apasal abang bagi duit RM1 banyak sangat ni. Tengok betul-betul. La duit baru ka... Apa ciri-ciri dia.. Pandangan belakang Ciri keselamatan bagi reka bentuk baharu wang kertas RM50 yang dipertingkatkan ialah: Benang Keselamatan Dengan Warna Berubah-ubah yang tertanam di dalam kertas menggantikan benang keselamatan yang sedia ada. Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan. Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselam

Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat Negeri Johor

Imej
Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat Negeri Johor (Zon H) 2009 Tarikh : 23 Julai 2009 Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Tempat : Tanjung Puteri Golf Resort Taklimat ketua pasukan Pembinaan robot Persiapan peserta terbuka Proses penghakiman kategori terbuka Hasilan peserta Penghakiman kategori A,B dan C Majlis penutup Persembahan khas dari SMK Pasir Gudang 2 Penyampaian hadiah pada pemenang Slideshow

Sambutan Isra' Mikraj

Imej
Sambutan Isra' Mikraj Tarikh : 17 Julai 2009 Masa : 7.00 - 10.00 pagi Tempat : Dewan Bestari SKTTA Bacaan doa oleh Ustaz Shahir Ceramah Isra' Mikraj oleh Ustaz Sajuli Ceramah diselang selikan dengan kuiz Cenderahati untuk penceramah Slideshow

Buy Nothing Day. Bersediakah anda, esok?

Imej
Esok, Fomca melancarkan kempen "Buy Nothing Day". Adakah anda berani menyahut cabaran ini. Hari dimana anda langsung tidak berbelanja diluar, semuanya buat sendiri. Aku akan cuba, tapii... tang makan tu problem sikit la. Hehehe >> Laman web rasmi Fomca

SJAM Flag Day 2009

Imej
Jangan terkejut jika korang jumpa bebudak berbaju putih bawak tin minta derma kat korang. Tu perkara biasa bagi St. John Ambulance sejak dulu lagi. Aku pun pernah gak buat kerja-kerja ni jaman sekolah dulu. Cewah.. bekas St. John mula menulis. Tapi tang kawad untuk hari kebangsaan kat Kangar dulu semua cengkelat. Bagi alasan nak balik kampung. Tapi kalau usung tin ni aku suka. Habis ke sana sini aku usung. Hehehe. Kalau korang jumpa taruk ler singgit dua. Aku nulis ni pun sebab akudah jumpa bebudakni kat KIP mart itu hari. Bini aku tanya bebudak tu buat apa. Biasala, rutin kitaorang. Abang pun pernah wat camtu dulu. Teringat balik jaman sekolah-sekolah dulu jap. >> More info on St. John Ambulance Malaysia

Siapa bakal menjadi juara Mentor 3?

Imej
Siapa yang bakal membawa pulang RM10k. Fira, Chaq atau Black? Aku cam biasa sokong Black. Suara Black power tu. Harap-harap Mas Idayu berjaya buat plan B untuk Black. More on gua.com

Karnival Prasekolah Zon Skudai 2009

Imej
Tarikh : 11 Julai 2009 Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang Tempat : SK Kompleks Uda Pendaftaran peserta dan cabutan giliran Taklimat hakim dijalankan di kelas prasekolah Candid persediaan Pertandingan membaca di Bilik Muzik Story telling dijalankan di Perpustakaan Deklamasi sajak di kelas prasekolah Hafazan di surau Mewarna di kantin sekolah Spell it right di perpustakaan Nyanyian solo di dewan sekolah Pakaian beragam di dewan sekolah Ketibaan perasmi Bacaan doa Persembahan pelajar Ucapan dan perasmian Penyampaian hadiah dan cenderamata Nyanyian Negaraku Pengagihan sijil Slideshow