mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label isnin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isnin. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Mei 2013

Pelancaran Sukarelawan GM1M Johor

Pelancaran Sukarelawan GM1M Johor telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Johor, jam 2.30 petang Isnin (29 April) di Dewan Bitara Budi, SK Sri Bukit Pasir, Muar. Kehadiran guru muda dari seluruh daerah negeri Johor diluar jangkaan. Semoga GM1M Johor akan terus mantap.

Isnin, 18 Januari 2010

Senin yang Ributtt!!!!

Fuh.. Kalau baca tajuk jer maybe pelik gak kan. Apa yang ribut. Stadium senayan ka? Ka apa benda senayan tu. Senang citer senayan tu isnin, ribut tu huru-hara la sikit. Apasai pulak senin ni jadi huru-hara lak. Haa.. Baca la teruih..

Memula pagi memang best. Tak sangka lak bebudak tahun 1 ada persembahan. Iqa pun ada. Nyanyi lagu-lagu tadika. Kacang goreng jer la bagi Iqa tu kot. Aku pun snap la beberapa keping gamba. Satu, sebagai gambar penutup untuk program transisi depa. Kedua, pasai Iqa pun ada jugak. Ingatkan nak ambik kamera aku kat keter, tapi sampai jer kat keter dah lagu ala-ala dah nak abis gitu. Tak yah la. Pakai gambo henpon buruk ni ja lah.

Paih habis semua kat perhimpunan pagi tu aku teruih pi naik buka pusat akses cam biasa. Pastu teringat buku math bebudak yang tak dan nak tanda hari jemaat haritu. So bukak tanda la satu-satu.

Tetiba henpon berbunyik. Mama. Apahai lak ni. Adik tak mau sekolah lagi ka. Nada toksah crita la. Bleeding lagi. Sudah.. Pening balik kepala otak ni. Camna nak buat ni. Teringat balik kes masa gugur itu hari. Dah lebih setahun dah yang lepaih. Lam kepala mula dok pikiaq macam-macam. Pastu apa lagi teruih turun bawah. Sekali terserempak ngan GB kat depan pejabat. Cakap kes aku, teruih keluaq gi sekolah mama.

Dah tu nak pi mana ni. Pusing lagi kepala. Sekali aku cakap kita gi jer la teruih kat Pakar Puteri. Kalau jadi apa-apa pun dah memang nak beranak kat situ pun kan. So, teruih jer la aku bawak berdesup gi situ. Tak pernah aku bawak keter selaju tu. Kena saman kena la. Sampai jer situ teruih berenti depan dia, turunkan mama. Siap ada penyambut tetamu lak tu. Bila masa lak ada tukang sambut ni. Lantak la. Dah settle kat situ teruih cari parking. Punya la penuh. Dulu tak pulak cenggini. Pusing nyer pusing buang masa aku sampai ke setengah jam cari parking ja.

Pastu teruih pi kat sana. Doktor Noraini pulak tadak. Dia dok handle satu kes. Yang ada doktor laila. Aku cakap tak kisah la, doktor laila ka, doktor noraini ka, belasah jer la. Sekali doktor noraini bagi remote control jer kat head bidan kat situ. Teruih dia hantaq buat CTG kat tingkat 3. CTG la pulak. Dia nak check nadi baby lam perut tu. OK ker tak. Dah settle CTG bawak mama gi makan jap, pastu aku teruih balik semula ke sekolah. Sesampai jer teruih aku masuk kelaih aku. Dah la sebijik kelaih tu ja hari ni. Kira dan lagi aku nak ajak. Ngam-ngam sampai untuk kelaih aku.

Habih ja sekolah hari ni, hantaq iqa gi sekolah agama dia; aku pi balik sepital. Dah settle dah pun. Doktor cakap ada infection kat rahim. Dia dah masukkan ubat dah tadi. Ikut mana pepaham jer la sendiri kan. Pastu teruih aku pi hantaq mama balik rumah, pasai doktor suruh dia berehat. Esok pun dia kena berehat lagi. Pastu aku tak lepak lagi, pasai kena amik iqa lak.

Teruih aku drive balik gi skudai. Sampai jer ngam-ngam loceng kelaih dia bunyi. Huu.. Hari ni semua perfect timing sungguh la untuk aku. Sampai sekolah ngam-ngam kelaih aku mula. Sampai sekolah agama ngam-ngam iqa keluaq.

Cam biasa dok lepak kat luaq pagaq tu tunggu iqa. Iqa ni aku dah tau. Kelaih dia antara yang keluaq paling last. Lepak n enjoying scenery ni sat. Dok tengok mak bapak lain dok tunggu anak memasing keluaq.

Haaa.. lagi satu. Petang ni hujan sikit-sikit. Aku pun bawak payung dan dari tadi rasanya aku jer yang berpayung dua tunggu anak .Tak kisah la kan. Kan hujan tu.

Lama la jugak tunggu si Iqa ni. Sempat borak ngan brader sebelah aku ni. Kira aku ngan brader ni memang sentiasa antara yang paling last amik anak. Dua-dua dah tau anak memasing memang paling last kuaq dan mesti gatai dok pi kantin beli kopok lekor. Tak kisah la. Janji tau jugak si Iqa tu nak makan. Iqa dok tanya mana mama dia. Aku cakap nanti kat rumah Iqa jumpa pasai tadi baru jer amik mama kat spital.

Lam perjalanan balik tu boleh lak aku lupa beli getah rambut Iqa. So, malam ni kena la keluaq untuk beli getah.

Malam ni jugak Iqa dah beralih dari Iqra' ke Al-Quran. Alhamdulillah. Cepat jugak dia beralih. Lepaih habis dia ngaji baru aku nak kuaq. Baru jer nak kuaq sekali mama ngidam nak makan Yong Tau Foo la pulak. Aku ajak jer dia kuaq, pasai bagi can dia pilih sendiri apa yang dia nak makan kan. So, kuaq la kami beramai-ramai cam rombongan cik kiah ke sukan komanwel.

Punya la penuh Nusa Perintis malam ni. Nak parking pun susah. Aku kalau boleh taknak mama jalan jauh-jauh pasai doktor pun tak kasi dia penat sangat. So, pusing beli getah dulu baru pusing beli Yong Tau Foo balik. Sekali aku dapat parking betui-betui sebelah van tu. Settle kerja.








ps : Berita yang menggembirakan dari Doktor Noraini.. Baby ni kebarangkalian besar Baby Boy pasai dah nampak bird dia..



Posted by Picasa