mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label putrajaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label putrajaya. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mac 2017

EKSPRESI NEGARAKU


EKSPRESI NEGARAKU. JOM HADIR BERAMAI-RAMAI DAN EKSPRESIKAN SEMANGAT #NEGARAKU ANDA! Konsert persembahan oleh artis tempatan, pameran agensi Kerajaan, sukan rakyat NEGARAKU, komuniti digitaL NEGARAKU, food truck dan pelbagai aktiviti untuk semua! Aku??!? Tolong promote aje. Ingat dekat JB - Putrajaya!

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sabtu, 10 Disember 2016

Jom Jenjalan : IOI Mall, Putrajaya


Jom Jenjalan : IOI Mall, Putrajaya. Sibuk kebudaks ni ajak aku ke sini. Last last jenjalan jugak la. Ingat nak main ice skate tapi tutup la pulops. Merayap ke Toy 'r' Us. Kat sini la yang dibelinya mainan mainan idaman hati memasing. Makan. KFC. Pakat tak mau makan biasa biasa kat food court dia yang kat atas sekali tu. Layankan aje ler.

Jom jenjalan : Alamanda, Putrajaya


Jom jenjalan : Alamanda, Putrajaya. Tempat yang jadi rutin sepanjang kat sini. Makan. Belanja. Beli belah. Cuci mata. Cari mainan seperti yang dijanjikan. Pendek kata. Semua kat sini aje ler. Adik inaz n iqa dah sibuk nak makan waffle dopopatjam. Aiyooo...

Jom jenjalan : Everly Hotel, Putrajaya


Jom jenjalan : Everly Hotel, Putrajaya. Hotel paling mudah dan dekat dengan segala tempat berkaitan ngan aku. Dekat dengan Kompleks E, dekat dengan tempat makan, ada pool. Kira setel lah.

Khamis, 6 Oktober 2016

Putrajaya 20161005 : Going there and back


Putrajaya 20161005 : Going there and back. Ni kisah semalam. Macam putrajaya tu belakang rumah aje kisahnya kan. Pagi keluar jam 6 dari rumah. Sampai opis 6.15 pagi. Around 6.45 pagi bertolak ke putrajaya. Berenti singgah jap di Pagoh untuk sarap sambil ngisi minyak. Pastu teruskan lagi perjalanan sampai la ke E14 untuk taklimat KIK. Setel taklimat. Menapak jap ke E8 untuk urusan dokumentasi. Kereta penuh. Sahih la menteri ada. Duduk jap situ nunggu driver. Sambil sambil tu nengok ada wartawan dok wat rakaman. Hmmm.. Macam ada cerita sensasi ni. Apa la agaknya ceritanya pasal aku memang penat sangat bila dah sampai gelang patah. Terus tido sampai ke pagi lepas isya'. Apapun. Sempat berenti makan nasi lemak kat Ayer Keroh. Kikiki.

Rabu, 5 Oktober 2016

Taklimat dan Cabut Undi Konvensyen KIK KPM


Taklimat dan Cabut Undi Konvensyen KIK KPM. Adess.. Kenoning lagi kepala aku. Tulis jap sementara nunggu Isya'. Pas ni nak sambung tido balik. Sejak balik dari sesi ni kat E14 tadi lain macam kepala aku memusing. Tanya Izeedin pun sama. Adesss. Apa la yang salah makan ni. So. Berbalik pada program ni tadi. Kami sampai ke lokasi lagi 10 minit sebelum jam 10 pagi. Tepat jam 10 pagi program taklimat dilangsungkan. Hmmm... Kelebihan pada jenis persembahan nanti. Nampaknya kena fikirkan sesuatu yang lebih fresh dan kreatif untuk kaedah penyampaian. Katanya setakat kaedah dan sebagainya juri akan semak terus pada dokumentasi. Apa yang penting kena sampaikan the whole idea a some sort of interesting way.

Setel taklimat sesi cabut undi pun bermula. Macam biasa, aku lebih suka dapat nombor satu. Sekali Izeedin cabut dapat nombor dua. Takpelah. Group yang dapat giliran pertama adalah group yang sama nama dengan group kami. Awal awal lagi dah offer sapa nak tukar. Izeedin tanya, and aku kata terpulang kalau nak tukar aku tak kisah sangat. Nombor satu ngan dua pun tak jauh sangat pun. Dan mereka bertukar dengan team giliran terakhir. K. Nanti sambung lagi. Kepala pun dah makin berat. Perlu rehat. Sambung esok. Chiaooo...

Selasa, 13 September 2016

SET DEKODER MYTV UNTUK PENYIARAN TV DIGITAL MULA DIEDARKAN


SET DEKODER MYTV UNTUK PENYIARAN TV DIGITAL MULA DIEDARKAN. 50,000 set dekoder percuma di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional mula diedarkan di beberapa daerah di Pantai Timur mulai minggu ini. Jumlah itu merupakan sebahagian daripada dua juta set dekoder percuma yang telah diperuntukkan untuk isi rumah-isi rumah terpilih di seluruh negara.

Penerima yang layak terdiri daripada ketua isi rumah warganegara Malaysia dengan jumlah pendapatan isi rumah kurang RM799 sebulan dan berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sehingga 31 Mac 2016. Dengan penghijrahan dari sistem penyiaran analog ke digital ini, Malaysia kini seiring dengan perkembangan pembangunan teknologi global dan menjadi antara negara Asia Tenggara yang terawal berhijrah ke platform penyiaran TV digital sebelum mencapai status negara maju menjelang 2020.

Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional merupakan agenda nasional dan adalah salah satu inisiatif penting dalam Rancangan Malaysia ke-11. Melalui projek ini, kerajaan bakal meraih pulangan dividen digital dengan pelepasan spektrum 700 Mhz setelah penutupan penyiaran analog ataupun ‘Analogue Switch Off’ (ASO) yang disasarkan pada Jun 2018. Ini selaras komitmen Malaysia dengan negara-negara ASEAN untuk melaksanakan ASO secara berperingkat antara 2015 hingga 2020.

Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional yang menggunakan sistem Televisyen Terestrial Digital (DTT) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia adalah satu projek inisiatif pembiayaan swasta (private funding initiative – PFI) yang dilaksanakan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

Kumpulan pertama sebanyak 50,000 set dekoder percuma telah diedarkan melalui perkhidmatan Pos Laju di daerah Machang, Bachok, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Tanah Merah di Kelantan; Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu; serta Kuantan, Pekan, Temerloh dan Bentong di Pahang. Ini akan diikuti dengan pengedaran set dekoder percuma di daerah-daerah lain seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Proses penghantaran dua juta unit percuma yang disumbangkan oleh pihak MYTV ini dijangka mengambil masa kirakira setahun.

Berbanding negara-negara maju serta rakan dalam ASEAN, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mengambil pendekatan menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya yang melibatkan kira-kira 25 peratus isi rumah yang masih menonton siaran terestrial analog.

Rakyat Malaysia boleh menyemak sama ada mereka terpilih menerima dekoder percuma ini menerusi laman web www.mytvbroadcasting.my ataupun menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1300-80-6988. Penerima hanya perlu menyambungkan set dekoder dengan TV sedia ada dan antena Ultra High Frequency (UHF) jenis luaran ataupun dalaman. Antena tidak termasuk dalam set dekoder percuma.  

Pemasangan hanya memerlukan beberapa langkah mudah dan pengguna boleh membuat pemasangan sendiri dengan merujuk manual pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Para pengguna juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV jika memerlukan bantuan teknikal yang disediakan oleh kontraktor pemasangan yang berdaftar dengan MYTV. Perkhidmatan ini akan dikenakan caj bermula dari RM50 untuk bantuan teknikal dan penyelenggaraan, atau RM180 untuk khidmat pemasangan set antena luaran baru berserta pendawaian. Orang awam juga boleh mendapatkan dekoder MYTV yang akan mula dijual di kedai-kedai elektrik serta cawangan Pos Malaysia terpilih di seluruh negara mulai akhir Oktober ini.

Dengan sistem DTT, penonton Malaysia akan menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, lebih banyak saluran siaran percuma, akses kepada panduan program elektronik (EPG), sarikata pelbagai bahasa, dan berkemampuan untuk menonton TV yang berkualiti HD.  Pada masa hadapan, penonton juga mempunyai akses kepada perkhidmatan televisyen interaktif termasuk membeli-belah di rumah, menonton video atas permintaan, dan perkhidmatan langganan dan Internet terpilih.  

DTT juga membantu merapatkan jurang digital, terutamanya di kawasan-kawasan terpencil negara. Ini mampu dilakukan memandangkan DTT akan menyediakan kemudahan untuk lebih banyak kandungan dan aplikasi yang disediakan untuk penonton. Pembekal kandungan seperti penyiar televisyen tempatan turut meraih manfaat kerana mereka mendapat peluang untuk memperluaskan jangkauan siaran dan perniagaan.  
     
Setakat ini, siaran DTT oleh MYTV dipancarkan dari pusat penyiarannya di Cyberjaya menerusi 13 pemancar utama di seluruh negara, meliputi kira-kira 80 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia. Buat masa ini  siaran DTT menawarkan saluran TV terestrial percuma iaitu TV1, TV2, TV3, TV AlHijrah, ntv7, 8TV, TV9, Bernama News Channel (BNC) dan TVi dalam kualiti digital. Saluran-saluran baru akan ditambah dari semasa ke semasa.
 
Secara keseluruhan, MYTV merancang untuk memasang sejumlah 60 pemancar utama dan 40 pengisi jurang (gap fillers) di seluruh negara. Apabila siap sepenuhnya, infrastruktur MYTV mempunyai kapasiti untuk menyiarkan sehingga 80 saluran yang terdiri daripada gabungan saluran definisi tinggi (HD) dan definisi standard (SD). Menjelang pelaksanaan ASO yang dijangka pada Jun 2018, siaran DTT akan dinikmati di sebanyak 98 peratus kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia.                    
Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat di talian 09-8911 5177 / 5198 / 5199 / 5184

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Rabu, 16 Disember 2015

Medan Selera Presint 9, Putrajaya

Medan Selera Presint 9, Putrajaya

Medan Selera Presint 9, Putrajaya. Tetiba ja selera utara kuar. Hmmm. Yummy. Amik bihun sup. Orang beratur panjang. Yang lelain makan mee goreng n nasi goreng ikan masin.

Selasa, 15 Disember 2015

Everly, Putrajaya

Everly, Putrajaya

Everly, Putrajaya. Check in. Ready for tomorrow meeting. Yang penting ada pool untuk kebudaks.

Jumaat, 9 Oktober 2015

Senamrobik Ceria @ Hari Sukan Negara

Senamrobik Ceria @ Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2015 (Sabtu), jam 7.30 pagi di Dataran Kompleks C, Putrajaya.
Terbuka kepada semua. Jumpa di sana!!


#HSNPutrajaya
#HariSukanNegara
#HSN2015
#JomTurunPadang

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 30 Januari 2015

Full revised - Lepak Lepak Santai @ the Everly Putrajaya


Full revised - Lepak Lepak Santai @ the Everly Putrajaya. Baru ada masa nak haplod. Layankan ajer la. Bilik quite spacey. Tak sama dengan jangkaan aku. Terlebih sudaa.. Beli menerusi groupon. Dapat RM275 + hotel tax dan caj pengurusan. Layan ajer ler.

Rabu, 28 Januari 2015

Late Live blogging : Lepak Lepak Santai @ the Everly Putrajaya

Late Live blogging : Lepak Lepak Santai @ the Everly Putrajaya. Sebelum meeting esok, Pakat Lepak jap Di Everly. Esok tak rushing sangat.



Rabu, 22 Oktober 2014

Journey to and fro Putrajaya in a day


Journey to and fro Putrajaya in a day. Dalam masa sehari. Pagi kat JB. Tengahari kat Putrajaya. Malam kat JB balik. Leh tahan badan aku hari semalam. Semangat amik gambo. Pasal dok ngetest kamera SJ4000 ler katanya. Penat tolak tepi. Kije setel. Hobi enjoy. Layanzz...

Jumaat, 3 Oktober 2014

Putrajaya, penutup kesibukan minggu ini


Putrajaya, penutup kesibukan minggu ini. Daripada hari Ahad, sampai la ke Khamis. Penuh dengan mesyuarat. Satu demi satu. And lastly, Putrajaya sebagai penutup. Penat punya cerita. Leh terlelap lam kereta. Masa balik ke JB semalam. Jarang aku lelap. Kecuali bebetul penat. Layan ajer la.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Pengalaman menginap di The Everly Hotel, Putrajaya


Pengalaman menginap di The Everly Hotel, Putrajaya. Hari Isnin lepas, aku ke Putrajaya. Sempat book secara online hotel ni. Rate dah naik. RM220 semalam. Belasah dulu. Janji ada tempat untuk tidur sebelum meeting esoknya. Overall. Not so bad. Bilik agak besar. Ada pool. Makanan pun superb. Memang kalau ada lagi boleh datang lagi ni.

Jumaat, 13 Jun 2014

FLORIA Putrajaya 2014 Photography Competition


FLORIA Putrajaya 2014 Photography Competition. Apa lagi beb. Sesapa yang tinggal di kawasan Putrajaya dan berhampiran dengannya, masuk ajer lah. Rugi biar kamera tu berabuk ja. Betul tak. Ada dua kategori dipertandingkan. Bawah 17 tahun dan terbuka. Hadiah boleh tahan jugak tu. Apa pun layari web rasmi untuk info lanjut. http://floriaputrajaya.com.my/

Info pertandingan :




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 7 Jun 2013

Yok ke Bangi


Yok ke Bangi. Jom gerak. Sebelum tu siap posing posing bagai kat depan rumah. pastu baru mula gerak. pastu lepak habis habisan di pelbagai hentian. untuk memacam cerita. ahahaha. layan ajer la. lepas makan malam kat elmina. gi lepak putrajaya jap. sekali hujan pulak daa... pastu sebelum gi rumah makyang cari fareeda jap. nak tengok tempat yang glamer sangat tu. read on...

Khamis, 23 Mei 2013

Edisi terlepas : Majlis Makan Malam bersama TPM di Seri Satria, Putrajaya


Edisi terlepas : Majlis Makan Malam bersama TPM di Seri Satria, Putrajaya. Ni memang entry lama. 9 Januari tuh. Bukannya fokus pada majlis makan malam tu, tapi behind the scene. Dari mula kami sampai ke sana, sampai la kami balik semula ke Johor. Yang part majlis tu dah masuk dah pun dedulu. Ahahaha... Yang ni saja masukkan lewat-lewat sikit.

Ahad, 21 April 2013

PILIHAN RAYA UMUM KE13 SENARAI CALON PARLIMEN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

PILIHAN RAYA UMUM KE13 SENARAI CALON PARLIMEN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

PILIHAN RAYA UMUM KE13 
SENARAI CALON PARLIMEN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Berikut merupakan calon untuk Parlimen Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi PRU13 ini. Senarai ini akan sentiasa dikemaskini bersama dengan senarai terkini dari Bernama.com. Untuk mengetahui pengumuman dan keputusan terkini, sentiasa bersama Dashboard PRU13 dari SPR.

Parlimen : 1
Dewan Undangan Negeri : Tiada

Sabtu, 10 Disember 2011

Putrajaya getaway



Singgah jap putrajaya on the way to bangi. Sesaja jengjalan. Kebudak suka hati kat dataran putrajaya. Happy tul nengokkan orang lain main kat situ. Ada main scooter, kereta control... Kalau kat nusajaya for sure kena tegur dah ni.

Apa pun happy la kejap merayap kat sini.

^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway