Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SK Peta

SK Peta, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK)

Imej
SK Peta, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK). 17 September. Seawal 6 pagi kami dah mula gerak ke Kahang yang terletak di Kluang sebagai lokasi berkumpul sebelum gerak masuk ke Peta. Selesai sarapan kami bergerak ke pejabat renjer dan berkonvoi masuk. Sampai di sekolah, kajian terus dilaksanakan oleh Puan Nasitah selepas taklimat ringkas daripada Guru Besar sekolah. Aku ambil peluang untuk meronda sekitar kawasan. Alhamdulillah. Selesai semua around jam 1 petang. Gerak keluar dan ambil late lunch di Kahang. Boleh tahan penat pergerakan yang sepenuhnya on bumpy road. Esoknya cabaran baharu pula menanti. Sekolah pulau!

SK Peta : Site Verification

Imej
SK Peta : Site Verification. Dua minggu aku habiskan just untuk Hari Guru dan Konvensyen PAK21. Sekarang tibalah masanya untuk kembali ke tugas hakiki. Tinggal lagi dua minggu aje lagi ni untuk aku wat site verification bagi sekolah-sekolah pedalaman ni. Hari ni dapat la kesempatan untuk ke SK Peta. Pergghhh... Leh tahan jugak jalan dia. Yang mencabar actually jalan ladang. Dekat 30 km mengharung gelombang jalan. Cool. Sampai jalan hutan. Wow. Tar beb. Sebab ianya sejalan dengan Taman Negara. Cuma kena hati hati la. Ni kawasan 'orang kuat'. Sampai sekolah. Terus buat verifikasi. Setel aje. Jalan jalan kejap area kampung dan taman negara. Lepak jap tepi sungai. Satu satunya lokasi yang dapat line telefon dengan clear kat situ. Terbaeekkk!!!! Digi aku H+ kot. Balik. Singgah makan tengahari yang dah lewat petang. Singgah solat kat renggam sebelum pulang. Selesai satu. Ada lagi 3 lagi nak gi tengok ikut jadual. Esok. Punan.