Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Harimau Belang Mati Dirempuh MPV Di LPT2

Harimau Belang Mati Dirempuh MPV Di LPT2

Imej
Harimau Belang Mati Dirempuh MPV Di LPT2. KEMAMAN, 6 Feb (Bernama) -- Seekor harimau belang dewasa mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM321.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini, awal pagi tadi. Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira 1 pagi ketika harimau berkenaan cuba melintasi lebuh raya sebelum dilanggar sebuah MPV yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu. Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Kamaluddin Mohamad yang mengesahkan kejadian itu berkata pemandu dan tiga penumpang MPV berkenaan selamat. Bangkai harimau belang berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan lanjut. Dalam pada itu, Kamaluddin turut menasihatkan pengguna LPT 2 supaya berhati-hati memandu di sepanjang lebuh raya berkenaan terutamanya pada waktu malam berikutan banyak binatang liar berkeliaran dan melintas. "Berwaspada dengan haiwan seperti rusa, tapir, babi dan binatang ternakan seperti kambing, l