mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label turun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label turun. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Ogos 2015

Harga Runcit Ron95, Ron97 Dan Diesel Turun 10 Sen Bagi Ogos

Harga Runcit Ron95, Ron97 Dan Diesel Turun 10 Sen Bagi Ogos


KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos).

Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter.

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.

Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.

Dakwaan itu menggunakan "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan" sebagai sumber maklumat tersebut.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 31 Januari 2015

Harga baharu RON95, RON97 dan Diesel Turun Mulai 1 Februari 2015


Harga baharu RON95, RON97 dan Diesel Turun Mulai 1 Februari 2015. Harga runcit petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter, RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter dan diesel diturunkan sebanyak 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter, berkuatkuasa 1 Feb 2015.

Harga baru :
Ron95 - RM 1.70
Ron97 - RM 2.00
Diesel - RM 1.70

***what is the best part..? Harga turun, harga barang Jamin kekal. Bila naik semula, of coz naik sebelum harga minyak tu Naik lagi pun.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Rabu, 31 Disember 2014

Harga RON95, RON97 dan Diesel Turun Mulai 1 Januari 2015

Harga RON95, RON97 dan Diesel Turun Mulai 1 Januari 2015


Kerajaan dijangka mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97, pada kadar yang lebih rendah berikutan kejatuhan harga minyak global, pada 31 Dis.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan membayangkan perkara ini melalui twitternya dimana harga dijangka antara RM1.90 hingga RM1.95. Walaubagaimanapun pengumuman rasmi akan dibuat oleh KPDNKK.

Isnin, 19 November 2012

Keputusan UPSR 2012

Keputusan UPSR 2012 Keputusan UPSR 2012 Secara Online @ SMS 19 November 2012
*** Terkini ...

Seramai 45,054 calon UPSR (8.94 peratus) berjaya memperoleh 5A, penurunan sebanyak 0.54 peratus berbanding tahun lalu. Jumlah itu merangkumi 27,681 (10.61 peratus) calon bandar dan 17,329 (7.51 peratus) calon luar bandar. Pencapaian keseluruhan calon UPSR juga menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 pada 2011 kepada 2.31 pada tahun ini.

Semakan keputusan UPSR 2012 boleh mula diambil di sekolah masing-masing pada pagi ini, 19 November 2012 selepas jam 10 pagi. Semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online. Apa pun, good luck pada semua.

Semak secara SMS

Taip UPSR dan hantar ke 15888 
cth : UPSR AB012AB012 dan hantar ke 15888

Semak secara online

Tiada semakan secara online seperti yang digembar-gembur dalam kebanyakan blog.

Berikut merupakan respon dari admin SAPS.

Mohon maklum bahawa SAPS hanya mengeluarkan keputusan peperiksaan sekolah sahaja dan bukan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM seperti yang dilaporkan dalam blog peribadi.
Kaedah sebenar menyemak keputusan sebenar UPSR adalah melalui sekolah dan SMS sahaja.
Harap Maklum

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free