Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2018/ 2019

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2018/ 2019

Imej
Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2018/ 2019. Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) membuka semula permohonan ke Program Matrikulasi KPM bagi bermula 19 Februari 2018 hingga 18 Mac 2018. Permohonan ini hanya untuk murid yang telah menduduki SPM 2017 sahaja. Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (NPI) lima (5) digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.06 (Ringgit Malaysia Sepuluh dan sen enam Sahaja) termasuk GST dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). NPI turut boleh dibeli mulai 19 Feb. 2018 hingga 18 Mac 2018. Lanjutan daripada perkara tersebut, pelajar SPM tahun 2017 yang telah membuat permohonan sebelum 24 Disember 2017 boleh mengemas kini maklumat melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my atau https://matrikulasi.moe.gov