Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kampung pokok sena

Foto yang paling aku minat

Imej
Pokok stea berlatarbelakang gunung baling in early 90 Ni la foto yang paling aku minat. Foto yang simple sahaja. Gambar sepohon pokok di tengah sawah, berlatar belakangkan sebuah gunung. Apa yang spesel sangat sampai aku minat tahap gaban tu. Simple jer. Ni pokok sebelah rumah aku di Baling, Kedah. Pokok ni dah takde dah sejak tengah 90an lagi. Yang uniknya, sepohon pokok ni sebenarnya gabungan dua pokok, pokok kelapa laut yang orang kampung aku panggil stea, dan lagi satu aku tak tahu. Best pasal kita boleh panjat terus sampai ke buah kelapa laut tu. Aku memang tak sangka aku boleh tengok dan jumpa gambar pokok ni. Masa tu aku dah kat universiti. Tak silap aku, kalau gini keadaan suasananya, maka gambar ni diambil sekitar hujung 80an atau awal 90an. Foto ni aku jumpa dalam sebuah buku perjalanan seorang jurugambar dari Thailand sampai ke Singapura, dan diabadikan setiap tempat yang disinggahinya melalui gambar. Tu yang adanya gambar pokok ni tu. Dan tu jugak sebabnya aku su

Aidilfitri 1431h : Sesi kunjung balas raya

Imej
Tarikh : 10 September 2010 Masa : 12.10 tengahari Tempat : Kampung Pokok Sena Mood : It's payback time!!! Pasal jemaat, masa surut pengunjung pun dah berkurang. Dapat la amik kesempatan ni untuk menyerang balas kunjungan tetamu-tetamu sekampung tadi nih.. Lagi pun bila lagi aku nak pi beraya. Esok dah balik semula ke Johor. Kalau tak kuar, bila lagi kan. Dapat la amik sejam ni untuk beraya ke rumah sanak sedara pulak. Alhamdulillah.. Cuma pak long ja tadak, maybe ke bukit; beraya rumah pakcik hizam. Takpa.. petang nanti kena gi jugak.. Klik untuk cerita penuh Jom kita beraya jap.. OK.. atuk kedah akan jaga masa ye Jom kita gi rumah kawan adik dulu boleh.. Alamak.. kawan adik tadak.. Makan-makan dulu Rumah toksu masih penuh orang Atuk k masih relaks jer Mama ngan ziqri Ziqri dah start kira jari dia balik Napa adik tu.. Kita konker satu meja Mak yang Sempat posing ngan nenek kedah lagi Hai.. abah lebih

Madrasah Kg. Pokok Sena : Sembahyang raya

Imej
Tarikh : 10 September 2010 Masa : 8.30 pagi Tempat : Kg. Pokok Sena Mood : Happy beb Pagi ni semayang raya kat Madrasah. Ngan orang-orang kampung aku jer. Seronok jumpa member-member lama balik kat sini. Alhamdulillah.. Klik untuk cerita penuh Cikgu Yaih dengan gaya tersendiri Orang kampung pun dah start memenuhkan madrasah.. 8.45 pagi seluruh kedah semayang raya Dah selesai dengar khutbah. kebanyakan bergerak ke kubur pulak Enjoice...Sharing is power!!!

Kenduri kecik buat sanak saudara sekampung

Imej
Tarikh :8 September 2010 Masa : 7.00 malam Tempat : Rumah nenek kedah Mood : Bestnya Petang ni memang nenek kedah sama atuk kedah buat jamuan sikit. Sesaja nak jamu sanak sedara kat kampung ni. Dan sebab ni jugak la aku pilih untuk start cuti hari selasa. Ada masa jugak nak jumpa semua awal sikit. Memula aku bayaq zakat dulu. Sementara nunggu yang lain sampai kan.. Pastu abah wat doa selamat sikit sementara nak nunggu waktu berbuka. Sampai ja waktu terus kami berbuka. Alhamdulillah.. Sedap sungguh nasi petang nih.. lauk semua best.. Klik untuk cerita penuh Dah setel semua dah Abah amik katerer kantin sekolah pulai.. Nunggu untuk kemaskan kawasan Atuk long pun dah sampai Kemaskan makanan Nunggu nak hampar tikar Anak sapa la ni yang sedang mengetest starcraft 2.. aku ka? haiya... Nenek kedah buat preparation terakhir Sirap pun dah setel Atuk long dan datang ngan nenek long.. Pakcik Hizam pun dah sampai jugak Kita b