mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label pendidikan khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendidikan khas. Papar semua catatan

Ahad, 14 Jun 2015

Portal i-Sayang - Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK)

Portal i-Sayang - Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK)


Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK) atau lebih dikenali sebagai Portal i-Sayang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan orang kurang upaya (OKU) yang disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi merangkumi kesihatan, kebajikan, pendidikan, kerjaya dan khidmat sokongan dari peringkat bayi sehingga dewasa. Semua maklumat ini diselaraskan oleh KPM yang bertindak sebagai lead agency dan melibatkan kerjasama enam (6) Kementerian lain iaitu :

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia;
  3. Kementerian Sumber Manusia;
  4. Kementerian Belia dan Sukan;
  5. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan
  6. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 
Portal i-Sayang juga menyediakan kemudahan bagi membolehkan OKU untuk mengakses portal ini.
Setiap laman boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan individu yang mempunyai kategori ketidakupayaan yang berbeza khasnya buta, rabun, rabun warna dan disleksia.  Portal ini mensasarkan golongan pengguna berikut :

  1. Golongan berkeperluan khas (OKU)
  2. Ibubapa yang mempunyai anak berkeperluan khas
  3. Golongan pendidik yang terlibat dengan murid berkeperluan khas
  4. Majikan
  5. Masyarakat Umum

Matlamat dan hala tuju portal i-Sayang ialah memastikan semua masyarakat khasnya golongan OKU mendapat manfaat daripada portal ini selaras dengan tagline portal “We Are Here For You” atau “Kami Sentiasa Di Sisi Anda”.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Selasa, 9 Mac 2010

Hari yang hangat!!!

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarHangat sungguh hari ni. Kata member aku yang dok kat perelih pun, suhu kat sana pun ada cecah 40 darjah celcius dah. Pergghhh.. Memang hangat. Aku rasa bdan aku pun dah tak tahan gak la dengan perubahan suhu sekarang ni. Tetambah badan aku pun lum cukup rehat lagi ni. Dari hujung bulan dua tu, aku rasa aku dapat rehat hari maulidur rasul tu jer.. pastu trus direct sampai ke hari ni. Adoohaii.. Penat weii.. Hidung pun dah mula selsema dah ni.

Pagi ni pulak aku dapat relief class pepagi. Pastu aku ada kelas jam 9.20. Malas aku nak naik pusat akses.. Rugi tenaga aku yang dah memang kurang dah ni jer naik. Setakat setengah jam tu nak naik tingkat paling atas pastu turun balik ke bawah.. penat weiii.. Panas lak tu. Tu yang aku lepak jap kat bilik pendidikan khas. Sesambil memasukkan markah bebudak lam laptop aku. Pastu dengaq s hazim dok keloi nama aku. Apa kess!!... Hahaha.. ropernyer budak sorang ni dok melaram ngan kasut aku.. Hahaha.. layan jer ler. Tadi dok sibuk mengetest kasut guru besar, la ni lak dok sibuk mengetestkasut aku. Test jangan taktest.. Bila agi nak dapat test kasut aku kan.. Siap nak jatuh tu masa dia cuba jalan-jalan. Kelako.. Kaki kecik wat cara kaki kecik la..

Masuk kelas habis aku dok ngamuk ngan bebudak. Siap buat kelas intensif lagi. Cara-cara menghitamkan jawapan yang betul. Hahahaha.. Kat kertas soalan tanda A, kat kertas jawapan hitamkan D.. Apa nih.. Yang lagi best, tanda A,B,C pun ada. Habis aku suruh padam. Markah dah ambik kan. Satu masa aku ajar hitamkan jawapan yang betul. Penat tul..

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Amboih amboih amboih.. sukanya dia dok melaram dengan kasut aku yerkk.. layan aje la..

ps: masih penat melayan selsema aku ni lagi.. penat ngan bersin nya.. penat ngan srot-srot nye.. haru biru hari ni..


Enjoice...Sharing is power!!!