Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2014

SPM 2014 result : Ranking MRSM

Imej
SPM 2014 result : Ranking MRSM. Yahhhh... Ni ler dier ranking MRSM untuk SPM 2014. Sedih aaaa nengokkan ranking beseri yang dah makin jatuh ni. Bawah benchmark aku lak tu. Top 5 dari bawah tuh... Huhuhuhu... tahniah pada mama sebab akhirnya boleh eksen ngan aku... 1. TAIPING -  1.0681 2. PENGKALAN CHEPA -  1.0733 3. TUN GHAFAR BABA - 1.1100 4. LANGKAWI - 1.3606 5. TUN DR ISMAIL - 1.4706 6. KUANTAN - 1.6200 7. KEPALA BATAS - 1.8543 8. PASIR SALAK - 1.9279 9. TUN MOHAMMAD FUAD STEPHEN - 2.0394 10. PENDANG - 2.0835 11. ALOR GAJAH - 2.1369 12. TRANSKRIAN - 2.1409 13. BETONG - 2.1410 14. GEMENCHEH - 2.1873 15. KUALA KRAI - 2.2245 16. KUALA BERANG - 2.2313 17. FELDA - 2.2374 18. PDRM KULIM - 2.2958 19. KOTA PUTRA - 2.2964 20. TUN MUSTAPHA - 2.3704 21. PENGKALAN HULU - 2.3741 22. BALIK PULAU - 2.3761 23. BATU PAHAT - 2.4277 24. MERBOK - 2.4383 25. MUAR - 2.4385 << mama's 26. JOHOR BAHRU - 2.4669 27. MUADZAM SHAH - 2.4883 28.

SPM 2014 Result : Ranking SBP

Imej
SPM 2014 Result : Ranking SBP. Lama tak share pasal keputusan SPM untuk SBP kan. Jom kita layan... Apapun, tahniah diucapkan pada semua. Terbaeekkkk!!!! Hmmm... Yang lam kurungan tahun lepas punya GPS

Live blogging - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 12 & Majlis AnugerahCemerlang 2014

Imej
Live blogging - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 12 & Majlis Anugerah Cemerlang 2014

Tarikh Pembayaran Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014

Imej
Tarikh Pembayaran Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014 Pihak Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Khamis 18 Disember 2014 telah mengumumkan secara rasmi bahawa dividen ASB 2014 adalah 7.50 sen seunit manakala bonus 1.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014. Oleh itu, pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit mulai 2 Januari 2015. Sementara itu, semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan pada 23 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015 bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus. Pengumuman Rasmi Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014 Dividen 7.50 sen seunit, Bonus 1.00 Sen Seunit Tarikh Pembayaran Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014 Pembayaran dividen dan bonus ASB 2014 akan dikreditkan ke akaun pengguna pada 2 Januari 2015. Oleh itu, para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASB masing-masing di ibu pejabat PNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara. Via Blogger PC Edisen E

Empat Terselamat Dalam Insiden Helikopter PDRM Terhempas Di Kelantan

Imej
Empat Terselamat Dalam Insiden Helikopter PDRM Terhempas Di Kelantan Empat orang yang menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terselamat apabila pesawat itu terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan, 6.30 petang, 31 Disember 2014. Dua juruterbang dan dua anggota kru pesawat itu terselamat dan difahamkan keempat-empat mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah. Saksi mengatakan mereka melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum terdengar letupan lalu menjunam ke bawah. Kejadian helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan hari ini, ialah yang ketiga melibatkan helikopter pasukan itu terhempas dalam tempoh 15 tahun, kebetulan daripada jenis yang sama iaitu AS355 Ecureuil buatan Perancis. Sebelum ini, sebuah helikopter PDRM terhempas pada 14 Dec 2010, di kawasan beka

All of us : the colour of life 2014

Imej
All of us : the colour of life 2014. Lepak lepak. Tak sedar tahun sudah berganti. Ni gambar kebudaks on the last day of 2014. Semua sekali. Cool.

Sesi bermandi manda Fiqri bersama cik Sidah

Imej
Sesi bermandi manda Fiqri bersama cik Sidah. Suka la tu mandi manda yer. Yang dia marah... kacau tidur dia. Layannzzz....

Sesi Urutan Tradisional selepas bersalin bersama Cik Sidah

Imej
Sesi Urutan Tradisional selepas bersalin bersama Cik Sidah Kami memang selalu mengambil khidmat cik sidah dalam bab ini. Cumanya, cik sidah hanya mengurut orang perempuan dan menguruskan bayi sahaja. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi cik sidah seperti maklumat di bawah : Rasyidah Haji Abdul Rasyid 135, Jalan Wawasan 3, Kampung Melayu Baru, Gelang Patah 075104898 Urut bersalin / urut biasa (wanita sahaja) Mandikan bayi dll

Lawatan pertama Fiqri ke klinik kesihatan

Imej
Lawatan pertama Fiqri ke klinik kesihatan. Semalam. Kena gak pergi klinik kesihatan. Nurse datang. Check. Ada tanda jaundice. So. Pasti la kena gi klinik untuk check darah. Alhamdulillah. Bacaan masih berada di tahap yang OK. Tapi masih banyak kena buat supaya bacaan kembali normal. Apa pun. Kena repeat esok jam 11.00 pagi. Hope for the best.

KENYATAAN AKHBAR PENJELASAN PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR OLEH YBHG. DATO' SRI KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Imej
KENYATAAN AKHBAR PENJELASAN PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR OLEH YBHG. DATO' SRI KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

PENUTUPAN SEMENTARA CAPAIAN KE APLIKASI-APLIKASI BERKAITAN PANGKALAN DATA EMIS, APDM DAN SMG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
PENUTUPAN SEMENTARA CAPAIAN KE APLIKASI-APLIKASI BERKAITAN PANGKALAN DATA EMIS, APDM DAN SMG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Adalah dimaklumkan pihak KPM akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan ke atas sistem-sistem berkaitan pangkalan data EMIS, APDM dan SMG. Oleh yang demikian, capaian ke atas sistem-sistem berkaitan akan ditutup selama 2 hari iaitu bermula pada 30 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 . Sistem-sistem berkaitan akan boleh dicapai semula pada 1 Januari 2015 . Segala kesulitan amat dikesali. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

TARIKH PENDAFTARAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2015

Imej
TARIKH PENDAFTARAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2015 Rentetan dari Kenyataan Media yang telah dimaklumkan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia ( sila rujuk di sini ), Pendaftaran Murid ke Tingkatan Satu (1) SBP yang dijadualkan bermula 7 Januari 2015 DIPINDA kepada 13 JANUARI 2015 (SELASA) . Sumber asal Foto dikongsi daripada  smsainsrembau.blogspot.com Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID DAN E-RAYUAN SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2015

Imej
SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID DAN E-RAYUAN SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2015 Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Keputusan Penempatan Murid dan e-Rayuan secara online ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM Tahun 2015 dibuka sehingga 12 Januari 2015 . Sila layari url berikut untuk semakan : http://apps5.moe.gov.my/permohonansst1/semakansbpt1_2015 Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Kaedah Penyimpanan Susu Ibu - Express Breastmilk (EBM)

Imej
Kaedah Penyimpanan Susu Ibu - Express Breastmilk (EBM). Pening aku mencari. Akhirnya aku rasa aku berpuas hati setelah membaca dari blog mommy iskandar . So, lepas ni meme aku pun akan pakai kaedah seperti yang ditulisnya. TQ for sharing dan aku pun akan share jugak bagi kegunaan ibu ibu yang lain.

Batu tungku bersalin untuk mama

Imej
Batu tungku bersalin untuk mama. Sebelah petangnya pakat gi rumah nenek ngah. Pinjam batu tungku ucu. Nenek kata batu tungku aku tu terlalu berat untuk nenek dan mama handle. Faktor usia beb. OK. So, gi amik batu ni. Comel jer. Tapi OK la. Adik pun leh handle. Nanti aku cari pulak yang cenggini bila ada masa nanti.

Fiqri in new environment

Imej
Fiqri in new environment. Semalam. Balik aje dari proses buat sijil lahir nengok fiqri dah mama tempatkan kat bilik utama. Lebih selesa. Fiqri pun senang tido kat sini. Siap senyum tu nengokkan aku. Ekekeke. Layanzz...

Pendaftaran Sijil Lahir Fiqri and a little bit of shopping

Imej
Pendaftaran Sijil Lahir Fiqri and a little bit of shopping. Dalam jam 8.00 pagi aku mula keluar. Banyak target hari ni. Yang penting. Setelkan dulu urusan sijil lahir fiqri terlebih dahulu. Aku biasanya akan buat di JPN Pontian. Ramai tanya apasal aku suka buat kat Pontian. Dari 4 anak aku, Iqa jer yang aku buat kat Kuala Selangor, yang lain semuanya kat Pontian. Jawabnya mudah. Jarak aku ke JB dan Pontian adalah sama. 25++ km. So, why bother gi JB yang dah semua orang tahu sesak habis sedangkan aku leh gi pontian yang memang aku masuk jer terus turn aku. Layannn...

Pepagi dah minta dipeluk

Imej
Pepagi dah minta dipeluk. Bukan nak kata bangun pagi, dari semalamnya kot. Ekekeke. Layan layan. Dah peluk, baru nak lelap. Layan kan jap sementara masih bercuti ni.

Traditional preparation for the mama

Imej
Traditional preparation for the mama. Ni perkara biasa la. Dari aku kecik, ni ler mender yang mak aku pakai, dan dah turun sampai ke mama dah. Rasanya semua famili aku pakai mender ni kot. Set bersalin air mancur nyonya mener. Daripada yang berbentuk serbuk, sampailah dah dah diinovasikan ke bentuk pil. Sahih la ramai yang tokleh tahan rasa dia masa dia berbentuk serbuk bancuh dulu kan. Termasuklah ngan mama. Tapi last last aku kesian. Beli jugak la yang bentuk pil nih. Ehehehe. Pagi ni sesaja asingkan dan labelkan lam bekas khas. Terutama untuk yang sapuan luarnya, apa lagi kalau bukan param, pilis and sekutunya. Label bahan, label tempat sapuan. Kira mudah la bagi mama untuk guna dan topup semula nanti. Pastu nengokkan bahan mandian pulak. Dah setel semua, baru lah senang hati aku nak berjalan gi daftar Fiqri. Layannnzzz..

Semalaman yang teruji

Imej
Semalaman yang teruji. Semalam memang betul betul teruji aku dan mama. Malam pertama di rumah sendiri. Kalau kat spital memang la senang. Dah penat mula la panggil nurse. Minta tolong jaga, tolong kasi makan, dll. Memang super duper senang lenang lah. Walau ada juga terasa penat, tapi banyak bantuan dapat diperoleh. Semalam. Memang tinggal kami aje. Fiqri toksah cerita. Tak nak lepas. Tak aku, mama. Yang penting dapat dipeluk, dapat dipegang. Sesekali tangan terlepas dari bedung, memang dipegangnya jari, tangan, apa sahaja yang dapat dicapai. Mula jam 8 malam sampailah jam 4 pagi. Memang itu lah kerjanya. Mesti ada orang pegang, susukan. Perghhh... Tercabar beb. Aku dan mama memang betul betul teruji. Sampailah jam 4 pagi. Syukur. Akhirnya cabaran kami terhenti. Maybe memasing dah sampai had masing-masing. Fiqri akhirnya lena dipangkuan mama. Aku dah memang habis penat dah ler. Seriously. Bangun jap lepas subuh dan terus terlena sampai 6.30 pagi, di tempat mana aku sembahyang. Perr