mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label yang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label yang. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Oktober 2014

JPJ laksana operasi khas banteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi mulai 1 Nov ini

JPJ laksana operasi khas banteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi mulai 1 Nov ini


Operasi banteras guna lampu strobe light, HID 1 Nov.
ANTARA lampu HID yang tidak dibenarkan oleh JPJ mulai 1 November ini.
PUTRAJAYA 16 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi besar-besaran terhadap pemilik kenderaan yang masih berdegil menggunakan strobe light, lampu HID dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi mulai 1 November ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya turut menetapkan 1 Mei tahun depan sebagai tarikh bermulanya penguatkuasaan terhadap pemilik-pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap tanpa mengikut syarat ditetapkan oleh JPJ.
Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi lagi berhubung penguatkuasaan keempat-empat perkara tersebut kerana kaitannya dengan usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.
"JPJ memberi tempoh sehingga 31 Oktober ini kepada orang ramai untuk mengambil tindakan menukarkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan ditetapkan, menukar lampu HID yang tidak mengikut spesifikasi dan menanggalkan strobe light yang dipasang di kenderaan masing-masing.
"Selepas tarikh itu mereka yang ingkar akan dikenakan kompaun melalui operasi besarbesaran yang juga akan disertai oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tindakan saman itu kata Ismail tertakluk di bawah peruntukan Kaedah 6(7) KaedahKaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Perlesenan) 1959 dan semua jenis kenderaan akan terlibat sama ada bas, lori mahu pun kereta persendirian.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemilik kereta atau kenderaan yang dilengkapi dengan lampu HID oleh pihak pengeluar kenderaan iaitu sebagai spesifikasi asal dan bukannya melalui pengubahsuaian tidak tertakluk dengan peraturan tersebut.
"HID yang asal (pihak pengeluar) tidak ada masalah. Penguatkuasaan ini hanya kepada pemilik kenderaan yang memasang lampu HID yang diubah suai yang mana kita dapati amat mengganggu pengguna-pengguna jalan raya yang lain.
"Bagi penggunaan strobe light pula hanya agensi-agensi penguatkuasaan yang dibenarkan menggunakannya," ujarnya.
Mengulas lanjut berhubung penggunaan cermin gelap beliau berkata, pemilikpemilik kenderaan yang memasang cermin tersebut diberi tempoh sehingga 30 April 2015 untuk menanggalkannya atau menukarkannya supaya cermin kenderaan masing-masing tertakluk kepada kadar ketelusan cahaya (VLT) yang dibenarkan.
"Disebabkan kadar baharu VLT baru sahaja diluluskan oleh kerajaan adalah wajar satu tempoh yang munasabah diberikan kepada orang ramai bagi mengambil tindakan pembetulan khususnya bagi pemilikpemilik kenderaan import bagi mendapatkan gantian cermin yang mengikut kadar baharu VLT," katanya.
Beliau berkata, kadar VLT baharu yang telah ditetapkan berdasarkan bengkel yang diadakan pada Jun lalu adalah seperti berikut:
"Cermin hadapan (VLT70 peratus); cermin sisi pemandu dan penumpang (VLT50 peratus); cermin sisi belakang (VLT30 peratus) dan cermin belakang (VLT30 peratus)," ujarnya.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 24 Ogos 2014

Tahniah dan selamat datang Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pengarah Pendidikan Johor yang baharu


Tahniah dan selamat datang Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pengarah Pendidikan Johor yang baharu. Seluruh warga pendidikan negeri Johor merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pengarah Pendidikan Johor yang baharu. Semoga pendidikan Johor terus gemilang di bawah teraju tuan.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 13 Jun 2014

Senarai badan yang menawarkan biasiswa 2014

Senarai badan yang menawarkan biasiswa 2014

foto shared from http://www.um.edu.my

Berikut disenaraikan laman web dan portal bagi badan dan agensi yang menawarkan biasiswa bagi tahun 2014. Mohon sebarkan kepada pelajar lepasan SPM 2013 dan sesiapa yang memerlukannya.











Astro Scholarship Award 2014









Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 30 Disember 2013

Pagi yang gemilang

Pagi yang gemilang. Ni pagi isnin terakhir kami di johor memulakan minggu bermula isnin. Start minggu depan dah mula ahad sebagai pemula minggu. Lawa pulak langit pagi ni. Ikut laluan terdekat. Dua hari ja tinggal untuk guna laluan ni. Pasni sekolah dah buka. Memang dah takleh lalu lagi dah. Laluan ni memang tak sampai 22km. Confirm.

Selasa, 17 Disember 2013

Pagi yang cemerlang

Pagi yang cemerlang. Bak kata orang bijak pandai. Lepas subuh jangan tidur lagi. Teruskan urusan yang sepatutnya.


Sent from Samsung Mobile

Sabtu, 14 Disember 2013

Malam yang cemerlang

Malam yang cemerlang. Lawa langit malam ni. jenuh gak nak setting manual supaya dapat amik gambo langit ngan bulan nih.

Rabu, 4 Disember 2013

Bayar lebih apa yang kita dapat?

Aku dah dua bulan berturut bil negatif. Apa aku dapat? Yillek. Cuba terbalikkan. Dua bulan tak bayo. Teruih dapat bil merah. Yang ni aku pernah kena kat rumah aku kat pulai perdana. Berapa aku hutang? Dalam 30 hengget ja. Pastu potong. Tu pasal aku tak dok sana. Aku bayo lewat beberapa bulan. Tu yang bila aku tanya baki, katanya dia yang berhutang ngan aku lam 50 hengget gitu. Kekeke. Ni ler donia kita.
Sent via Samsung Mobile

Jumaat, 16 Ogos 2013

Hari yang membosankan


Hari yang membosankan. Ingatkan semalam dah abih bosan dah. Rupanya, hari ni lagiii bosan. Dok baring, makan, ubat, tido, dan ulang semula apa yang aku dah tulih tu. Yang pelik tu, perut asyik lapo jah. Tak pernah lagi aku rasa cenggini sebelum ni. Jangan aku naik kije minggu depan bersama lemak lemak baru yang berjaya diternak sepanjang aku MC ni udah ler...



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 1 Disember 2012

Ucus : Pagi Jemaat yang sempoi

Baru rasa tenang sikit hari ni. So, aku akan haplod semula semua yang berlangsung pada kenduri lepas. Enjoiceee...

Ni pagi jemaat lepas. Aku pun bercuti pasal nak ready untuk majlis kenduri ucu hari ahadnya. So, pepagi ni sesaja jengjalan keliling rumah sementara dok nanti yang lain mula...

Ucus : Pagi Jemaat yang sempoi
lama aku tak hapdet pasal rumah. Sian semua orang dah terhenti info pasal rumah ni. Ni la yang latest..

Ucus : Pagi Jemaat yang sempoi
Arang yang akan digunakan untuk masak esoknya

Ucus : Pagi Jemaat yang sempoi
tempat telur yang akan diisi semula ngan telur pindang yang akan diangkat malam ni

Ucus : Pagi Jemaat yang sempoi
kulat pun kena snap. nampak sangat sekeliling umah aku merantau

Ucus : Pagi Jemaat yang sempoi
sesi makan derian pun tak ketinggalan


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 22 November 2012

Sampah yang menyampah

Ada majlis, ada la sampah. Tak kira la, majlis kecik ka, majlis beso ka, majlis tupperware pun ada. So, sampah sampah ni mesti la dibersihkan. Dan yang paling best, biasanya aku jadi tukang clearing sampah la. Pastinya sampah ni perlu dibuang di tong besar majlis punya la. Kat baling pun ya, kat gelang patah pun ya.

Cuma yang aku tak gemo bila tiba ke tong beso nih... perrggghhhh... punya la banyak yang bertaburan di luar kotak tu. Salah sapa ni. Bagi aku, diri sendiri dulu. Pastikan sampah tu dimasukkan lam tong tu. Penat orang cipta tong, tabur sesuki ja kat luar. Bukan jauh nor pun dalam tong sampah tu. Yang kedua, maybe majlis patut fikirkan tong yang lebih sesuai kot. Tong ni bagi aku sangat tinggi. Aku baling sampah aku pun macam aku baling tukul besi lam olimpik tau. Sebab apa. Aku kena buat apa yang sepatutnya. Aku tak suka komen, pastu aku sendiri pun buat yang sama. Kan bangang namanya tu. Kira hari ni sampai hampir 12 kali aku ulang alik ke sini. Buat training baling tukul besi. Perrgghhh... Kalau masuk olimpik aku rasa cam leh menang ja. Cam dah cukup dah training tu. Yang last tu baru aku bawak ziqri, pasal sampah yang last tu paing ringan. Kekeke...

Apa pun. Tepuk dada tanya selera. Kalau anda nak benda tu jadi, anda yang harus mulakan dulu. Jangan jadi bangang mengomen tapi anda sendiri tak buat. Tak nak cenggini, tapi anda sendiri pun buang cenggitu jer..

menarik tak...

snap masa nak balik untuk training seterusnya

suka la ziqri dapat ngikut akhirnya

syok ler tu

jom jengjalan lagi bah

amik sekali lagi tanda tak puas hati


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 22 Julai 2012

Bulan Julai yang over sibuk

mknace unlimited™ | Big Apple Jusco Bukit Indah
Mari pilih donut kat big apple
Awal bulan Julai ni tetiba menjadi sibuk. Sedari awal bulan sampai ke sebelum bulan puasa, jadual aku jadi sangat packed. Over packed! Bayangkan mula 2-3 aje dah sibuk mesyuarat di Putrajaya untuk Barisan hadapan. Baru ja balik dah mula sibuk dengan Dialog Nasional. Kena pulak jaga bahagian Publisiti dan Siaraya. Dari sebelum sehingga semasa. Jadi sangat sibuk. Habis ja Dialog sambung ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat MAP pulak. Adohai. Nak pulak drebar buat hal pagi tu. Dah kena drive sendiri. Balik Jemaat lepas ingatkan nak amik cuti, sekali ada awareness programme la pulak. Layan semua. Hari senin ni aku cuti. Tu pun tak tau sekiranya tetiba kena panggil. Harap harap dapat aku cuti hari senin tu. Dah over stress dah ni rasanya.

ps : Blog pun dah tak sempat nak dimaintain lagi. Tu kira OK lagi, yang sampai tak sempat call bini sendiri sapa nak jawab! Haaa... kau jawab la sendiri. Kui kui kui.

pss : hari ni banyak la entry entry terlepas akan aku masukkan. Watch out!!!



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free