Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel media sosial

Seharian berbengkel

Imej
Seharian berbengkel. Seharian berbengkel hari ni. Apa pun kita singgah tapau nasi lemak singgit dulu ya. Sesambil nunggu Firdaus sempat meninjau suasana penambahbaikan yang sedang rancak di sektor. Firdaus sampai. Bincang dulu berkenaan pembangunan pusat data sehenti. Gerak ke Blok B untuk bengkel media sosial. Team baharu selaras dengan perubahan struktur. Selesai media sosial, sambung balik berkenaan dengan pusat data sehenti. Makan tengah hari kat Larkin sebelum sambung lagi sampai selesai. Lepas ni kena beberapa sesi lagi ni sebelum selesai sepenuhnya untuk test run.

Bengkel Precouncil Pengurusan Portal dan Media Sosial JPN Johor 2018

Imej
Bengkel Precouncil Pengurusan Portal dan Media Sosial JPN Johor 2018. Pagi ni agak sibuk sikit. Masuk ke bengkel ni terlebih dahulu. Perbincangan gerak kerja dan hala tuju pengurusan portal rasmi dan media sosial jabatan. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih pada semua sektor yang dapat menghadirkan diri dan menyumbangkan idea dan pandangan. Sempat kita semua berposing gitu depan ruang rasmi.

PROGRAM FELO PERDANA 2015

Imej
PROGRAM FELO PERDANA 2015 Ingin belajar secara langsung dengan Menteri Kabinet? Mohon sekarang untuk menjadi salah seorang daripada Felo Perdana 2015! Berminat untuk berkhidmat secara terus di bawah seorang menteri kabinet? Sebagai seorang Felo Perdana, anda akan berkhidmat sebagai seorang pelatih eksekutif kepada seorang menteri kabinet di mana anda akan membantu mentor anda dan pegawai-pegawai kanannya dalam merancang dan melaksanakan dasar kerajaan serta menolong pihak kementerian menyebarkan program-program kerajaan melalui media sosial dan dan platform-platform komunikasi strategik yang lain. Maklumat lanjut boleh didapati di www.perdanafellows.com Untuk menjadi calon, anda harus memenuhi kriteria seperti di bawah: Calon-calon mestilah warganegara Malaysia  Calon-calon mestilah sedang mengikuti pengajian atau telah tamat pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi, sama ada tempatan atau luar negara  Calon-calon mestilah mempunyai rekod akademik yang cemerlang