mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Jambatan Sungai Kopok runtuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jambatan Sungai Kopok runtuh. Papar semua catatan

Isnin, 8 Februari 2016

Jambatan Sungai Kopok runtuh

Jambatan Sungai Kopok runtuh

Jambatan Sungai Kopok runtuh. JOHOR BAHRU, 8 Feb (Bernama) -- Sebuah jambatan sepanjang 50 meter yang merupakan laluan utama penduduk di Kampung Perigi Acheh dekat Pasir Gudang runtuh awal pagi tadi menyebabkan kira-kira 500 penduduk terkandas.

Ketua Kampung, Saad Awang berkata jambatan berusia 16 tahun itu runtuh setelah air sungai naik mendadak daripada biasa serta terjadi arus deras pada kejadian pukul 2 pagi tadi.

"Jambatan ini memang sudah bengkok dalam tempoh masa lima hingga enam bulan kebelakangan ini dan kita telah membawa perkara ini kepada pihak berwajib termasuk Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

"Sepatutnya ia dalam proses pembaikan, namun kita tidak sangka jambatan ini runtuh lebih awal dari jangkaan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian Isnin.

Beliau berkata runtuhnya jambatan itu menyebabkan kira-kira 500 penduduk kampung terputus laluan kerana jambatan yang merentasi Sungai Kopok itu merupakan satu-satunya laluan penduduk kampung.

Saad berkata buat masa sekarang pihaknya mencari cara bagi menyediakan laluan alternatif untuk penduduk kampung bagi menyeberangi sungai itu untuk ke kawasan bandar.

"Kita risau jika berlaku kes kecemasan seperti yang berlaku pagi tadi bila seorang bayi sesak nafas, kita terpaksa membawanya melalui jambatan ini dengan berjalan kaki sebelum menaiki kereta di seberang jambatan," katanya.

Beliau berkata rata-rata penduduk terjejas dengan kejadian itu kerana pekerja kilang serta murid sekolah di Pasir Gudang dan kawasan sekitar perlu melintas jambatan itu.

Sementara itu Anggota Majlis MPPG Zon Tanjung Puteri, Syahrin Md Jamaluddin berkata MPPG sedang mencari kaedah untuk mendapatkan jambatan sementara.

"Petang ini jambatan tentera akan dipasang untuk kemudahan penduduk. MPPG akan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya untuk membaiki jambatan yang rosak itu," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan pengangkutan percuma turut disediakan bagi memudahkan perjalanan penduduk kampung yang terdiri daripada 200 keluarga keluar dari kawasan itu.

-- BERNAMA

#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,