Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel program motivasi

Program Memeterai Janji & Semarak Kasih

Imej
Program Memeterai Janji dan Semarak Kasih ini terbahagi kepada 3 slot. Slot pertama yang bermula pada pukul 11 pagi ini dimulakan dengan Motivasi Keibubapaan yang disampaikan oleh Tuan Haji Salamian bin Surip. Memang sangat menarik ceramah dan cara penyampaian penceramah ini. Semua yang hadir terpukau dengan caranya yang bersahaja dan sering kali beliau menyelitkan unsur-unsur jenaka dalam penyampaiannya. Beliau malahan meminta semua ibu bapa yang hadir untuk naik ke pentas untuk memeluk anak-anak masing-masing sambil mengungkapkan kata-kata perangsang ke telinga anak masing-masing. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan Upacara Memeterai janji yang diketuai oleh Ketua Pelajar. Pelajar seterusnya perlu meminta tandatangan daripada ibu bapa masing-masing sebagai tanda mereka telah merestui apa yang telah dijanjikan oleh anak-anak mereka tadi. Slot ketiga diisi oleh Tuan Guru Besar sendiri yang menyampaikan amanat beliau kepada semua disamping menerangkan hala tuju sekolah didalam me

Program Motivasi Murid Cemerlang

Imej
Program Motivasi Murid Cemerlang telah dijalankan dengan jayanya pada pagi Sabtu ini bertempat di Dewan Bestari, SKTTA. Program yang disampaikan oleh Tuan Haji Nor Azlan bin Haji Sarmudan ini berjaya menarik minat pelajar untuk terus mengikuti sehingga ke akhir dengan penuh tekun. Banyak perkara yang ditekankan oleh Tn. Hj. Nor Azlan dalam ceramahnya. Ada ketikanya pelajar sehinggakan menangis tersedu-sedu dengan kata-katanya. Semoga apa yang disampaikan oleh Tn. Hj. Nor Azlan dapat setidak-tidaknya membuka hati dan minda pelajar untuk terus berusaha dalam mengenali diri dan hala tuju masing-masing selepas ini. :: Klik untuk cerita penuh :: Majlis pagi ini dibuka oleh Cikgu Mahdalena. Inilah orangnya Tuan Haji Nor Azlan bin Haji Sarmudan. Mendengar dengan penuh tumpuan.. Terpaksa mencelah ke kir dan ke kanan untuk melihat bahan ceramah.. Berdoa kepada Tuhan supaya dibukakan hati untuk menerima hidayah daripadaNya.. Siapa rasa dia nak dapat 5A. Takkan taknak kan.. Senaraikan sebab kenap