Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bayaran khas penjawat awam

Bayaran khas penjawat awam RM400 untuk Gred 41 ke bawah

Imej
Bayaran khas penjawat awam RM400 untuk Gred 41 ke bawah. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan beberapa keputusan penting jemaah Menteri termasuk persetujuan pemberian bayaran khas untuk penjawat awam, pesara kerajaan selain pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet kedua di Perdana Putra di sini hari ini, Dr Mahathir yang diapit menteri-menteri kabinet mengumumkan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara kerajaan. "6 Jun (akan dibayar)," katanya. Dr Mahathir turut mengumumkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan pada September tahun ini dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Mulai 1 Jun pula, GST berkadar sifar akan dikuatkuasakan, katanya. Pada sidang media itu, Dr Mahathir turut mengumumkan bantuan sara hidup rakyat bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalk