mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label takraw. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label takraw. Papar semua catatan

Ahad, 31 Januari 2010

Enjoying the Thaipussam's Holiday

©2010mknaceunlimitedHari ini hari cuti. Hari cuti Thaipussam. Tapi, aku tak jugak bercuti. Banyak mender nak buat. Memacam bender yang masih tertunggak. Sekarang ni bukan cam dulu lagi. Kalau dulu, asai cuti jer memang pukoi cuti bebetul. Cuti adalah absolute cuti. Tapi zaman la ni bukan zaman macam tu lagi. Kerja, kerja, kerja. Apa yang penting, kerja. Sampaikan nak amik cuti pun pikir dua tiga kali. Sibuk nak bekerja sahaja. Tak tau apa nak jadi. Sampai nak pi spital pun bila dah kronik. Preventive dah tak heran lagi. Selagi sampai dah tak leh bergerak langsung, selagi tu la tak reti nak bazir masa nak gi spital.

©2010mknaceunlimitedPagi ni lepas jer bangunkan Iqa, terus bersiap dan bergerak ke sekolah. Pagi ni aku wat training takraw. Minggu lepas dah memang tak leh buat. Minggu depan pun tak leh buat lagi. Nak tak nak. Masa-masa camni ler yang aku leh jalankan training kebudak ni. Cam biasa start kul 8 pagi. Kalau dah lam kul 10 ke 11 tu matahari pun dah tak naik. Sakit mata main, kalau dah dok melangut ke ataih jer nak tengok bola kan. Cikgu Faris pun turun sekali. Layan gak dioarang. Aku suruh diaorang main sepak bulat dulu. Bior biasakan timbang bola dulu.

Lam kul 9.30 pagi, iqa lak ada training taekwando dia. Biar jer ler dia ngan training dia kat dewan tu. Aku terus ajer la dengan kebudak takraw ni. Layan jangan tak layan.

©2010mknaceunlimitedPastu cikgu Maarof lak sampai, nak betulkan pagar sekolah katanya. Sebelum tu beborak la dulu sambil dok nengok bebudak tu main. Cikgu Maarof sesekali masuk gelanggang perbetul budak.

Pastu dia ajak beberapa kebudak gi tolong dia perbetul pagar sekolah. Aku soh bebudak simpanan gi tolong. Dari dok melangut kat tepi dok menonton jer, baik dia gi nolong. Ada gak paedahnyer kan. Pastu teruskan lagi training. Buat balik bulat. Suh diaorang timbang sampai 10. Tak dapat tu. Setakat pagi ni paling banyak sampai 5 jer. Huhuhu.. Tak biasa lagi bebudak ni. Takpa.. kita polish diaorang nyer bakat.

©2010mknaceunlimitedLam kul 11 Che Li sampai. Aku nak bincang pasal T-shirt bebudak takraw ni. Nak buat something la untuk depa ni. Sian kan. Asik dok pakai jersi sekolah pastu pulang balik. Kalini aku memang nak buat something untuk depa ni.

Che Li Nengok-nengok saiz badan bebudak ni. Borak-borak. Tapi tak best la pulak borak kering jer kan. Ajak kuar minum-minum kat luar la. Nisak pun ada sekali. Semua kuar, ngan Iqa-iqa pun aku angkut sesama gi minum kat luar.

Memula dok pikir gak, kat mana la best nak minum. Last-last minum depan trafik tun aminah jer ler. Apa yang ada jer la. Lagi pun aku nak borak-borak ajer kan. Sekali masa nak bayor, Che Li kata dia settle semua. TQ bebanyak..

©2010mknaceunlimitedBalik jer rumah, nenek tengah dok buat pulut kuning. Iqa dah naik Quran, jadi buat la pulut kuning. Bagi-bagi kat jiran-jiran sebelah. Ustaz ngajar Iqa pun dah pindah. Dia dah dapat duduk kuarters. Maknanya, Iqa memang kena ngaji ngan mama ajela lepas ni.

Semua pakat makan pulut. Adik dok sibuk patah-patahkan polisterin. Aku marah dia. Sekali melalak la pulak. Mama cakap adik cengeng hari ni. Sikit-sikit melalak. Masa aku posingkan untuk amik gambo ni pun dok terisak-isak lagi tu. Apa la adik ni. Kalau buat salah mesti dia cakap bukan dia yang buat, mesti dia kata musang jantan la, semut beso la yang buat. Adik, adik...

©2010mknaceunlimitedPas makan boleh pulak semua pakat tido. Ye la.. Makan pulut pastu tak wat apa-apa. Dijamin oleh lever brothers, mesti tidor punya.. Hahahaha. Memang tak ingat dunia punya. Habis terbengkalai semua benda yang nak dibuat.

Sekali bangun tah dah pukul baper ntah. Tengok citer hindustan. Citer askar ntah apa ntah. Punya la membohong tak bertempat. Layan la kejap. Sekali tidor lagi. Astargfirullah.. Hahahahaha.. Bengong tul. Maybe penat jugak training pagi tadi. Hari pun memang panas hari ni. Sekali bangun lagi, nenek ajak jengjalan nak kasi pulut kat rumah nenek yang. Jalan ajer la. Lagi pun kesian kat mama. Semua dia buat serba tak kena. Nak jugak ambik angin kat luar kan.

Masa nak kuar boleh lak kucin-kucin ni main kat luar ni. Iqa siap dah namakan sekor-sekor. Yang kelako nama Comel mesti ada nyer...

©2010mknaceunlimitedKat rumah nenek memacam bebudak ni main, dari buai, sampai la main panjat ke keter. Aku?? Aku tengah dok borak. Memang borak habis la pasai kamera dengan Brader Don. Best gak. Siap balik ambik kamera dia. Abisla.. Mama ngan nenek lak saja bagi peluang kat aku.

Sedar-sedar dah maghrib.. Jom balik... Len kali kita datang lagi.


Tengok la.. sampai nak balik pun pakat posing atas keter.


Lepas maghrib cam biasa baca quran sama mama.



Rabu, 20 Januari 2010

T-shirt merangkap Jersi Team Takraw


Akhirnya siap gak design baju untuk t-shirt merangkap jersi team takraw aku. Penat gak la aku mendesign bola tu jer. Hahaha.. design bola takraw la pulak. Sesaja jer nak bikin lain sikit dari yang lain. Kurang-kurang bebudak pun rasa best la masa main nanti kan.

Tukang buat dia aku kasik kat member lama aku, sapa lagi kalau bukan Che Li bikintshirt. Nak tengok gak hasil kerja tangan memember sendiri kan. Kalau best, banyak lagi aku nak buat. Setakat ni aku nak buat untuk 8 bebudak aku + 4 cikgu jer dulu.

Masa dok buat design ni tadi ustaz pun masuk.

Waa... best eekk kalau tangan aku cam kau.
Alah.. biasa-biasa jer ustaz..
Ye lah. Tu kata kau..
Ni tahap celah kaki orang lain jer ustaz.. ramai lagi yang design cantik..
OK ler tu..

Kelakor jugak. Yang paling tak ingat ayat aku dengan ustaz.. Tak menang game pun, menang baju lawa jadi la.. Hahahaha.. Ingat parti pakaian beragam ka.. Siap boleh menang baju la pulak.. Apa-apa pun aku harap bebudak aku perform dengan lebih baik lagi tahun ni..


Ahad, 17 Januari 2010

Aktiviti Sabtu

Pagi Sabtu ni macam packed la pulak. Yang pertamanya, Iqa nak sangat masuk Taekwando. Dari Nuri lagi dia dah mintak. Tapi pasal tadak sapa nak antor dia gi training, so tunda aje la. Sekarang ni dia dah masuk sekolah, dan sekolah pun ada training Taekwando; jadi ni dah jadi peluang keemasan la untuk dia.

Sepatutnya dah start dari Sabtu minggu lepas. Cuma dia lupa nak bagitau aku. Jadi, minggu ni baru first time Iqa gi belajar. OK lah kan, pasal aku pun train bebudak takraw aku setiap Sabtu, jadi bender ni kira ngam-ngam la dengan jadual aku.

So pepagi lagi dah kuar dari rumah. Pasal baju sukan tak dapat lagi, Iqa kenala pakai baju sukan Nuri dia. Takpe la. Rumah pun rumah kuning gak ikut aku. Sampai jer kat sekolah aku gi tengok bebudak aku kat gelanggang dulu. OK. Bagi bola takraw. Buat sepak bulat.

Next, aku gi nengok Kursus Pengawas Pusat Sumber. OK. Ngam. Yang slack, LCD taknak hidup. Aku turun ambik kabel laptop aku, pasal dia ada lampu bila ada karen. So, test; sah takde karen plug satu row. Bukak bilik PPSMI and setting LCD kat situ lak. Jadi kursus pengawas pusat sumber dah jadi kat dua tempat. Memula kat PSS, untuk taklimat kat bilik PPSMI. Janji jalan kan..

Dah settle tu aku gi lepak balik ngan bebudak takraw aku. Pastu Cikgu Faris pun sampai. Dah boleh daftar Iqa kata dia. Aku pun daftar dan tinggalkan Iqa ngan cikgu taekwando dia. Nampak suka hati tul si Iqa. Pastu sambung balik training Takraw. Lam kul 10 gitu, kasi bebudak gi rehat dulu. Hazim lak sampai ngan Usop. Nak mula projek buat padang lompat jauh. Waa.. best tu.. Aku layan balik takraw sampai la PK Koko turun.

Rul.. Pinjam bebudak jap.
Buek apo..
Nak angkat meja.
Alamak.. pergi la semua sekali..

Lepak jap ngan Cikgu Maarof kat padang. Best gak. Naik atas nengok bebudak angkat meja.. Meja tahap gajah ni. Sian bebudak. Belanja diaorang minum dulu.. PAstu sambung balik takraw. Lam kul 12.30 aku pun suruh bebudak kemas. Dah weiii.. Jom balik. Nanti kita sambung Sabtu lain pulak.. Iqa masa ni sibuk dok membaca buku dah. Dia punya training pun dah lama settle. Dan lagi beli 3 giant Slurpee kat seven-e. Dan aku jamin mesin dia akan rosak lagi sebelah malamnya.. Hahahaha.. aku pasti..



Posted by Picasa