Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel syafinaz

Pertandingan 1M1S Peringkat Negeri Johor - 1 minute Sit-Up - Syafinaz

Imej
Pertandingan 1M1S Peringkat Negeri Johor - 1 minute Sit-Up - Syafinaz. Setel buat dan rakam sesi untuk syafinaz. Dapat la juga buat. Lam kepala terus ligat berfikir. Benda simple macam ni rupanya macam batu besar gunung juga untuk kebudaks zaman milenium ni. Aku dah puas fikir benda yang termudah untuk kebudaks reramai join dengan gembira. Gamaknya semua nak kena hulur game baru pakat suka kot?  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Happy Birthday Syafinaz

Imej
Happy Birthday Syafinaz. Happy inaz hari ni. Dapat kek besday. Dapat makan KFC. Sayang. Konon amik video tapi rupanya tak rekod. Haissshhhh. Semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa diberkati Allah.

Rutin Jemaat Syafinaz

Imej
Rutin Jemaat Syafinaz. Pepagi ngantor kelas tambahan kat sekolah dia. Antara yang last dah ni memandangkan minggu depan dah mula periksa. Singgah Petronas tapau sarap. Apa yang nak dicari takde la pulok. Layan aje ler oreo mini.

Syafinaz New Spectacles

Imej
Syafinaz New Spectacles. Nampaknya. Angah yang ikut jejak langkah aku dulu. Tapi aku dulu teruk abis. Sampai tak boleh tengok cahaya langsung. Inaz dia just ngadu tak nampak tulisan kat papan hitam. Singgah jap kat Vision di Gelang Patah untuk checkup. Harus la kena buat. Alang-alang aku pun check sekali. Yakin. Dua-dua ada masalah. Inaz rabun jauh dan aku rabun dekat. Aku buat dia punya dulu. Suruh dia pilih yang paling dia suka. Sementara aku gi draw duit, rupanya semuanya dah selesai. Tak dapat la aku full photo review. Ish ish ish. Kena RM368. Siapnya pada 18 September. Atuk jugak yang kena gi amik. Memang bukan rezeki aku nampaknya.

Kelas Tambahan Syafinaz 20180504

Imej
Kelas Tambahan Syafinaz 20180504. Pepagi kat sekolah ngantor angah. Cuma pagi ni jap aje. Sampai 9.30 aje. Baru perasan ada mesyuarat sekolah agama Ahad ni. Camne leh lost pulak ni?

Baju Hari Kebangsaan 2015 Syafinaz

Imej
Baju Hari Kebangsaan 2015 Syafinaz. Adik dari pagi dah bangun awal. Memang dia bersungguh tul nak masuk pakaian beragam tahun ni. Tu yang semalam beli tudung bagai tu. Do your best dik!

Back To Nature 2015 Throwback : Edisi Layan Kelajuan

Imej
Back To Nature 2015 Throwback : Edisi Layan Kelajuan. Layan. Bangun subuh subuh pun saya dah suruh kakak saya bawak keliling rumah dengan kelajuan tinggi mencapai 9 mach. Hehehe. Suka tau saya.

Iftar with Birthday Celebration for Syafinaz, Mak Ucu and me

Imej
Iftar with Birthday Celebration for Syafinaz, Mak Ucu and me. Kalau ikutkan dah buat dah untuk syafinaz. Yang order pizza tu. Tapi mama siankan inaz. Takde kek. So. Petang tu, orderkan kek untuk dia dan lagi dua orang yang juga besday jun nih. Petang tu jugak bawak dia ke KFC untuk beli apa yang dia nak. Tapau 9 ketul. Masa nak balik sempat beli anna dan elsa kat bazar karat nusa perintis sebagai hadiah besday. Ucu sampai dengan 15 ketul lagi ayam kfc. Kicap letup gitu. Pergghhh... Kembung perut masa berbuka. Ngan sotonya, ngan kfcnya, ngan keknya. Tapi... ayam kicap sooo tak best bagi aku. Sib baik aku beli hot and spicy gitu.

Pizza for Bithday Girl Syafinaz

Imej
Pizza for Bithday Girl Syafinaz. Semalam adik inaz kata nak makan pizza untuk hari jadinya. So. Terus bukak PHD. Online. Setel. Suka la dia. Cuma tak puas hati. Sebab tak sama ngan promotion. Kurang ayam. Inaz nak ayam dan ginger bread.

Pendaftaran ahli baru Silat Seni Pusaka Gayung SK Taman Nusa Perintis 2015 Syafinaz

Imej
Pendaftaran ahli baru Silat Seni Pusaka Gayung SK Taman Nusa Perintis 2015 Syafinaz. Pagi ni gi sekolah inaz. Inaz nak masuk seni mempertahankan diri. Aku bagi pilihan pada dia. Nak taekwando ke nak silat ker, terpulang. Sampai. Jumpa big bos silat, brader Jo. Borak borak sambil tunggu inaz buat keputusan. Last-last dia pilih silat. Layannn... Kata bersahut, gayung bersambut! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Gambar Prasekolah Syafinaz

Imej
Alahai... paling sopan duduknya... Tadi masa balik syafinaz hulur gambo. Aikk.. belum habiss dah bergambo.. sabo jer ler.. tapi cun aaa... siap memula aku ingatkan inaz hulur gambo sample.. sekali muka dia daaa... kuikuikui... apa nak jadi ngan aku ni.. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! sekali nengok tak macam syafinaz.. dah lain bila bersolek dah haa gambo passport

Sambutan Birthday Syafinaz

Imej
adik inaz potong kek besday dia Tadi masa jumpa cikgu kelas adik inaz, sempat ngepau gambar sambutan harijadi adik syafinaz semalam. Dua keping ajer. Tapi ok ler tu. Janji ada gambo adik masa sambut birthday keenam nya ni dengan berpakaian seragam. Epi besday adik inaz... TQ cikgu seri, TQ cikgu farah Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! sempat posing lagi tu

Happy 6th Birthday Syafinaz

Imej
Suka si ziqri dapat posing ngan kakak dia Kakak dia lukis kad birthday khas untuk syafinaz. Masa nak ambik gambar si Ziqri pun sibuk nak mengendeng. Senyum cantik lak tu.. Layannzzz... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! Mata dah sibuk layan movie la pulak...

Kek Harijadi untuk Syafinaz

Imej
Acara mencontiang kek Masa balik sempat singgah Mydin. Belikan jajan untuk adik inaz celebrate birthday dia sama kengkawan dia esok. Ingatkan nak beli sekali kek kat Mydin. Sekali kek dah habis. Nasib baik ingat ada satu lagi kedai kek kat gelang patah. Terus singgah kat kedai kek hana ni. Tengok nyer tengok rasa kek blueberry angry bird ni paling sesuai untuk adik inaz. Terus jer beli. Kek sekilo ni harga dia RM50. Belasah ajer la. Tu la.. ni la kes lupa tarikh paling teruk bagi aku. Aku leh gabung awal birthday mama ngan hujung birthday aku.. jadi ler 27. Haru tul... ingat pakkkciikkk... jangan lupa lagi... dah menanda dah pun lam google calender.. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! Detail zooming in The whole cake

Aktiviti pagi hari cuti

Imej
Apa lagi, kasi setel la semua buku baru adik nih Hari ni hari cuti. Cuti hari hol. Best jugak cuti tatkala negeri lain tak cuti nih. Memacam leh wat sambil menarik selimut, dengan senang lenang la. Pagi ni, selain dengan malasnya menghabihkan tayangan movie Inception tadi tuh.. Yaa.. aku nengok lepas subuh tadi, bukannya semalam; layan tenet jap. Pastu mama dah bising pasal buku adik yang tak berbalut lagi nih. Loh.. Baru dapat semalam, memangla tak berbalut lagi kan (alasan kikiki).. Amik ja gunting, plastik balut, terus setelkan. Eleh, setakat balut buku ni kacang ja bak kata bebudak tun aminah dulu. Hehehehe.. tak sampai 20 menet dah setel semua buku adik. Pastu aku lepak balik layan ngangkung ngan bebudak nih.. (kes aku sorang ja yang tinggal layan movie nih semalam, diaorang semua dah tertido sambil menekup muka, apa daa..)>>>> Jap ajer aku dah abis balut separuh buku buku inaz.. dengan eksennya Dah setel sumer, aku tampalkan sekali jadual inaz; al

Bersantai di Kota Iskandar, Nusajaya

Imej
Sempat lagi main air kolam takde ikan nih. Sayang tak pasang air pancut. Petang semalam tensen giler aku. Tetiba link tenet leh putus. Memang tahap bengkerk dah. Guna semua tool networking. Sahih memang ni line dari luar problem nih. Call helpdesk TM. Cam biasa tanya balik soalan-soalan yang dah biasa aku dengar. Aku cakap semua yang dia cakap dan akan dia cakap aku dah buat. Tolong reset balik port aku dan log report untuk technician ambik tindakan. Pastu dah. Tunggu jer la esok camne kan. Pastu kitaorang semua pakat kuar ke Kota Iskandar. Bukan pasal tensen sebab tenet takde, tapi memang sesaja nak jalan kat situ hari ni. Ruang tengah tu abis kitaorang jelajah. Sekali sampai sana ada la pulak abang izat ngan kak liza. Dah jadi sesi berjimba jimba la pulak kitaorang kat situ. Iqa, putri, inaz dan hanis pun apa lagi. Berteromba la satu kota iskandar tu. Celah celah pengantin beroutdoor pun diaorang belasah menyelit. Hehehehe.. Dah nama pun bebudak kan. Setel ja kat sini sempat r