Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Rumah Mesra Rakyat Johor

Rumah Mesra Rakyat Johor (RMRJ)

Imej
Rumah Mesra Rakyat Johor (RMRJ). Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dijangka membina 3,000 Rumah Mesra Rakyat Johor (RMRJ) menjelang tahun 2018. Konsep RMRJ ini memberi peluang rakyat negeri ini yang mempunyai tanah tetapi tidak berkemampuan untuk membina rumah di atas tanah tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ Abd Razak Mohd Yusoff berkata rumah RMRJ bakal dibina dengan peruntukan RM20 juta. “Sebanyak 500 unit rumah akan dibina tahun ini, manakala 1,000 unit lagi pada tahun hadapan sementara bakinya dibina pada 2018,” kata beliau pada majlis prapelancaran pembangunan projek RMRJ di Kota Iskandar, di sini hari ini. Terdapat tiga jenis rumah yang akan dibina yang mana setiap satu mempunyai tiga reka bentuk berbeza, kata beliau. Saiz rumah yang ditawarkan ialah 750 kaki persegi, 850 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi dengan harga bermula pada RM64,000 sehingga RM85,000 selepas ditolak subsidi. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri