Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tangkak

Tangkak Getaway

Imej
Tangkak Getaway. Dua hari aku kat Tangkak untuk Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor. Mesyuarat utama rebranding KSPPD bersesuaian dengan era naratif baharu pendidikan. Memang satu perubahan yang sangat memberansangkan. Sesi dua hala, percabahan idea baharu menerusi ruang perbahasan. Kali ni aku gerak dengan ustaz maslizam. Seawal jam 6.15 pagi dah sampai PPD Kulai, lokasi pertemuan sebelum bergerak ke Tangkak. Jam 8.15 pagi kami dah tiba ke Gerbang Tangkak. Alhamdulillah. Gerak ke SMK Seri Tangkak yang menjadi lokasi musyawarah utama ini kali ni. Selesai sarapan, sesi penggambaran mengambil tempat sebelum perutusan pengarah disampaikan. Mantap. Kami seterusnya berhenti minum pagi dan sesi perbincangan berkenaan perutusan pengarah mengambil tempat. Dua team dibahagi, satunya ketua-ketua sektor dan duanya PPD. Sesi perbahasan dimulakan berkenaan perutusan. Masing-masing mengemukakan idea masing-masing. Sesi dua hala yang sangat baik. Banyak penambahbaikan yang da

Kunjung Hormat Tangkak

Imej
Kunjung Hormat Tangkak. Gerak dari hotel melintasi sungai yang menjadi pemisah muar - tangkak. Sekolah sekolah yang dulunya tanggungjawab muar yang kini menjadi tanggungjawab tangkak. Nama pun masih muar. Mana lagi kalau bukan Sekolah Sains Muar. Bersama pengetua sains Muar dan teamnya. Sempat mengimbau nostalgia di sains Kuala Selangor bila nengokkan kebudaks Cyber Brigade sibuk dengan tugasan masing-masing. Selesai di sekolah sains kami meneruskan kunjungan ke SMK Parit Bunga. Muo memang meninggalkan nostalgia pada aku. walau tempatnya kini dah jadi Tangkak. Tempat praktikal kami suatu masa dulu sebelum bergelar cikgu. Alhamdulillah. Semuanya sangat positif dan terbuka. Tahniah dan syabas pada semua pentadbir sekolah yang terlibat.

Pelancaran Lagu Muafakat Johor sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan 2016

Imej
Pelancaran Lagu Muafakat Johor sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan 2016 Semarakkan Semangat Muafakat Bangsa Johor. Kerajaan Negeri Johor bakal melancarkan lagu Muafakat Johor pada 30 Ogos ini secara serentak di seluruh daerah bagi menyemarakkan lagi semangat muafakat Bangsa Johor di negeri ini. Majlis pelancarannya akan disempurnakan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin sempena Malam Ambang Merdeka di Dataran Ledang, Tangkak. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor, Dato’ Zulkurnain Kamisan berkata, lagu tersebut akan disebar luas di semua stesen televisyen atas talian, sekolah selain akan dimainkan pada setiap sambutan acara di Johor seiring dengan konsep Bangsa Johor. Beliau berkata setiap rangkap dalam lagu Muafakat Johor memberi inspirasi kepada rakyat untuk terus berjuang dengan penuh semangat sebagai satu bangsa bagi mencapai cita-cita gagasan Johor berkemajuan, kesetiaan Bangsa Johor kepada raja serta raja dan rakyat berpisah

Seminar QE/5S Parlimen Ledang 2014

Imej
Seminar QE/5S Parlimen Ledang 2014. Foto foto sekitar seminar yang lepas di Dewan Jubli Intan, Tangkak. Banyak ilmu dan perkongsian diperolehi. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk jadi seperti mereka ini. Tahniah!