Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lebuhraya

Bumbung jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang runtuh dipukul ribut

Imej
Bumbung jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang runtuh dipukul ribut JOHOR BAHRU: Struktur bumbung jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan ribut petang tadi lalu menghempap dua kereta, sebuah lori dan motosikal. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 4.30 petang itu. Insiden itu menyebabkan lalu lintas di laluan berkenaan terhalang. Siasatan dan kerja mengalih struktur berkenaan sedang dilakukan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan seorang pemandu lori cedera dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Katanya, pemandu lori yang tersepit di tempat duduknya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Dalam kejadian ribut itu, bumbung kira-kira 30 rumah di Taman Kobena turut diterbangkan angin.

Selamat pulang ke desa

Imej
Selamat pulang ke desa. Hari ni, jalan-jalan utama seluruh negara dijangka sesak. Berhati-hati ketika memandu pulang ke destinasi masing-masing. Pemanduan berhemah, mengelakkan Aidilfitri berdarah. Ikut jadual yang dicadangkan. Cukup rehat, bersabar. Insyaallah. Kita dapat lakukannya.  Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

22 lebuh raya beri diskaun tol sehingga 37.5 peratus sempena Aidilfitri

Imej
Foto shared from  http://mrchaon.blogspot.com 22 lebuh raya beri diskaun tol sehingga 37.5 peratus sempena Aidilfitri. Sebanyak 22 lebuh raya di seluruh negara akan memberikan rebat dan diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus sempena Aidilfitri. Ketua Pengarah, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh, berkata daripada jumlah itu 17 lebuh raya akan memberikan diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus bermula dari 7 hingga 9 Ogos ini. Manakala itu pengguna bagi 5 lebuh raya kendalian PLUS berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada 5, 6, 14, 15 dan 31 Ogos bersempena dengan cuti Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Kemerdekaan yang akan datang. Menurut Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid, rebat tol tersebut diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kenda

Asyraf : Pit Stop #1 : Simpang Pulai

Imej
Tarikh : 7 Disember 2010 Masa : 12.50 tengahari Tempat : R&R Simpang Pulai Mood : Boleh tahan la Pagi tadi mula gerak dari bangi lam puluk 10.30 pagi. Konon nak kuar pagi.. tapi, biasa la bila ramai kan. Pusing pusing lam kl jap. Pastu baru kuar hala ke utara. Hari ni memang seronok gerak balik. Cuaca redup sepanjang jalan, sesekali hujan renyai. Memula ingat nak berenti sekali ja kat Bukit Merah. Tapi nak wat camner kan. When nature calls, sesapa pun mesti kena berenti jugak.. Kat sini biasa-biasa ja. Tapi dah ada sebijik dua gerai yang dah mula jual makanan. Kedai buah banyak la. Dan memang pakat beli buah potong bebanyak. Siap beli kuah rojak mak bee lagi tu. Menicah ngan kuah rojak mesti lagi best kan.. Klik cerita penuh untuk detail >>> Dah setel dah operasi.. sampai basah baju kena air Gerai gerai hala ke sana Dah start buat lawak sarkis la pulak Ni la kawasan baru gerai makan kat sini Nak beli wafel sama cup corn Standa

Pit Stop #1 : Hentian Rehat Penanti

Imej
Tarikh : 11 September 2010 Masa : 12.50 tengahari Tempat : Hentian Rehat Penanti, Penang Mood : Cemas Raya kedua dah mula bergerak pulang ke Gelang Patah. Keluar dari rumah tadi lebih kurang jam 11.30 pagi. Suasana atas jalan langsung tak menarik. Kereta bergerak perlahan. Sampai melepasi kilang shimano, adik inaz dah tak tahan nak buang air. Keadaan jalan agak sesak.. Camner nih.. Hentian penanti ni pun agak jauh lagi.. Last-last pinjam pampers ziqri la jawabnya. Hentian Penanti jadi pit stop #1. Kat sini kasi tank full dulu. Penuh lam RM63.00. Masa kat sini dengar berita pasal kabel tnb terbakar menyebabkan jalan sesak. Atuk kedah pun call cakap pakai lane paling kanan. Mak yang pun dah terlepas flight kat bayan lepas sebab terlewat. Sian mak yang.. Klik untuk cerita penuh Lama tul aku nunggu motor ni isi minyak.. aduihhh... Lepak jap la kat penanti ni.. Enjoice...Sharing is power!!!