Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 10 Jemaah Malaysia Cedera

10 Jemaah Malaysia Cedera, 6 Belum Dapat Dikesan Dalam Insiden Kren Tumbang Di Makkah

Imej
10 Jemaah Malaysia Cedera, 6 Belum Dapat Dikesan Dalam Insiden Kren Tumbang Di Makkah Datuk Seri Jamil Khir Baharom PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Seramai 10 jemaah haji Malaysia cedera manakala enam lagi masih belum dapat dikesan dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram di Makkah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tujuh jemaah lelaki dan tiga wanita yang dilaporkan stabil itu mengalami kecederaan seperti patah tulang kaki, cedera ringan di kepala dan patah pergelangan kaki. "Tiga daripada mereka kini dirawat di hospital Arab Saudi, enam di Pusat Rawatan TH (Tabung Haji) dan seorang telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan," katanya dalam sidang media di Kompleks TH di Kelana Jaya di sini Sabtu. TH, katanya, sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggara dalam operasi mencari enam jemaah - dua lelaki dan empat wanita - berkenaan. "Yang belum dikesan itu sudah dikenal pasti...menurut andaian dan pen