Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENUNDAAN

PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR

Imej
PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa sehingga pada 9 Januari 2015, terdapat sekolah-sekolah di negeri Perak, Pahang dan Kelantan yang masih terlibat dengan banjir. Sekolah-sekolah berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggelami air, digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid. PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 Sehubungan itu, serta setelah mendapat persetujuan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, maka KPM dengan ini memaklumkan bahawa sejumlah 41 buah sekolah iaitu 4 buah di negeri Kelantan, 18 buah di negeri Pahang dan 19 buah di negeri Perak akan ditunda sesi permulaan persekolahan 2015 selama seminggu lagi. Dengan penundaan ini, maka tarikh baru permulaan sesi persekolahan di sekolah-sekolah tersebut (seperti di