Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) : Taklimat @JPN Johor

Imej
Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) : Taklimat @JPN Johor. Pagi tadi kami beramai-ramai lagi duduk di Dewan Seminar. Kali ni bersama barisan kepimpinan sekolah bagi taklimat PIPPK ni. Lima bab. Semua selesai. Terbaeekkk!!!! Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. KPM telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan. PIPPK menyediakan garis panduan kepada PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya yang profesional dan menjadi kerjaya pilihan utama. PIPPK ialah dokumen rujuk