Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel savvy

Fully release the savvy

Imej
Fully release the savvy. Setelkan dokumen dengan jia maju.

Kamen Rider Savvy?

Imej
Kamen Rider Savvy? Boleh gitu. Pakai sarung kusyen savvy pastu verangan jadi kamen rider. Dah la nama kr savvy gitu. Bina nak amik gambo, lari nyorok bawah katil. Sent from Samsung Mobile

Alhamdulillah selesai

Imej
Alhamdulillah selesai sudah urusan savvy. Yang tak tahan adik, nenek. Menangis jah. Adik inaz paling teruk. Siap nak balik keter tu. Pasal keter tu sebaya dia. Sent from Samsung Mobile

Nombor cantik

Imej
Masa drive last last semalam. 98989. Cool. Sent from Samsung Mobile

Settling down the Savvy

Imej
Settling down the Savvy. Hari ni nampak aku seharian merayau. Satu tempat ke satu tempat. Ianya serampang dua mata. Satu mata memang nak bawak kebudak jalan. Satu mata lagi adalah nak settlekan kereta savvy aku. Pagi ni check puspakom. Semua si eric yang uruskan. Dah setel. Dia call and we both dapat apa yang sepatutnya kita dapat. Nissan take the car for 5.5k.

Perbankan Islam?

Imej
Perbankan Islam? Hari ni gi lagi ke bank. Just nak amik penyata full settlement. Kebetulan pulak parking sekufu... ekekeke... Perbankan Islam ni sikit jadi tanda tanya bagi aku. Sejauh mana islamnya. Pasal nampak macam modified yang konvensional jer. Senang citer... cam konvensional jer. Kenapa aku cakap gitu. Cuba cuba la korang kira. Yang nampak, akadnya. Yang tak nampak... hmmm... just a small small thinking from an ordinary simple guy. Ada ke pinjaman islam yang benar benar patuh? Sent via Samsung Mobile

Sehari bersama Savvy

Imej
Sehari bersama Savvy. Hari ni start naik kije balik. Selepas aku cuti panjang, bukan pasal bercuti; tapi dicutikan. Kes kaki bengkak itu hari. Rasa masih cam lali lagi. Maybe kesan ubat ituhari tak hilang lagi. Tapi, masih ok la untuk aku bawak keter. Bawak slow slow aje. Nak laju nak gi mana pun. Yang bestnya pasal hari ni adalah, ini hari first, setelah lama cuti sekolah. So, nak tak nak; memang kena harung la satu keadaan traffik yang agak sesak kan. Nak buat la gu mana. Layan ajer la. Read on...

Mesyuarat Pengurusan Program GM1M Peringkat Negeri Johor

Imej
Mesyuarat Pengurusan Program GM1M Peringkat Negeri Johor telah dijalankan pada 23 Julai yang lepas bertempat di SMK Dato Mohd Seth, Batu Pahat. Perbincangan melibatkan semua ketua penggerak daerah dan Majlis Tertinggi Negeri dalam menentukan halatuju GM1M Johor dan perancangan aktiviti berkaitan. Read on...

Entry lama : Proton Savvy New Ignition Coil

Imej
Entry lama : Proton Savvy New Ignition Coil. Ni ler ruper ignition coil savvy yang baru. dia terbahagi pada dua part. Kalau yang lama kedua-dua part disatukan. tu yang bila rosak dedua kena tukar. Harga dia RM350++ untuk setiap part. Jadi for complete set jatuh RM700++ lah. Tapi jangan risau. Biasanya, part yang selalu rosak adalah part yang cam kotak tu jer. Ni pasal aku baru je tukau dari yang model lama ke model baru. So.. Total up for RM718 + upah dan mentol aku yang terbako. Ahahaha. Read on...

Savvy AMT makeover

Imej
Hari Jemaat bulan lepas, amik cuti sehari just untuk repair savvy aku. Kes AMT bengong itu hari. Kena tukar accumulator pump dan servis AMT. So, alang-alang amik cuti; satu keter aku belasah. Sebelah paginya habih tayar 2 bijik aku tukau, buat alignment dan balancing. Mau dekat Jemaat jugak siap. Lepas jemaat tunggu pomen untuk servis aku nyer AMT system. Sekali dia ada masalah sikit, malam baru sampai. So, malam pun malam la. Setel semua. Tukau sistem AMT baru. Sesambil borak baru tahu bahawa Savvy dicipta untuk manual sebenornya, tapi dia taruk sistem AMT untuk kemudahan kita. Better pakai manual dari auto. Ala, main tolak tolak jer pun kan. InsyaAllah aku pun dah mula pakai manual sekarang ni. Berapa habis??? Total up to 4k sehari. Pergghhhh!!!!

Tukar Ignition Coil Savvy

Imej
15 Januari lepas, masa tengah sesedap idup enjin nk balik. Tetiba rasa gegor semacam. Samtingrong nih. Bunyik lain macam, gegor pun lain macam. Takpa, kita try bawak. Semput semacam. Sahih ada masalah coil nih. Naik jambatan danga pun tarak power. Terus capai henpon. Call proton. U tutup pukul baper? 6 petang. Sempat lagi ni. Terus gerak ke sana. Soh check. Memang sahih la coil aku out. Tukar baru. Kena la 718. Plus tukar mentol yang baru, terbako jugak. OK ler tu. Baru dapat coil yang pisah ngan getah dia. Sebelum ni sekalikan. coil baru taktau nama dia. tapi diasingkan untuk yang model baru check coil lama coil baru ready to be put back into action coil lama aku.. the bill Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Servis Savvy September 2012

Imej
Dah sampai 80k dah pun. So, antor la servis ke proton edar. Kena tukar timing belt. Sepatutnya tukar masa 60k tapi aku bawak ke 80k. Harga timing belt ajer dah RM800 termasuk upah pasang. Power window aku pun bengong jugak. Check punya check, dia punya switch dah rosak. Harga RM50, kena order dulu. So, in the meantimes... pepandai la bukak pintu gantikan tingkap. Kui kui kui.. Yang terbaeekkk!!!! terbang la jugak RM1200++ hari Sabtu tu.. Apa pun.. gi legoland dulu la sementara nunggukan kereta diservis.. dah sampai dah proton servis Kira dulu bajet beb haaa... amik ko hari sabtu tu... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Baru dapat cuci

Imej
Baru ada sikit masa untuk cuci kereta ni. Dah berselut dah. Lum masuk simen yang dah melekat titik titik kat cermin depan. Dah la baru beli wiper baru, mesti la clearkan dulu masalah ni. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Ekzos, checked

Imej
Dah setel dah pun operasi tukar ekzos. Baru senyap sikit. Pickup pun dah ok. Mana taknya, dua lubang besar di sisi dan belakang. Lum campur penyambung dah patah dan loose. Harga 160, 150 untuk ekzos dan 10 upah pasang. Sekali balik rumah terperasan satu iklan lam sokkabar... 120 siap pasang... Sib baik kat setapak sana.. Kalau takkk... ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Akhirnya...

Imej
Dah siap pasang. Sekarang mau test. Kalau nengokkan condition ekzos lama memang sedih. Berlubang sana sini. Kes kena langgar itu hari gamaknya. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

K Power Ekzos

Imej
Pagi ni ke mutiara rini. Kes nak tukar ekzos yang bunyik dah tahap super racer, walau sebenarnya ekzos standard jer. Datang seawal kedai bukak, tapi stor pulak tak bukak. Hampeh tul. Dah cakap dah kata nak datang pagi ni. Hamender tul la. Dah buang masa aku nunggu budak bukak stor ni. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Tayar kereta pancit

Imej
Tarikh : 5 Disember 2010 Masa : 8.50 pagi Tempat : Success, Gelang Patah Mood : Kena tampal jugak ni sebelum melarat lagi Sebenarnya dah lama keter savvy ni cenggini keadaan tayar dia. Seminggu sekali kena pam balik. Aku lak asik tak sempat ja nak bawak gi kedai. Pagi ni aku start je keter terus sampai kedai. Kedai pun baru nak bukak daa.. Dia jack keter, terus check tayar. Ada satu lubang kecik ja sebenarnya. Maybe kena besi ka apa ntah. Kalau paku maybe dah rabak kot tayar ni. Kalau skru pun hasil dia lebih kurang cam yang aku kena nih. Tu pun pasal dulu wira aku memang pernah kena skru.. Sesekali kena pam balik. So, memula dia sapu air kat lubang tu.. memang ada angin kuar.. tapi slow sangat la. Pastu dia kasi tolak satu besi masuk lam lubang tu dulu.. mana la tau ada apa-apa kat situ kan. Pastu baru dia masukkan getah kat situ. Dah setel.. Pam balik.. Dah selesai masalah keter savvy mama nih.. Kasi jek dulu keter, senang nak tengok tayar tu Tu dia lubang

Jom gi pasar tani

Imej
Tarikh : 14 November 2010 Masa : 8.40 pagi Tempat : Nusa Perintis Mood : OK Pagi ni kuar gi pasar tani. Memang tak bawak pun mana-mana balqis ngikut, diaorang pun tengah asyik dok layan katun kat tv. Senang sikit. Lagipun aku nak gi isi minyak sekali. so, ke sana pakai keter savvy saja la. Sampai situ leh kata dah lewat jugak la. 8.40 pagi beb. Kalau stended gi pasar memang dah lewat la kan. Dah kira tahap subuh gajah pun ada tu, untuk kategori gi pasar la kan. Pergi tempat biasa beli nasi lemak ngan nasi ambeng. Kuih kegemaran semua for sure dah abis. Nasib la. Merayap jap ke sini ke sana nengok apa yang best kat sini.. Klik untuk cerita penuh Aku parking sebelah tepi jalan ja. Seingat aku ada dua bijik keter ja termasuk aku yang parking sini. Kira geng ganaih la kot ni kan. Masa aku nak balik tinggal keter aku sebijik ja. Tengok la papan tanda dia. Dah usang dah pun. Tapi sebenarnya bukan usang. Kotor ja, pasal kena tanah la apa la. Kan dok tengah hapgred loro

Savvy : Back to bengkel

Imej
Lepas jer serbis livina, pergi la pulak ke bengkel ssm kat Gelang Patah. Satunya, Savvy mama ni dah sengguk-sengguk balik. Baru tahun lepas tukau coil.. dah kena tukau balik. Tukau sekali dengan plug. Kat situ jer dah berabis dekat RM400.. Coil jer RM260 + plug RM140. Memang la sparepart Savvy ni berantu harga dia. Pastu nengokkan tayar la pulak. Pasal tayar pun aku rasa dah gelong. Bila check 3 dah bengkok, yang sebijik tu memang kena ketuk balik. Isnin ni baru ambik. Sekali masa nak start, lagi teruk sengguk enjin dia.. Pomen kata ni mesti ekzos sumbat. Aku dah temper la jugak. Aku cakap kalau ekzos sumbat, mesti dari masa datang tadi lagi cenggini. Dah la nunggu pun dah lama kan. Suruh dia tukar coil yang baru. Sekali tukau ok.. Tu la pasal. Orang dah cakap coil, coil la. Dengan coil-coil dia pun bengong. Apa kes.. Pastu mintak dia cuci keter pree.. cuci enjin tak payah la, pasal plug lama boleh berkarat masa bukak tadi.. dan tu la sebabnya aku terpaksa nunggu lama tadi.. kes n