mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Kementerian Pendidikan Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kementerian Pendidikan Malaysia. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Januari 2017

Kata Alu-Aluan Majalah Sekolah 2017 oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia


Kata Alu-Aluan Majalah Sekolah 2017 oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia. Kata alu-aluan YB Menteri boleh dimuaturun melalui pautan berikut : Muaturun

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Rabu, 11 Januari 2017

Perutusan Tahun Baharu 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia


Perutusan Tahun Baharu 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia.

TEKS UCAPAN
YANG BERHORMAT DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PADA 10 JANUARI 2017 (SELASA) BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI, PICC, PUTRAJAYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan berkat limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun dalam Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia pada pagi ini. Selamat Tahun Baharu diucapkan kepada keluarga besar KPM, semua ketua jabatan, para pegawai, guru, pensyarah, anggota kumpulan pelaksana, ibu bapa dan murid di seluruh pelosok negara. Tidak lupa juga barisan kepimpinan dan ahli kesatuan guru, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta semua yang hadir di Dewan Plenari, PICC. Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana yang berusaha menjayakan majlis kita pada hari ini.

2. Bermula penghujung Ogos 2015, kini masuk tahun ketiga saya memimpin Kementerian Pendidikan Malaysia. Sepanjang menerajui Kementerian ini, banyak perkara telah saya pelajari tentang pengurusan modal insan yang perlu dilakukan dengan teliti dan pelibatan dengan pemimpin pendidikan pada peringkat antarabangsa yang perlu dibuat secara diplomatik. Berkat doa dan sokongan semua pihak, saya akan terus menerajui perubahan bersama-sama warga pendidikan demi memartabatkan sistem pendidikan negara dan mendaulatkan maruah bangsa Malaysia. Semoga dengan kedatangan tahun baharu 2017, semangat yang membara begini dapat dikekalkan sepertimana
terpancar pada wajah para hadirin yang saya kasihi sekalian.

3. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga pendidik kita yang telah memulakan tugas dengan cemerlang, tidak kira dalam apa keadaan dan di mana lokasi
mereka. Liputan media menunjukkan ada antara guru kita yang terpaksa meredah sungai dan selut untuk sampai ke sekolah masingmasing di kawasan pedalaman. Ada antara mereka yang berpakaian
adiwira untuk menarik minat anak-anak kecil di sekolah. Ada juga yang komited untuk mendidik walaupun hanya ada seorang murid di dalam kelas. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa ramai antara warga pendidik kita mempunyai komitmen yang amat tinggi dalam menjalankan tugas demi anak bangsa kita. Saya amat berterima kasih kepada guru-guru ini dan semua warga guru dan pemimpin pendidikan di seluruh negara.

4. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa simpati kepada murid dan keluarga mereka, warga guru dan pemimpin sekolah serta rakan-rakan di JPN dan PPD di Kelantan, Terengganu serta Sabah yang telah terlibat dalam bencana banjir pada minggu pertama persekolahan. Saya berharap mereka tabah dalam menempuh ujian ini dan kami di Kementerian akan membantu baik daripada segi material mahupun tenaga untuk meringankan beban rakan-rakan dan keluarga mereka di sana. Dalam lawatan saya ke kawasan yang terjejas banjir, saya telah meminta JPN dan PPD untuk memberikan laporan lengkap supaya bantuan serta proses pembaikan dapat dilakukan dengan kadar segera. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan dengan segera kepada mereka yang terlibat.

5. Dalam pada kita terpaksa mendepani bencana alam yang tidak dapat kita elakkan, kita perlu juga menggalas tanggungjawab untuk meneruskan agenda pendidikan negara. Saya merasa gembira kerana setelah empat tahun pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, perubahan telah berlaku pada setiap peringkat, daripada penggubal dasar sehinggalah kepada pelaksana di sekolah. Sebagai warga pendidikan yang berpandangan futuristik, kita harus sedar bahawa terdapat agenda yang lebih besar untuk menyediakan anak-anak kita untuk masa hadapan mereka.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Transformasi Nasional 2050

6. Kita merasa bertuah kerana pemimpin negara kita telahpun memandang begitu jauh ke hadapan, selaras dengan hasrat Kerajaan menyediakan generasi baharu masa hadapan berlandaskan wacana Transformasi Nasional 2050 atau TN50 yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. TN50 merupakan dasar futuristik yang bersifat holistik dan inklusif yang digagaskan untuk memeta hala tuju negara bagi tempoh tiga dekad akan datang. Sebenarnya kita warga pendidikan tidak perlu risau untuk merealisasi hasrat kerajaan ini kerana kita telahpun membina asas yang kukuh dalam diri generasi akan datang melalui Enam Aspirasi Murid yang diterapkan melalui PPPM. Kita juga bersedia untuk memenuhi aspirasi global kerana pendidikan yang diamalkan di negara ini adalah amat selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) ke Empat mengenai pendidikan yang menetapkan sasaran enrolmen universal pada tahun 2030. Dalam konteks ini, peranan warga pendidikan amat penting bagi memastikan kejayaan transformasi pendidikan berupaya menganjak kualiti generasi baharu ke arah pemikiran yang lebih universal. Anjakan paradigma ini lebih menjurus kepada transformasi minda yang membolehkan mereka berdaya saing dan mampu berdikari untuk membangunkan negara menjelang tahun 2050.

Komunikasi Dua Hala

7. Semasa Perutusan Tahun Baharu 2016, dalam majlis perutusan sulung saya di Dewan Plenari ini juga, saya telah menekankan pentingnya komunikasi dua hala diamalkan oleh Kementerian. Sebagai sebuah keluarga besar dengan hampir setengah juta warga guru, Kementerian perlu mendengar dan prihatin terhadap keperluan warga pendidikan, kerana kita di Kementerian ini sebenarnya bekerja untuk sekolah. Saya merasa bangga kerana seruan ini telah disahut dengan begitu baik oleh Pengurusan Kementerian serta Ketua-Ketua Jabatan. Saya bersyukur kerana kita telah memanfaatkan semua platform media yang ada – media elektronik, media cetak dan yang paling cepat, mudah dan berkesan adalah melalui media sosial. Komunikasi dua hala telah dapat kita praktikkan dengan mudah di mana maklumat boleh kita sampaikan dan maklum balas dapat kita terima dengan pantas. Saya dapat lihat bahawa Pengurusan Tertinggi Kementerian juga telah memanfaatkan media sosial masing-masing, justeru Kementerian dapat membuat tindakan dengan cepat bagi menangani sebarang isu yang timbul.

8. Pada tahun ini, Perutusan 2017 akan berkisar dalam tiga komponen atau tema utama. Pertama, kita akan mengimbau kejayaan warga besar Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara antara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia. Kedua, kita akan melihat usaha-usaha Kementerian dalam proses pengantarabangsaan pendidikan. Ketiga, kita perlu bersedia untuk melangkah ke hadapan dan saya akan menggariskan beberapa perkara yang penting untuk kita menjayakan transformasi pendidikan negara ini, demi menyediakan anak bangsa yang mampu berhadapan dengan cabaran global.

IMBASAN TAHUN 2016: KEJAYAAN WARGA KPM MEMARTABATKAN PENDIDIKAN NEGARA

9. Peranan Malaysia pada peringkat antarabangsa memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Sebagai ahli Lembaga Eksekutif UNESCO, Malaysia memainkan peranan penting dalam menyumbangkan idea dan amalan terbaik dalam pendidikan yang boleh dijadikan contoh oleh negara lain, terutamanya negara dunia ketiga. Malaysia telah berkongsi pengalaman dan membantu inisiatif transformasi pendidikan negara kurang membangun dan kepulauan kecil menerusi kerjasama dengan UNESCO melalui inisiatif Malaysia Fund-in-Trust (MFIT). Tidak hairanlah negara kita diberi kepercayaan untuk menganjurkan persidangan peringkat antarabangsa seperti the 9th ASEAN Education Minister and the Senior Education Officials Meeting di Sunway Resort Hotel and Spa, serta Asia Pacific Regional Forum on Early Childhood Care and Education di Hotel Marriott, Putrajaya. Kejayaan kita menganjurkan persidangan berskala besar ini telah mendapat pujian dari negara-negara yang hadir. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus memastikan kedua-dua persidangan ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Lawatan Delegasi Asing

10. Selain daripada memberikan khidmat kepakaran dalam organisasi luar negara, Kementerian Pendidikan juga telah menerima banyak kunjungan daripada delegasi luar negara yang ingin mengetahui dengan lebih dekat usaha transformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan. Antara lawatan yang telah diterima adalah dari Ministry of Education Culture Sports Science and Technology (MEXT) Jepun, yang telah melawat SJKC Chong Wen di Kuala Lumpur; Lawatan Menteri Pendidikan Arab Saudi ke Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Lawatan Kerja Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam serta banyak lagi lawatan dari negara luar ke Kementerian Pendidikan. Perkongsian amalan terbaik dan pengalaman ini membuktikan bahawa usaha kita memartabatkan pendidikan diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

Para hadirin yang dihormati sekelian,

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

11. Negara mengalami permulaan yang mencabar ekoran kejatuhan harga minyak dunia dan kemelesetan ekonomi global yang menuntut pengubahsuaian Bajet 2016 sebagaimana dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari 2016. Namun begitu, faktor kekangan kewangan tidak menghalang Kementerian untuk memacu peningkatan sistem dalam Gelombang 2. Inisiatif PPPM telah disusun dengan rapi dan dijajarkan dengan peruntukan sedia ada pada tahun lepas bagi memastikan keberhasilan dapat dicapai. Antara pencapaian yang signifikan termasuklah peningkatan peratus prasekolah KPM melepasi standard minimum prasekolah kebangsaan daripada 89.8% pada 2015 kepada 99% pada 2016. Kita juga telah melihat peratus sekolah dengan pelibatan ibu bapa melepasi sasaran 65% kehadiran dalam 6 aktiviti utama mencapai lebih 92%. Daripada segi perbelanjaan berhemah, peratus sasaran penjimatan yang dijajarkan ke aktiviti yang mendukung keberhasilan murid meningkat daripada 27% pada 2015 kepada 77% pada 2016. Kejayaan ini dan yang lainnya merupakan pencapaian yang amat bermakna dalam usaha kita memastikan transformasi pendidikan terus dilaksanakan dengan jayanya.

Pentaksiran Antarabangsa TIMSS dan PISA

12. Kejayaan kita mencatat peningkatan dalam kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2015 membuktikan komitmen Kerajaan khususnya pihak KPM sendiri untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara. Malaysia berada pada kedudukan pertengahan antara 39 negara peserta TIMSS 2015 berbanding pada tahun 2011. Bagi pencapaian dalam Programme for International Student Assessment (PISA) 2015, Malaysia telah menunjukkan peningkatan dalam ketiga-tiga domain literasi iaitu literasi saintifik, literasi matematik dan literasi bacaan berbanding dengan pencapaian PISA 2012.

Kejayaan Guru

13. Saya merasa amat teruja apabila Cikgu Mohd. Sirhajwan Idek dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Global Teacher Prize di Dubai pada Mac 2017. Beliau yang berasal dari Kota Belud, Sabah telah disenarai pendek daripada lebih 20,000 pencalonan guru dari 179 buah negara. Beliau turut mendapat pengiktirafan kerana menjadi seorang daripada lima pemenang global Guru Di Hatiku dan memenangi Biasiswa Macmillan ke United Kingdom. Semangat gigih dan kental guru ini amat wajar dicontohi terutama dalam menghadapi cabaran mendidik anak murid di luar bandar yang majoriti terdiri daripada keluarga berstatus sosioekonomi rendah dan kurang mendapat pendedahan tentang dunia luar. Berkat kesabaran, ketabahan dan bersikap positif, beliau akhirnya berjaya mentransformasi sekolah ke fasa baharu apabila terpilih menyertai dan mendominasi pertandingan bahasa Inggeris serta keusahawanan dan inovasi. Hasilnya, banyak kemajuan dicapai oleh murid menerusi galakan penggunaan bahasa Inggeris dalam perbualan harian dan aktiviti kokurikulum.

14. Kita juga berbangga dengan guru-guru kita yang terpilih sebagai duta pendidikan dalam Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) di bawah Asia-Pacific Teacher Exchange for Global Education (APTE) di bawah Program Pembangunan Guru pada peringkat antarabangsa anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Objektif program ini adalah supaya guru-guru dapat meluaskan perspektif mereka terhadap budaya dan amalan terbaik di negara hos mereka iaitu Korea Selatan terutamanya. Guru-guru ini juga diberi peluang untuk mendedahkan budaya Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan murid-murid di sana. Tahniah diucapkan kepada guruguru yang telah diberi peluang untuk mengikuti program ini dan diharapkan agar pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan keberhasilan murid di negara kita.

Olympian Negara dan Atlit Paralimpik

15. Pada tahun 2016, negara kita mencatat sejarah dengan memenangi beberapa pingat dalam temasya Sukan Olimpik, dan Kementerian merasa bangga kerana wira Olimpik negara memulakan langkah mereka di Sekolah Sukan Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Pandalela Rinong dan Cheong Jun Hoong (Diving: Women’s Synchronised 10 Meter Platform) yang telah memenangi pingat perak dan Nur Dhabitah Sabri dan Cheong Jun Hoong yang telah menyertai acara terjun (Diving: Women’s Synchronised 3 Meter Springboard). Kita sangat berbangga dengan kejayaan Goh Liu Ying & Chan Peng Soon meraih pingat perak acara badminton (beregu campuran) dan Goh Wei Shem dan Tan Wee Kiong yang mewakili negara dalam badminton (beregu lelaki). Mereka ini semua merupakan atlit Sekolah Sukan Malaysia, di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Syabas diucapkan!

16. Perkara paling menarik yang menjadi detik bersejarah bagi negara kita adalah kejayaan para atlit kita yang menyumbang kepada pungutan pingat dalam acara Sukan Olimpik dan Paralimpik di Rio, Brazil pada September 2016. Seluruh negara amat terharu dan berbangga dengan kejayaan saudara Abdul Latif bin Romly yang meraih pingat emas dan mencipta rekod baharu dunia bagi acara lompat jauh T20 dengan catatan 7.60 meter. Latif pernah memenangi anugerah atlit terbaik Pendidikan Khas semasa beliau bersekolah. Kita amat berbangga dan tahniah diucapkan kerana ini merupakan kejayaan unggul mengharumkan nama negara di Temasya Sukan Paralimpik Rio dan membuktikan dengan semangat kental, kita mampu meletakkan Malaysia sebagai juara di persada dunia.

17. Sememangnya, bakat seni anak-anak kita memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Bakat yang digilap dan dipupuk di sekolah diperkayakan lagi melalui Sekolah Seni Malaysia, yang saban tahun mengharumkan nama negara dalam pertandingan antarabangsa yang diceburi. Pada tahun 2016, Sekolah Seni Malaysia Sarawak tidak menghampakan negara apabila meraih tempat kedua dan Anugerah Khas Juri dalam Program International Folklore Competition ‘International Talent 2016’, di Costa Brava, Sepanyol. Syabas dan tahniah diucapkan!

18. Kementerian juga berbangga dengan kejayaan kontinjen negara yang saban tahun meraih anugerah dalam pertandingan robotik. Pada 13th World Robot Olympiad 2016, di New Delhi, India, kontinjen negara telah meraih 2 Emas, 2 Perak, 1 Gangsa dan 1 Excellence Awards, sekaligus meraikan kemenangan buat kali ke-6 juara keseluruhan dunia. Bukan mudah untuk kita menjadi juara secara konsisten. Tahniah diucapkan kepada murid yang mengambil bahagian serta semua pihak yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam pertandingan ini.

19. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada pasukan Reka Cipta dan Inovasi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak yang merangkul pingat emas dan dua anugerah khas dalam Pertunjukan Reka Cipta Antarabangsa di Warsaw, Poland pada Oktober 2016. Pasukan ini berjaya mencipta produk jubin lantai daripada kulit telur berjenama CaCo Tiles iaitu bahan buangan yang digunakan sebagai pengganti pasir untuk penghasilan jubin yang dapat mengurangkan pencemaran dan bersifat mesra alam. Seterusnya tahniah saya ucapkan kepada pasukan Young Inventers dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur yang berjaya membawa pulang pingat emas dalam Indonesia Young Inventor Award - IYIA 2016 di Surabaya, Indonesia pada September 2016.

20. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan inovasi dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Rawang yang berjaya menggondol sembilan pingat emas dan sepuluh anugerah khas dalam The Second World Invention Innovation Contest yang berlangsung di Korea pada Jun 2016. Begitu juga pasukan daripada SM Imtiaz, Kuala Terengganu, tahniah kerana memenangi pingat emas dalam World Invention Creativity Contest 2016 di Seoul, Korea Selatan pada Julai 2016. Sesungguhnya banyak lagi kejayaan dan pengiktirafan yang diterima oleh anak murid kita serta warga KPM yang tidak sempat saya ungkapkan, namun segalanya tersimpan indah dalam catatan dan lipatan sejarah kecemerlangan di Kementerian ini.

21. Kejayaan Kohort Pertama Graduan Kolej Vokasional juga menjadi kebanggaan Kementerian. Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Pertama telah diadakan pada 2016 dan seramai 2,273 graduan kohort pertama dari 16 program di 15 Kolej Vokasional Rintis telah menamatkan pengajian pada bulan April 2016. Sebanyak 72.3% atau 1,643 graduan daripada kumpulan pertama ini mendapat tawaran pekerjaan daripada pihak industri dan swasta. Tahniah diucapkan kepada semua graduan, dan keluarga mereka yang sering memberikan sokongan kepada kumpulan ini. Jelas sekali dengan kejayaan-kejayaan ini, pendidikan negara berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat sepertiga teratas negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia selepas 2025 nanti.

TAHUN 2017: USAHA KEMENTERIAN UNTUK PENGANTARABANGSAAN PENDIDIKAN

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Laluan Pendidikan yang fleksibel

22. Dalam usaha Kementerian mengantarabangsakan pendidikan sebagaimana yang dihasratkan dalam Anjakan 1 PPPM 2013-2025, Kementerian telah menjalankan usaha secara menyeluruh melibatkan semua warga pendidikan. Bagi memastikan akses kepada pendidikan berkualiti diberikan kepada semua anak warganegara Malaysia, Kementerian telah menyediakan satu laluan pendidikan yang pelbagai, fleksibel dan menjurus kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat. Peluang pendidikan terbuka luas untuk semua dengan mengambilkira bakat dan kecenderungan murid. Setiap anak dilahirkan berbeza, justeru Kementerian mengambil pendekatan bersepadu dengan memberikan peluang untuk ibu bapa serta anak-anak memilih laluan yang sesuai dengan kebolehan dan kecenderungan minat masingmasing. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sentiasa terbuka melalui laluan Accreditation of Prior Experiential Learning oleh Malaysia Qualifications Agency (MQA).

Bantuan Persekolahan untuk Murid 2017

23. Kerajaan sangat prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat pada masa kini. Sehubungan dengan itu, KPM akan terus menyalurkan bantuan persekolahan bagi meringankan beban para ibu bapa yang menanggung perbelanjaan anak-anak mereka. Bagi tahun 2017, KPM telah menyediakan sebanyak 19 jenis bantuan dengan nilai peruntukan sebanyak RM3.059 bilion untuk membantu murid di sekolah kita. Ini menunjukkan Kerajaan sentiasa peka menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat jelata di seluruh pelosok negara.

Semakan Semula KSSR dan KSSM 2017

24. Melangkah ke tahun 2017 bermakna kita mula mengguna pakai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Baharu Prasekolah (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Sebagaimana yang dijanjikan dalam PPPM 2013-2025, Kurikulum Standard Baharu Prasekolah (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) 2017 dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) dilaksanakan bertujuan mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing pada peringkat global.

25. Pendekatan kurikulum standard baharu ini telah berubah ke arah pendidikan yang lebih mudah dan bersifat terbuka selari dengan konsep pembelajaran abad ke-21. Kurikulum tersebut memberi penekanan kepada pengajaran berpusatkan murid dan pengajaran yang dibezakan, di samping memberi lebih penekanan kepada penyelesaian masalah, tugasan berasaskan projek, memperkemas mata pelajaran atau tema, dan melaksanakan pentaksiran formatif. Semakan ini juga melibatkan pemurnian dokumen KSPK kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang menghasilkan murid lebih kreatif dan inovatif. Hasilnya, penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi secara eksplisit dapat dilihat apabila murid melangkah ke Tahun Satu, kumpulan murid ini mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.

26. Di bawah KSSR (Semakan 2017) termasuk pendidikan khas, pelaksanaan mata pelajaran diperkukuh melalui elemen merentas kurikulum (EMK) yang merupakan unsur nilai tambah yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. KSSR baharu ini turut memperkukuh Kemahiran Berfikir Aras Tinggi secara eksplisit dalam bidang Kreatif dan Inovatif, Keusahawanan dan Kelestarian Global. KSSM 2017 pula bertujuan memastikan setiap murid dipupuk dengan etika dan kerohanian sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan seiring arus kemajuan dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Penggubalan KSSM turut mengambil kira elemen yang memupuk nilai perpaduan dan keharmonian kaum untuk menjadi rakyat yang cintakan negara dan berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

27. Selaras dengan usaha membangunkan murid secara holistik, KPM telah merombak peperiksaan kebangsaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk meningkatkan secara berperingkat-peringkat peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi. Murid yang memerlukan bimbingan tambahan telah dan akan terus mendapat akses kepada bantuan yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Guru berkualiti dan kepimpinan berprestasi tinggi juga akan ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh negara bagi memastikan kemenjadian murid dan mendorong mereka menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

28. Pentaksiran yang mengukur murid bersandarkan kepada keputusan peperiksaan atau akademik semata-mata sebenarnya tidak begitu tepat kerana pengukuran daripada aspek jasmani, emosi dan rohani yang akan menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan seseorang. Sebab itulah dalam sistem pentaksiran PBS yang kita guna pakai sekarang, tahap pencapaian murid dinilai berdasarkan keputusan keseluruhan empat komponen penilaian yang merangkumi penghuraian keputusan mata pelajaran dalam ujian diikuti dengan pentaksiran tentang pelaporan kecergasan fizikal, minat dan kecenderungan seseorang murid.

29. Jelas di sini, kita mahu hasilkan sistem pendidikan negara yang menyeluruh dan dapat mencambah pemikiran murid, bukan sematamata sistem yang berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, pada peringkat menengah rendah, kita telah melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan 4 komponen utama iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Sememangnya PBS dirumus bagi memastikan tercapai matlamat untuk melahirkan murid yang beradab dan berakhlak termasuk memberi penekanan utama terhadap konsep perkongsian ilmu.

Perubahan UPSR

30. Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di samping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, maka KPM turut memperkenalkan format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baharu dan ditambah baik. Calon UPSR pada tahun 2016 merupakan kohort pertama yang telah mengikuti KSSR dan melalui PBS sejak berada di Tahun 1 pada tahun 2011. Mereka menduduki UPSR bertujuan melihat pencapaian dalam bidang akademik daripada segi penguasaan kemahiran literasi, numerasi dan penaakulan atau asas 4M iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul.

31. Keputusan UPSR merujuk kepada tahap pencapaian akademik calon berdasarkan standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi seperti yang termaktub dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, dan bukan merujuk kepada lulus atau gagal. Kita sepatutnya tidak menumpukan terhadap bilangan gred A yang diperoleh calon, sebaliknya melihat pencapaian mereka secara keseluruhan. Ibu bapa perlu menaruh kepercayaan kepada Kementerian yang berusaha memberi penekanan kepada PBS, bukan sahaja untuk cemerlang dalam pelajaran, bahkan kita dapat melahirkan potensi murid yang mempunyai kemahiran berfikir dan mampu menyelesaikan masalah dengan baik. Marilah kita membuat anjakan minda dan keluar daripada kepompong sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Pembelajaran Abad ke-21

32. Saya sendiri telah melihat bahawa perubahan telah berlaku di bilik darjah melalui penerapan 6 Aspirasi Murid. Keseimbangan ilmu dan akhlak dalam pendidikan akan menyediakan generasi masa depan dengan perubahan lanskap pendidikan tinggi dan cabaran abad ke-21. Pembelajaran Abad ke-21 merujuk kepada konsep pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang kondusif, terbuka, interaktif, menarik dan berpusatkan murid. Pembelajaran tersebut bukan setakat merujuk kepada penggunaan gajet, perkakasan dan perisian terkini teknologi ICT dalam bilik darjah. Guru tidak lagi berfungsi sebagai penyampai dan murid hanya mendengar seperti yang diamalkan dalam kaedah PdP abad ke-20. Sebaliknya guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau pemudah cara dan guru menggunakan kaedah PdP berpusatkan murid serta menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam diri murid, memandangkan mereka boleh mendapatkan maklumat di hujung jari. Saya kagum dengan kebolehan anak didik kita berinteraksi penuh yakin dengan orang yang lebih dewasa daripada mereka. Jelas sekali, guru-guru kita juga telah mengubah pendekatan dalam PdP dengan lebih berfokus kepada keberhasilan murid.

33. Kementerian juga telah melaksanakan inisiatif Sekolah Transformasi dengan membangunkan persekitaran sekolah yang lebih berkesan dengan menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid. Program Sekolah Transformasi ini yang melibatkan 100 sekolah di seluruh negara merealisasikan Pembelajaran Abad ke-21 dalam menerapkan Enam Aspirasi Murid akan diperluaskan pada tahun ini melibatkan 100 buah sekolah lagi. Bagi memastikan guru-guru sentiasa bersedia mendidik anak-anak kita untuk masa hadapan, guru perlu memahami bahawa sokongan rakan setugas menjadi pemangkin kepada pedagogi yang lebih berkesan, justeru mereka perlu mengamalkan PdP yang bersifat kolaboratif. Professional Learning Community (PLC) sedang dibudayakan di sekolah-sekolah di mana sebanyak 64 buah sekolah telah dipilih sebagai sekolah showcase pada tahun 2016. Setiap daripada 64 buah sekolah ini akan berkongsi kepakaran dengan 4 sekolah berdekatan, justeru pada 2017 sebanyak 256 sekolah akan terlibat dengan penyebarluasan pembudayaan PLC mengikut JPN dan PPD setiap negeri.

Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

34. Pemikiran futuristik dan kemahiran abad ke-21 berkait rapat dengan perkembangan dan kemajuan sains teknologi terkini dan masa hadapan. Selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Kerajaan giat berusaha menyemai, memupuk dan menanamkan minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) dalam kalangan rakyat Malaysia. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka pelbagai usaha bagi merealisasikan Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 untuk membudayakan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam kalangan generasi muda.

35. Bagi merealisasikan dasar pendidikan STEM, KPM diberi tanggungjawab menerajui pelaksanaan Inisiatif Perkukuhan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik untuk meningkatkan minat murid melalui pendekatan pembelajaran yang baharu dan pemantapan kurikulum. Ia merangkumi subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang boleh diaplikasikan melalui pengetahuan murid dengan konteks dunia sebenar. Kita juga memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran dan kebolehan guru menerusi pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM serta meningkatkan kesedaran murid dan orang awam melalui kempen kesedaran mengenai STEM pada peringkat kebangsaan.

Pemerkasaan TVET

36. Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang bertujuan mengarusperdanakan pendidikan vokasional setanding dengan aliran perdana telah berjaya mencorak landskap baharu kepada sistem pendidikan negara dengan berteraskan pencapaian kompetensi kemahiran dan akademik. TPV bermatlamat melahirkan tenaga kerja separuh mahir dan mahir dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan mencapai status negara berpendapatan tinggi. Malaysia menyasarkan satu sistem yang membolehkan setiap rakyat mendapat akses pendidikan berkualiti sama ada menerusi laluan TVET atau akademik yang akan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran, etika dan akhlak yang diperlukan bagi mengharungi cabaran dan merebut peluang dalam ekonomi global.

37. Usaha berterusan bagi penambahbaikan asas kemahiran dan latihan kemahiran semula membolehkan rakyat negara ini kekal relevan dalam bidang yang dipilih atau menempa laluan kerjaya baharu sekali gus meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir yang terdiri daripada warga tempatan selain mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. Sehubungan dengan itu, mulai tahun 2017, KPM akan melaksanakan program rintis Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Lanjutan bagi mencapai sasaran memenuhi tenaga mahir yang semakin meningkat dalam pasaran kerja di negara kita. Program ini merupakan kesinambungan bagi murid yang mengikuti program PAV dan akan meneruskan pengajian ke peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) di sekolah yang sama sehingga tamat Tingkatan 5. Melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), YAB Perdana Menteri telah mengumumkan langkah untuk mengoptimakan aset Kerajaan dengan mengubah suai sembilan buah Institut Pendidikan Guru (IPG) menjadi institusi TVET iaitu empat buah IPG dijadikan Kolej Vokasional, empat buah lagi dijadikan Politeknik manakala sebuah IPG akan dijadikan pusat latihan jurulatih TVET.

Pendidikan Khas

38. Kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemudahan dan sokongan untuk Pendidikan Khas. Melalui program pendidikan masyarakat antara agensi, masyarakat kita kini lebih prihatin terhadap keperluan Murid Berkeperluan Khas atau MBK. Peningkatan murid berkeperluan khas dalam pendidikan inklusif membuktikan bahawa masyarakat kini lebih terbuka dan sedar tentang peranan masingmasing untuk golongan istimewa ini. Kementerian komited untuk meningkatkan prasarana MBK di sekolah dan sangat mengalu-alukan kerjasama dan sumbangan masyarakat dalam pendidikan khas. Kini peluang untuk MBK menyambung pelajaran dalam TVET terbuka luas dengan adanya Kolej Vokasional Pendidikan Khas Shah Alam dan Bandar Indahpura, Johor. Peningkatan bilangan MBK mengikuti bidang vokasional di ILKA dan ILKS juga sangat memberangsangkan dengan lebih 500 pelatih MBK menyambung pelajaran dan latihan pada 2016.

Pendidikan Orang Asli

39. Kementerian juga sentiasa komited untuk meningkatkan prestasi murid Orang Asli secara holistik melalui pembangunan sekolah model khas komprehensif bagi meminimumkan kadar keciciran. Dalam meningkatkan keberhasilan murid Orang Asli, kita perlu lebih sensitif dan memahami budaya dan kehidupan mereka. Bagi mendidik anak-anak Orang Asli, adalah penting bagi Kementerian mendapatkan sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat Orang Asli secara menyeluruh, justeru modul pengajaran dan pembelajaran khusus bagi menyokong guru telahpun dilaksanakan dan Kelas Dewasa Orang Asli dan Pribumi (KEDAP) akan terus diperkasakan. Kementerian juga menyediakan kemudahan asrama dan pengangkutan dengan kerjasama agensi yang berkaitan bagi memastikan murid Orang Asli terus mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Akses Kepada Peluang Pendidikan Berdasarkan Minat, Bakat Dan
Keperluan

40. Menyedari hakikat bahawa setiap anak yang dilahirkan mempunyai bakat dan kecenderungan yang berbeza, Kementerian sentiasa memberi peluang kepada murid untuk memperkembang bakat mereka. Bagi mereka yang berkebolehan dalam bidang sukan, Kementerian telah membangunkan Sekolah Sukan Malaysia di lima lokasi di seluruh negara. Kementerian juga telah mengadakan Talent Identification Programme iaitu pemilihan atlet secara berstruktur dari peringkat rendah ke menengah, bagi memastikan nama negara sentiasa harum di arena antarabangsa dalam bidang sukan. Bagi mereka yang mempunyai bakat seni, tidak kiralah dalam bidang nyanyian, lakonan, seni tari atau seni lukis, bakat mereka akan terus digilap di Sekolah Seni Malaysia. Anak-anak yang terjejas kesihatannya untuk jangka panjang juga tidak pernah dipinggirkan. Program Sekolah Dalam Hospital merupakan program khusus untuk murid yang memerlukan pendidikan walaupun terpaksa bergelut dengan masalah kesihatan. Jelas sekali bahawa sistem pendidikan negara kita setaraf dengan negara maju yang lain di dunia kerana kita menyediakan pelbagai jenis sekolah mengikut keperluan murid.

Transformasi IPG

41. Bagi memastikan sistem pendidikan negara tidak ketandusan guru-guru yang berkualiti, PPPM 2013-2025 akan memastikan bahawa latihan guru di negara ini diadakan di institut pendidikan guru bertaraf dunia dalam menyediakan guru masa hadapan bertaraf global. Untuk mencapai tujuan ini, Institut Pendidikan Guru sedang melalui satu proses transformasi dalam tiga fasa: Peringkat pertama: pengukuhan penyampaian, Peringkat kedua: tumpuan kepada pencapaian dan pengiktirafan nasional manakala Peringkat ketiga: peningkatan prestasi dan mencapai standard global. Kita berharap agar pendidikan guru di negara ini dapat mencapai standard antarabangsa yang membolehkan guru-guru kita bertugas di mana-mana sahaja di dunia.

Tingkatan 6 dan Matrikulasi

42. Dalam proses pengantarabangsaan pendidikan, kita berbangga kerana Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment, England. Sijil STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Lulusan Sijil Matrikulasi KPM pula kini diiktiraf oleh JPA sepertimana STPM di mana lepasan Matrikulasi kini boleh menceburi pasaran kerja, berkuatkuasa 1 Januari 2017 melibatkan lulusan Matrikulasi KPM sejak 1999 mengikut Syarat Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/2016. Oleh itu ibu bapa tidak perlu risau tentang laluan pendidikan atau kerjaya anak-anak mereka ini.

ICT Dalam Pendidikan

43. Dalam usaha memastikan penggunaan ICT dalam pendidikan lebih efisyen, KPM merancang untuk merangkaikan 8,185 buah sekolah dengan rangkaian berkelajuan tinggi 4G setelah berjaya merangkaikan 6,000 buah sekolah dengan rangkaian yang sama dalam Fasa 1. Pelaksanaan Fasa 2 pula, KPM memberi keutamaan kepada pembelajaran murid dengan memastikan setiap makmal komputer disediakan capaian 4Mbps bagi menampung keperluan untuk 40 orang murid menggunakan Virtual Learning Environment (VLE) secara serentak. Sehingga Disember 2016, sebanyak 6,704 sekolah telah menerima perkhidmatan tersebut.

44. Bagi 1,547 sekolah yang belum dirangkaikan dengan rangkaian 4G, KPM akan terus menggunakan teknologi Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL) dan Very Small Aperture Terminal (VSAT) untuk merangkaikan sekolah-sekolah tersebut. KPM turut menyediakan perkhidmatan appliance sebagai local server yang menampung pemasangan VLE tempatan di sekolah. Selain itu, pembekalan Pelan Data Individu (2GB) kepada guru sekolah yang berteknologi 4G telah dibuat agihan secara berperingkat-peringkat kepada 317,000 orang guru di beberapa buah negeri pada akhir Disember 2016 yang lalu.

Meningkatkan Kapasiti Kementerian, JPN Dan PPD

45. PPPM 2013-2025 telah menggariskan dengan jelas tentang keperluan untuk meningkatkan kecekapan Kementerian dalam mendepani cabaran pendidikan global. Bagi mencapai tujuan ini, inisiatif Penstrukturan Kementerian telah dibangunkan dengan tujuan untuk memperkemas struktur peranan KPM, JPN dan PPD, memberi lebih pengupayaan (empowerment) kekuasaan (authority) dan kebertanggungjawaban (accountability) dalam membuat keputusan kepada JPN dan PPD. Inisiatif ini juga bertujuan untuk pengagihan (decentralisation) perjawatan dari KPM ke JPN dan PPD serta membangun dan memperkasa daya kepimpinan (leadership capabilities) bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama di KPM. Suka saya mengumumkan bahawa Jawatankuasa Tingkatan Tertinggi (JKTT), JPA telah menimbang dan meluluskan cadangan Penstrukturan Semula KPM walaupun tidak sepenuhnya pada 14 Disember 2016. KPM dan JPA akan memuktamadkan struktur pada peringkat Bahagian, JPN dan PPD dalam masa terdekat setelah urusan waran perjawatan diselesaikan.

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan

46. Kementerian sentiasa komited untuk memastikan bahawa guru berkualiti sentiasa berada di dalam perkhidmatan pendidikan. Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan telahpun dibangunkan untuk memberi panduan dan motivasi pegawai perkhidmatan pendidikan bagi merancang untuk membangunkan kompetensi dan potensi diri. Pelan yang fleksibel ini memenuhi keperluan kompetensi individu, keperluan organisasi dan standard semasa secara sistematik dan bersepadu. Besarlah harapan Kementerian agar guru-guru dapat memanfaatkan Pelan ini bagi meningkatkan kompetensi masing-masing.

Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti Dan Sektor Swasta

47. Kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap sokongan dan pelibatan ibu bapa dalam memastikan aspirasi pendidikan negara dapat dicapai. Di serata negara, kita dapat melihat peningkatan pelibatan ibu bapa dalam aktiviti dan program sekolah. Saya merasa bangga dalam setiap kali lawatan saya ke sekolah, saya dapat melihat gandingan erat pentadbir sekolah dengan ibu bapa dalam menjayakan pelbagai program, hinggakan di kebanyakan sekolah, PIBG akan menganjurkan sambutan Hari Guru dari melatih murid menjadi pengacara hinggalah membuat persembahan khas menghargai guru. Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) terus aktif menggalakkan ibu bapa membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti – antaranya: menyediakan makanan Hari Sukan, menganjurkan Hari Guru, keceriaan kelas dan baik pulih sekolah. Syabas, tahniah dan ribuan terima kasih, ikhlas dari kami di Kementerian.

Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit Yang Dibelanjakan

48. Berdasarkan usaha yang diambil oleh KPM untuk mentransformasikan sistem pendidikan, adalah penting peruntukan diagihkan semula mengikut keutamaan yang telah ditetapkan dalam PPPM 2013-2025 dengan memberi tumpuan kepada program inisiatif yang berimpak tinggi. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM43,988 bilion ringgit untuk membiayai program pendidikan berbanding bajet tahun 2016 iaitu RM41,320 bilion ringgit. Daripada jumlah bajet 2017 untuk KPM, RM39,316 bilion ringgit adalah bagi belanja mengurus manakala RM1,096 bilion ringgit pula untuk belanja pembangunan. Kementerian telah mengadakan satu Bengkel Kajian dan Semak Semula Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2017 KPM pada 4 hingga 6 Mei 2016 di IPGM Cyberjaya. Hasil daripada bengkel yang melibatkan Bahagian-Bahagian di Kementerian, lebih RM200 juta dijajarkan semula, bagi memastikan pelaksanaan inisiatif PPPM dan aktiviti utama Bahagian lebih terselaras ke arah perbelanjaan berhemah.

MELANGKAH KE HADAPAN: AMANAT UNTUK WARGA PENDIDIKAN

Infrastruktur Pendidikan

49. Pembangunan infrastuktur sekolah merupakan tulang belakang dalam usaha untuk melonjakkan kemajuan dan kecemerlangan pendidikan negara. KPM memandang serius infrastuktur sekolah yang memerlukan penyelenggaraan segera termasuklah pendawaian semula, baik pulih bangunan, pembinaan infrastruktur baharu dan sebagainya. Pada tahun 2016, KPM telah menerima peruntukan berjumlah RM2.044 bilion di bawah belanja pembangunan untuk membiayai 1,047 projek yang terdiri daripada 356 projek baharu dan 691 projek sambungan. 50. Sepanjang tahun 2016 juga, sebanyak 12 bangunan sekolah iaitu 9 buah sekolah menengah dan 3 buah sekolah rendah, telah berjaya disiapkan dan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk pengoperasian. Bagi tahun 2017, peruntukan pembangunan KPM untuk pelaksanaan Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Kesebelas berjumlah RM1.096 bilion. Daripada peruntukan tersebut, sebanyak RM62.53 juta diperuntukkan untuk melaksanakan 14 projek baharu, manakala baki sebanyak RM1.033 bilion diperuntukkan untuk menampung 889 projek sambungan yang diluluskan dalam tahun 2016.

51. Menerusi Bajet 2017, Kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta masing-masing kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, SJK Cina, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubaligh dan Maktab Rendah Sains Mara. Kerajaan juga mengumumkan peruntukan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah di bawah KPM iaitu sebanyak RM500 juta. Peruntukan tersebut disediakan bagi tujuan pembangunan infrastuktur sekolah di seluruh negara dalam usaha memperkasakan bidang pendidikan sejajar dengan hasrat PPPM 2013-2025. Saya amat bersyukur apabila YAB Perdana Menteri turut menzahirkan keprihatinan Kerajaan melalui pengumuman inisiatif untuk membangunkan semula 120 buah sekolah daif iaitu 60 buah di Semenanjung, 30 buah di Sabah dan 30 buah di Sarawak serta menaik taraf 1,800 makmal sains dengan peruntukan RM570 juta. 52. Sebagai permulaan, projek sekolah daif secara Industrialised Building System (IBS) bagi Fasa 1 telah pun dilaksanakan pada tahun 2016 yang melibatkan 46 buah sekolah daif di Sarawak. Daripada 46 buah sekolah, 5 projek telah siap sepenuhnya, 15 projek sedang dibina manakala 26 buah projek dalam proses kelulusan rundingan terus daripada Kementerian Kewangan. Selain itu, KPM juga berhadapan dengan situasi sekolah kekurangan peruntukan untuk membaik pulih kerosakan kecil dan penyelenggaraan perkhidmatan. Dalam konteks ini, KPM sangat menghargai usaha dan kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang banyak membantu dalam membaik pulih kerosakan kecil dan penyelenggaraan di sekolah.

Penerapan Nilai dan Akhlak

53. Pendidikan negara ini adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Negara yang amat menekankan keseimbangan ilmu dan akhlak. Walaupun usaha transformasi pendidikan giat dijalankan, masyarakat dikejutkan juga dengan kes disiplin murid dengan pelbagai isu yang ditularkan di media termasuk kes buli, pergaduhan di sekolah dan lainlain sedangkan bilangan amat kecil. Memandangkan penerapan nilai dan akhlak ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak, amat wajar sekiranya etika dan kerohanian diterapkan melalui aktiviti PdP, sukan dan kokurikulum serta amalan harian. Dari segi pembangunan sahsiah dan jati diri, peranan ibu bapa, masyarakat, guru dan pemimpin sekolah adalah penting bagi murid memahami konsep dan amalan nilai universal yang merujuk kepada pegangan agama yang kuat dan mendukung standard moral yang tinggi serta mengamalkan sebagai asas kehidupan.

Pengurangan Kerencaman Tugas Guru

54. Media juga turut memainkan isu pelbagai tugas guru yang semakin rencam. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana KPM sentiasa komited dan memandang serius isu tersebut khasnya berkaitan masalah pebagai tugas bukan hakiki yang dihadapi guru. Kita mahu masalah tugas dan tanggungjawab berat yang digalas oleh guru diselesaikan segera kerana guru perlu memberi lebih tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran. KPM telah berusaha mencari jalan penyelesaian untuk melihat kembali tanggungjawab tugas hakiki dan tugasan lain yang diberikan kepada guru termasuklah mengurangkan masalah pengisian data secara dalam talian.

55. KPM amat prihatin dengan tanggungjawab guru dalam pengurusan data pendidikan yang melibatkan pelbagai aplikasi. Mulai tahun 2017, KPM membuat ketetapan bahawa aplikasi yang wajib diuruskan oleh guru kelas dan guru akademik biasa hanyalah Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS-Offline). Aplikasi lain yang melibatkan operasi sekolah seperti Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS) dan Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) akan dilaksanakan oleh guru-guru yang dilantik sahaja seperti Guru Data dan Setiausaha Peperiksaan.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,

Senarai Inisiatif PPPM 2017

56. Bagi memastikan momentum Gelombang 2 (2016-2020) terus dapat memacu peningkatan sistem, inisiatif PPPM telah dikemas kini selaras dengan pencapaian yang telah diraih pada tahun sebelumnya. Berdasarkan senarai inisiatif utama dan inisiatif sokongan yang akan dilaksanakan oleh Bahagian berkaitan dan dipantau oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU), saya yakin bahawa transformasi pendidikan kita akan terus berada di landasan yang betul.

Para hadirin yang saya kasihi sekalian,

Integriti Penjawat Awam

57. Sejak kebelakangan ini, banyak berita yang tersiar dalam media sosial memperlihatkan integriti penjawat awam berada pada tahap kurang memuaskan. Laporan penipuan wang guru, insiden pencerobohan di darat dan perairan negara, gejala rasuah yang semakin menular dalam agensi kerajaan melibatkan jutaan wang ringgit dan pelibatan individu dalam kegiatan militan bukan sahaja memberi kesan negatif kepada negara malah menjejaskan kemurnian penjawat awam khususnya profesion keguruan itu sendiri yang diharapkan membina negara bangsa.

58. Kerajaan berusaha sedaya upaya untuk menangani permasalahan ini dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran, mengeluarkan surat siaran dan mengadakan lawatan inspektorat keselamatan di semua agensi sektor awam. Peranan Unit Integriti di setiap kementerian dan agensi awam turut diperkasakan bagi menghadapi cabaran getir ini. Namun, usaha tersebut tidak mungkin berjaya sepenuhnya tanpa kesedaran dan rasa kebertanggungjawaban yang tinggi dalam diri individu itu sendiri. Oleh itu, saya menyeru warga kementerian agar berusaha membanteras rasuah dan menyuburkan budaya kerja penuh integriti yang menjadi kewajipan kita semua. Marilah bersama-sama memperhebatkan usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa agar dapat menghapuskan persepsi negatif yang boleh mencalarkan imej negara dan perkhidmatan awam khasnya dalam Kementerian Pendidikan ini sendiri.

59. Pada hemat saya, penganugerahan Tokoh Teladan Integriti sangat wajar diwujudkan dengan hasrat dan cita-cita yang murni iaitu melestarikan integriti menerusi pendidikan kerana perkara ini sangat relevan dengan keperluan semasa dan secara tidak langsung anugerah tersebut turut mempromosikan salah satu pendekatan da'wah iaitu da'wah bil hal yang impaknya dilihat lebih berkesan dan meluas berbanding pendekatan lain dalam membudayakan nilai-nilai integriti.

Komunikasi Berkesan

60. Sekiranya tahun lepas saya menekankan tentang Komunikasi Dua Hala, kali ini saya ingin menekankan tentang perlunya masyarakat difahamkan dengan segala dasar dan program pendidikan. Komunikasi berkesan adalah sama pentingnya dengan perancangan dan pelaksanaan sesuatu program atau inisiatif. Komunikasi berkesan adalah penting untuk memastikan masyarakat faham tentang hala tuju pendidikan bagi membolehkan mereka menyokong dan membantu Kementerian, justeru Pelan Komunikasi adalah amat penting bagi setiap program atau inisiatif yang dijalankan.

Amanat Untuk Guru, Pemimpin Sekolah, Pensyarah IPG, Kolej
Matrikulasi, Tingkatan 6

61. Tahun 2017 ialah tahun keramat bagi KPM untuk terus memacu ke arah Agenda Transformasi Pendidikan secara agresif kerana ini merupakan tahun kedua Gelombang 2 bagi PPPM 2013-2025. Kepada semua pendidik dan pemimpin pendidikan, pertingkatkan usaha untuk menambah pengetahuan dan kemahiran, terutamanya dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Generasi murid kini telah ke hadapan dari segi teknologi. Perhebatkan pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid sejajar dengan kaedah Pembelajaran Abad ke-21. Pembelajaran harus menyeronokkan murid untuk kekal di sekolah. Pertingkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada peningkatan penguasaan dan aplikasi pengetahuan oleh murid. In shaa Allah, murid akan bersedia menghadapi sebarang bentuk pentaksiran

62. Untuk pegawai di Kementerian, JPN dan PPD, jadilah pemikir dan pemimpin perubahan yang dapat memberi sokongan dan bantuan kepada pihak pelaksana dan sekolah yang paling memerlukan. Jadilah perancang yang dapat mengagihkan dan menggunakan sumber yang ada secara optimum dan bantuan dihulurkan secara bersasaran. Jadilah pemimpin transformasi yang dapat melestarikan dan memperhebat pelaksanaan semua program pendidikan dan saling menyokong antara Bahagian dan pegawai untuk memastikan transformasi kekal di landasan yang betul.

63. Kepada penyokong tegar Kementerian, pihak Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta, libatkan diri dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta apa jua aktiviti pendidikan di sekolah untuk faedah anak anak kita. Berilah sokongan dan bantuan kepada pihak guru dan sekolah dalam apa jua bentuk sama ada daripada segi pandangan, kemahiran mahupun kewangan untuk melonjakkan prestasi pendidikan anak-anak kita. Marilah bersama-sama memberi perhatian, kasih sayang dan bertanggungjawab dalam pendidikan anak-anak kita supaya mereka dapat mencorakkan masa depan yang lebih bermakna.

64. Akhir kata, saya mendoakan semoga tuan-tuan dan puan-puan sekalian terus beristiqamah dan beriltizam menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti sepanjang masa.

Akhir kata, saya harap kita semua dapat bekerja dalam satu pasukan yang mantap dan kukuh demi menjayakan apa yang telah kita gariskan dalam perancangan strategik dan petunjuk prestasi utama KPM tahun ini dan tahun akan datang. Semoga segala usaha murni kita untuk memartabatkan perkhidmatan awam khususnya dalam bidang pendidikan mendapat keberkatan-Nya dan mencapai matlamat dengan jayanya.

Wabillahitaufik Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian. Terima kasih.

Selasa, 13 Oktober 2015

SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2016, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2016, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Sukacita di maklumkan bahawa Sistem Permohonan Atas Talian ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia akan di buka mulai 15 Oktober - 15 November 2015. Sila klik url berikut :




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 8 Oktober 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016


Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka mulai 15 Oktober 2015 hingga 4 Disember 2015.

Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid  Tingkatan 1 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.

Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

BIL
ASRAMA 1MALAYSIA
NAMA SEKOLAH
CATATAN
1
A1M KUALA LUMPUR
SMK VICTORIA
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
LELAKI SAHAJA

SMK (L) METHODIST
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
LELAKI SAHAJA

SMK ST JOHN
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
LELAKI SAHAJA
SMK SENTUL UTAMA
LELAKI SAHAJA
2
A1M JOHOR

SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU
PEREMPUAN SAHAJA
3
A1M SABAH

SMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU
LELAKI & PEREMPUAN
4
A1M SARAWAK

KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI
LELAKI & PEREMPUAN

Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan.

Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada 3 Januari 2016.

Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM selewat-lewatnya pada atau sebelum 4 Disember 2015.

Pautan khas : http://www.moe.gov.my/my/Asrama-1Malaysia-AH

Sila muat turun borang dan brosur seperti lampiran di bawah :-




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 28 September 2015

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2016 - FORMAT DAN INSTRUMEN CONTOH

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2016 - FORMAT DAN INSTRUMEN CONTOH


Dimaklumkan bahawa Format dan Instrumen Contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 telah disediakan untuk rujukan awam.

Muat Turun


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 21 September 2015

The World’s Largest Lesson (WLL) menerusi Frog Store

The World’s Largest Lesson (WLL) menerusi Frog Store


PENGENALAN

The Global Goals

Pada September 2015, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melancarkan Global Goals yang dikenali sebagai Sustainable Development Goals (SDG) yang perlu dicapai menjelang 2030. SGDs mempunyai  17 matlamat yang berfokus kepada tiga (3) sasaran utama iaitu:

  1. Menghapuskan kemiskinan tegar
  2. Mewujudkan kesaksamaan dan keadilan
  3. Memperbaiki perubahan iklim


The World’s Largest Lesson (WLL)

The World’s Largest Lesson (WLL) merupakan salah satu inisiatif di bawah Project Everyone yang mendapat mandat dan sokongan daripada PBB. WLL adalah salah satu platform bagi memperkenalkan 17 matlamat ini kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia terutama dalam pendidikan.   Sebanyak 24 modul pengajaran WLL yang dirangka oleh guru-guru di serata dunia telah dimuat naik di internet. Modul ini adalah merupakan usaha bagi menyokong penyebaran tiga (3) sasaran utama Global Goals atau SDGs.


INISIATIF PELAKSANAAN

Modul pengajaran WLL

FrogAsia merupakan wakil PBB dalam memudahcara dan membantu Kementerian Pendidikan Malaysia menjayakan program ini. Bagi memudahkan para guru mengakses dan memuat turun modul ini bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masing-masing, sebanyak empat (4) modul pengajaran WLL yang dikenalpasti untuk diajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Kempat-empat modul ini akan dimuat naik di laman Frog Store. Tema kepada empat (4) modul tersebut adalah:

  1. Transformasi Pendidikan
  2. Pembasmian Kemiskinan
  3. Penjimatan Tenaga
  4. Penjagaan Alam Sekitar


Animasi komik

FrogAsia juga akan memuat naik bahan informasi berkaitan The Global Goals atau SDGs dalam bentuk animasi komik berjudul Heroes for Change di laman Frog Store. Komik ini boleh dimuat turun oleh murid menerusi Frog VLE masing-masing  untuk dibaca dan dimanfaatkan.


Frog Store

Segala sumber dan kandungan berkaitan WLL boleh didapati dan dimuat turun secara terus dari laman Frog Store.


PERANAN SEKOLAH

Menggalakkan sesi pengajaran WLL

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyokong kempen penyebaran The Global Goals atau SDGs ini, dan menyaran agar semua sekolah di seluruh Malaysia untuk turut serta dengan memuat turun dan menggunakan modul pengajaran WLL dari Frog Store dalam sesi pengajaran yang akan bermula pada 28 September 2015.


Mengalakkan guru dan murid menggunakan VLE Frog

Para guru dan murid digalakkan untuk menggunakan Frog VLE bagi tujuan memuat turun bahan ini dan berkongsi informasi berkaitan WLL. Menerusi Frog VLE, para guru boleh mengambil inisiatif sendiri untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran WLL secara lebih kreatif, efektif dan menyeronokkan dengan menggunakan fungsi-fungsi interaktif yang telah disediakan. Untuk maklumat lanjut tentang cara penggunaan Frog VLE, sila layari pautan www.frogasia.com/learncentre.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 14 September 2015

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN Di Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN Di Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia


Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di IAB Induk dan semua Cawangan.

JAWATAN: PENSYARAH (GRED DG44), PENSYARAH KANAN (GRED DG48)
& PEGAWAI PENYUNTING (GRED DG41)

Jawatan
Bidang
Tempat
PENSYARAH KANAN GRED DG48
Berkaitan dengan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
IAB Induk, Bandar Enstek, Negeri Sembilan;
IAB Cawangan Genting Highlands, Pahang;
IAB Cawangan Utara, Kedah;
IAB Cawangan Sarawak; dan
IAB Cawangan Sabah
PENSYARAH GRED DG44
Berkaitan dengan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
IAB Cawangan Genting Highlands, Pahang;
IAB Cawangan Utara, Kedah;
IAB Cawangan Sarawak; dan
IAB Cawangan Sabah
PEGAWAI PENYUNTING GRED DG41
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Terjemahan
IAB Induk Bandar Enstek, Negeri Sembilan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

1. Pensyarah Kanan Gred DG48
a) Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana; dan
b) Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di atas Gred DG44 atau Gred DG48

2. Pensyarah Gred DG44
a) Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana; dan
b) Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41

3. Pegawai Penyunting Gred DG41
a) Berpengalaman menjadi editor dan membuat suntingan serta terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali;
b) Memiliki sijil penterjemahan daripada institusi yang diiktiraf; dan
c) Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Permohonan Jawatan Pensyarah PPP/
Pengurusan PPP yang boleh dimuat turun dari portal rasmi IAB di http://www.iab.edu.my mulai
ISNIN 14 SEPTEMBER 2015.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari KHAMIS 22 OKTOBER 2015.

Maklumat Lanjut:
a) Iklan Kekosongan Jawatan
b) Borang Permohonan
c) Borang Kenyataan Ketua Jabatan

Sila kemukakan borang permohonan yang lengkap dengan resume & salinan sijil-sijil yang telah
disahkan kepada:

PEJABAT PENDAFTAR
INSTITUT AMINUDDIN BAKI INDUK
KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI
71760 BANDAR ENSTEK
NEGERI SEMBILAN.
(U.P: UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 3 September 2015

Mesyuarat Penyelarasan Khemah Ibadah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 @Savannah Hill Resort


Mesyuarat Penyelarasan Khemah Ibadah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 @Savannah Hill Resort. Hari ni turun ke tapak. First time sampai sini. Jenuh cari jugak guna waze. Alhamdulillah. Dimudahkan Tuhan. Dari perjalanan, hinggalah ke tugasan.

Jumaat, 28 Ogos 2015

Kerja-kerja penyelenggaraan sistem bagi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula

Kerja-kerja penyelenggaraan sistem bagi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula


NOTIS PEMBERITAHUAN
Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sistem bagi tujuan menaiktaraf sistem sedia ada dan penyelenggaraan secara berjadual di Pusat Data Enstek (PDE).
Sehubungan itu, akan terdapat gangguan terhadap capaian portal dan sistem di KPM bermula pada

28 Ogos 2015    8:00 malam
hingga
31 Ogos 2015   11:30 malam.
Segala kesulitan yang dialami amatlah dikesali.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 27 Ogos 2015

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017


Permohonan boleh dibuat melalui url berikut : https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/index.cfm
  1. Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakan kemudahan PMI. 
  2. Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah)
    1. Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)
    2. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
    3. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
    4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain
    5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
    6. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil(SJKC/T)
    7. Sekolah Berprestasi Tinggi.
  3. Cara Permohonan.
    1. Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN.    
    2. Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).
    3. Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.
    4. Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat pembelian nombor PIN di kaunter BSN sahaja.

Kaunselor/guru/pelajar boleh berurusan di mana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar/ Nombor PIN.

Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500.
(Klik di sini untuk Contoh Resit BSN)

Kaunselor/guru/pelajar perlu memastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah:
  1. Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya)
  2. Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897
  3. Nombor Kad Pengenalan Pelajar
  4. Nombor PIN 5 Digit.
Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pendidikan Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2015 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PIN.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free