Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Site Verification

SK Kampong Kudung : Site Verification

Imej
SK Kampong Kudung : Site Verification. Semalam ke SK Kampong Kudung. Kampung orang asli di daerah Segamat. Sebenarnya banyak yang aku nak tulis. Tapi for now. Aku memang tak dapat nak tulis. Hati, jiwa, raga masih menggelodak marah. Not a suitable time to write. Nanti meroyan aje. Tunggu tenteram sikit hati ni. Sementara tu. Layan la dulu gambar yang ada ye. Adios!

SK Tanjung Surat : Site Verification

Imej
SK Tanjung Surat : Site Verification. Seriously. Kalau tak sampai memang tak percaya. Sekolah ni atas pulau kat hujung tanjung. Tanjung Belunkor, Tanjung Buai. Lagi aku amazed bila sampai ja jeti ni, satu jeti kecik aje sebelah jeti tanjung belungkor; dan ko akan hilang segala-gala ketamadunan (pinjam kata-kata mustakim). Berharap pada apa aje kenderaan yang ada untuk sampai ke sekolah dia. Bukannya dekat lagi. Masih jauh. Sempat borak dengan Tok Amin, ketua kampung di situ. Dapatla paham sikit sebanyak perkara sebelum sampai ke sekolahnya. Kami naik bot ke jeti di seberang. Pak Mat. Satu-satunya pengusaha bot di situ. Satu kepala RM1.50 untuk sampai ke seberang. Dah sampai seberang. Hmmm... masih jauh berkilometer nak sampai sekolah. Ada van sapu dengan kadar RM15. Tapi guru besar n the troup sampai to the rescue. Dengan jaga pun datang. Pinjam motor penduduk kampung. So. Merentas hutan lah kami pagi tu untuk sampai ke sekolah. Wahhh... Tetiba aku rasa macam wow... Tadi kami tak

SK Punan : Site Verification

Imej
SK Punan : Site Verification. Semalam Peta. Hari ni giliran Punan pulak. Punan lebih dekat berbanding Peta. Cuma jalan dia lebih mencabar sebab kami perlu merentasi jalan balak. Banyak perubahan dah berlaku berbanding last aku masuk 5 tahun dahulu. Kawasan sekolah lebih kondusif. Dia dapat bangunan baharu 2012. Lengkap semua bilik yang sepatutnya ada. Cuma ada sedikit masalah dengan controller solar hybridnya. Sempat singgah sungai di hujung kampung. Baru aku tau tebing seberang sungai tu dah Pahang. Hehehe. Kalau Peta. Pahang sebalik bukit. K. Selesai dua buah sekolah yang paling mencabar. Pinggir hutan simpan Taman Negara. Lepas ni kami akan ke sekolah pedalaman terpencil pula.

SK Peta : Site Verification

Imej
SK Peta : Site Verification. Dua minggu aku habiskan just untuk Hari Guru dan Konvensyen PAK21. Sekarang tibalah masanya untuk kembali ke tugas hakiki. Tinggal lagi dua minggu aje lagi ni untuk aku wat site verification bagi sekolah-sekolah pedalaman ni. Hari ni dapat la kesempatan untuk ke SK Peta. Pergghhh... Leh tahan jugak jalan dia. Yang mencabar actually jalan ladang. Dekat 30 km mengharung gelombang jalan. Cool. Sampai jalan hutan. Wow. Tar beb. Sebab ianya sejalan dengan Taman Negara. Cuma kena hati hati la. Ni kawasan 'orang kuat'. Sampai sekolah. Terus buat verifikasi. Setel aje. Jalan jalan kejap area kampung dan taman negara. Lepak jap tepi sungai. Satu satunya lokasi yang dapat line telefon dengan clear kat situ. Terbaeekkk!!!! Digi aku H+ kot. Balik. Singgah makan tengahari yang dah lewat petang. Singgah solat kat renggam sebelum pulang. Selesai satu. Ada lagi 3 lagi nak gi tengok ikut jadual. Esok. Punan.