Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Black Cabin

Jenjalan Cari Makan : Black Cabin

Imej
Jenjalan Cari Makan : Black Cabin @ Nasi Lemak Abang. Dari petang Khamis sampai la ke petang Jemaat aku dok ngadap tugasan aje depan PC. Setel urusan ajak semua makan luar malam tu. Kebetulan iqa pun balik bermalam kan. Asyik dok ngadap pc ja apa nak jadi kan. So. Kami ke Black Cabin malam ni. Senang cerita sini dia sediakan makanan fusion. Ada western. Ada masakan asia. Apa lagi. Pakat  mengorder la. Yang mama dengan char koey teow. Angah ngan Yee Mee. Aku dan iqi memasing amik chicken chop. Iqa dan ici makan mushroom soup, meatball dan fries. Portion agak besar. Memasing hampir tak berjaya nak habiskan part memasing. At last pakat bertukar tukar juadah. Alhamdulillah. Hanya tinggal fries aje. Tu pun kami bawak balik. Len kali dah tau. Sepinggan tu dua orang pun boleh makan dengan kenyang. Layan.