mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Biasiswa Yayasan Bank Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biasiswa Yayasan Bank Rakyat. Papar semua catatan

Jumaat, 18 April 2014

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat. Tadi baru dapat semak satu surat dari Bank Rakyat. Paham paham ajer la apa yang biasa kita terima dari Bank Rakyat pada ketika ni kan. So, dalam tu ada satu brosur pasal biasiswa ni. Best jugak apa yang diperolehi dari brosur ni.


Yang menarik perhatian aku adalah pasal Permohonan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa. So. Ada lagi la pinjaman lain selain PTPTN. Moh kita lungsuri portal rasmi dia di url http://www.yayasanbankrakyat.com.my/

Kelayakan pemohon

Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institut Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia 
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan semasa menerima tawaran 
  • Umur tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian 
  • Tidak muflis 
  • Telah disahkan mendapat tempat pengajian / latihan secara sepenuh masa di IPTA / IPTS / ILA / ILS 
  • Terbuka kepada pelajar tahun pertama pengajian
  • Pelajar yang memohon hendaklah mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat 
  • Pemohon-pemohon yang ingin memohon PPBU dikehendaki mempunyai minima RM100 di dalam akaun simpanan dengan Bank Rakyat sebelum membuat permohonan secara 'online' 
  • Mengikuti pengajian dalam semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK) / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR

Syarat Khusus

  • Peringkat PHD, pemohon perlu berkelulusan : - Sarjana dengan CGPA 3.0 ke atas 
  • Peringkat Sarjana, pemohon perlu berkelulusan : - Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atas 
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda, pemohon perlu berkelulusan : - Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU - STPM dengan sekurang-kurangnya dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU - STAM yang setara dengan STPM ATAU - Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0 
  • Peringkat Diploma, pemohon perlu berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 5A dan 3B(tiada gred C dan ke atas) 
  • Pemohon yang mengikuti latihan Sijil Kemahiran : - Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah / sedang menduduki tahap 2 ATAU - Sijil Kemahiran lain perlu sekurang-kurangnya lulus SPM

Institusi Pengajian

  • IPTA / IPTS di dalam negeri yang diiktiraf oleh JPA / MQA 
  • ILA / ILS yang diiktiraf oleh MLVK / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan

Bidang Pengajian

  • Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian seperti berikut : 
    • Perakaunan 
    • Perbankan 
    • Pengurusan Perniagaan 
    • Sumber Manusia 
    • Ekonomi 
    • Komunikasi Media 
    • Undang-undang 
    • Sains Aktuari 
  • PHD, Sarjana, Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian 
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK dan Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan

Peringkat dan tempoh pengajian (Maksimum)

  • PHD  (2 Tahun / 4 Semester) Jumlah RM14,000 setahun
  • Sarjana (2 Tahun / 4 Semester) Jumlah RM12,000 setahun
  • Profesional (2 Tahun / 4 Semester)
  • Ijazah Sarjana Muda  (4 Tahun / 8 Semester) Jumlah RM6,500 Setahun (UITM) / RM9,500 Setahun (selain UITM)
  • Diploma (3 Tahun / 6 Semester) RM5,000 Setahun (UITM) / RM7,500 Setahun (selain UITM)
  • Sijil Kemahiran (2 Tahun / 4 Semester) sehingga RM30,000

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free