Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sesi Pengajian 2018/2019

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018/2019

Imej
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018/2019. Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka. Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) untuk peringkat Sarjana dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (Ph.D) setiap tahun. Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan BYDPA ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu: Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil ker