Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Calon

SEMAKAN CALON KE SESI SERLAHAN SENI PENGAMBILAN MURID KE TINGKATAN 1 (SATU) SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2015

Imej
SEMAKAN CALON KE SESI SERLAHAN SENI PENGAMBILAN MURID KE TINGKATAN 1 (SATU) SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2015 Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Calon ke Sesi Serlahan Seni Pengambilan murid  ke Tingkatan 1 (SATU) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2015  akan bermula pada 20 Oktober hingga 26 Oktober 2014. Sila layari url berikut untuk membuat semakan. http://apps5.moe.gov.my/essem/permohonan/ Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini

Imej
Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sebanyak 453,413 calon menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang julung kali diadakan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula hari ini hingga Khamis (16 Okt). Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis bagi peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi. "Pengurusan dan pemeriksaan skrip jawapan calon bagi Ujian Bertulis PT3 adalah di bawah tanggungjawab pengetua sekolah. "Bagaimanapun, Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan menjalankan moderasi pemeriksaaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon," menur